uMaR aL-kHaTtaB
Umar Al-Khattab awalnya dikenal sebagai orang yang bengis. Beliau tidak suka dengan Islam. Untuk memadamkan agama tauhid ini,beliau bertekad membunuh Rasulullah.
Namun sebelum sampai bertemu Rasul,langkahnya terhenti apabila mendengar khabar bahawa adiknya, Fatimah telah memeluk Islam. Dengan pedang ditangan dan hati geram,beliau bergegas ke rumah adiknya. Tiba didepan rumah,pintu diketuk dengan kuatnya.
“Buka!!!”. Teriaknya.Si adik sedang membaca Al-Quran bersama suaminya tersentak.
Lembaran suci itu segera disembunyikan. Dengan tergopoh-gapah Fatimah membuka pintu.
“Apa yang kau baca?!!” bentaknya dengan muka merah padam.
“Mushaf Al-Quran” jawab si adik tenang.
“Mana!!!” kata Umar lagi.
“Kau tidak boleh memegangnya.” Kata adiknya tanpa rasa gentar.
“Mengapa?!!”
“Kau najis. Sucikan dulu dirimu”. Jawabnya tegas. Kemarahannya meluap. Ditampar muka adiknya. Melihat muka adiknya yang berdarah, Umar merasa hiba. Kemarahannya tiba-tiba reda.
“Bacakanlah untukku” katanya lunak. Melihat keadaan Umar yang mulai tenang, Fatimah pun mula membacanya:
“Thahaa. Kami tidak menurunkan Al_quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah,tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah,iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit.”. (Thaha,20:1-4)
Hati Umar tersentuh. Jiwanya bergetar. Beliau teresak-esak merasakan betapa sayangnya Tuhan terhadap hamnbaNya. Pendek kata,beliau berubah menjadi pembela Islam. Berkat Umar dakwah yang sebelumnya dilakukan secara sembunyi,telah dilakukan secara terbuka. Terpisahlah ag hak dengan yang batil,sehingga Rasulullah memanggilnya dengan gelaran Al-Faruq(pemisah antara hak dan batil).
Dicatatkan bahawa interaksi Umar dengan Al-Quran begitu sensitive. Suatu ketika, semasa beliau membaca surah Yusuf semasa solat subuh,ketika sampai pada ayat 86,”Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesedihan dan kesusahanku”. Umar kemudian teresak-esak sehingga tidak tidak dapat didengar para makmum. Demikian pula dalam solat tahajjud Umar membaca ayat-ayat Al-Quran sambil menangis sehingga ia terjatuh dan sakit. (ruj:majalah i edisi mei)
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan