Memaparkan catatan dengan label perjuangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label perjuangan. Papar semua catatan
0 comments

MENYELAMI WASIAT SYED QUTB

"Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’.


Assyahid Syed Qutb Rahimahullah


Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat ummat ini
Dan ……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar






Wasiat ini di tulis beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid. Jika di baca sekali imbas, tidak akan dapat di fahami sepenuhnya. Tetapi sebaliknya jika dibaca berulang-ulang kali dan cuba menghayati apa maksud yang tersirat di sebalik keindahan bait bait sajak beliau itu maka kita akan dapat merasai kesayuan dan menangisi pemergian beliau - berkorban hatta nyawa demi Islam. Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’.

Beliau telah mengorbankan sebahagian besar hidupnya dalam mendalami Al-Qur’an (lebih 10 jam sehari) dengan roh perjuangan dan ketegasan sikap serta pemikiran yang cukup bernas. Hingga kini hasil penulisan beliau yang dibukukan menjadi rujukan kepada setiap peringkat gerakan dan pencinta Islam.

Pesanan akhir beliau dirangkumkan dalam bentuk puisi/sajak dan amat menyentuh perasaaan jika memahami maksud yang tersirat. As-Syahid Syed Qutb mengisytiharkan bahawa tugas tugas beliau di muka bumi ini telah selesai dan telah sampai masanya dia kembali kepada Allah SWT yang sememangnya di nanti-nantikan. Hasil kreativiti dan penulisan beliau telah cukup menjadi saksi beliau di hadapan Allah SWT dan menjadi bekalan dan rujukan kepada pencinta-pencinta Islam yang akan meneruskan perjuangannya.

Pada rangkap pertama, As-Syahid amat pasti bahawa akan ada saudara-mara, sahabat handai dan para dai yang menangisi pemergiannya (kematiannya). Beliau yakin, tangisan itu akan menyalakan semangat atas dasar iman (nyalakan obor buat umat ini) untuk meneruskan perjuangannya hingga berjaya. Perjuangan untuk mendaulatkan Deen Allah di dalam kehidupan tidak akan berkahir, walaupun perjuangannya telah kembali kepada Allah SWT. Pasti ada pejuang lain yang akan tampil mengganti di kalangan Ikhwan yang diproses keimanannya. Beliau amat mengharapkan para pendakwah TERUSkan kewajiban berjihad menegakkan yang ma’ruf dan mencegah yang munkar hingga berjaya dan sekaigus menumpang Jahiliyah yang bermaharajalela di muka bumi ini. Perjuangan itu ibarat mengenggam bara api sampai menjadi arang (diatas tulang-tulangku yang hancur luluh) dan ibarat lilin yang membakar demi Islam!

Rangkap kedua beliau menyatakan bahawa berakhirnya hayat beliau di tali gantung bukan bermakna beliau telah mati. Sebaliknya beliau masih hidup di sisi Allah SWT.

“Janganlah kamu menyangka orang yang gugur berjuang pada jalan Allah itu mati. Sesungguhnya mereka itu hidup dan diberi rezeki oleh Allah.” (Ali Imran: 169)

“Kematianku adalah satu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merindu”, merupakan ayat yang sangat indah bunyinya membawa maksud yang menyentuh perasaan. As-Syahid seolah olah memujuk para pendakwah agar tidak terus menangisi kehilangannya. Tidak ada apa yang perlu disedihkan kerana rohnya sedang mengembara (perjalanan) menuju kepada Allah SWT untuk bersama roh roh para anbiya dan para syuhada’ yang sedang menunggunya (kekasih yang sedang merindui).

Pintu-pintu syorga terbuka luas menerima rohnya (taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku). Perkataan BANGGA memberi maksud yang amat kuat bahawa segala apa yang disediakan di syorga ternanti-nanti menerima kedatangan dan kehadiran pendakwah sepertinya. Burung-burung merupakan simbolik pada para bidadari atau mala’ikat. Mala’ikat dan para bidadari riang menyambut kedatangannya dan melayaninya sebagai di antara tetamu yang teristimewa di syorga. Ternyatalah bahawa di saat akhir hayatnya, As-Syahid telah terbau harum syorga atau terbayang keadaan syorga menantinya. Dengan keyakinan itu, beliau berani menyatakan bahawa hidupnya bahagia di alam abadi (Bahagialah hidupku di alam abadi).

Dalam rangkap ketiga, beliau menanamkan keyakinan dan semangat terus berjuang bahawa alam ini akan disinari fajar lagi. Tidak mustahil daulah Islam akan tertegak lagi di muka bumi ini. Menurut keyakinannya, “puaka kegelapan pasti akan hancur” bermaksud jahiliyah yang diwakili oleh ‘kuasa besar’ Amerika dan Russia pasti akan tumbang. Karangan beliau ‘Masa Depan di tangan Islam’ (‘Al Mustaqbal Lihaza Al-Din) memperkatakan tentang keyakinan itu. Kenyataan beliau telah dibenarkan oleh reality kini bahawa kerajaan Komunis Russia telahpun tumbang.

Beliau mengulangi lagi tentang keadaan rohnya. Jiwanya pasrah dan rela dibunuh untuk mempertahankan kalimah “Lailaha illallah Muhammadur Rasulullah” agar sentiasa bergema di muka bumi ini. “Biarlah rohku pergi mendapatkan rindunya” merupakan satu penekanan bahawa pengorbanan untuk menegakkan daulah Islam tidak ada ruginya. Walaupun di dunia terasa seperti kerugian, tetapi hakikatnya roh beruntung kerana dapat berkumpul bersama-sama roh yang merinduinya. Roh yang sentiasa di dalam pemeliharaan Allah dan disanjung oleh Allah SWT.

read more
0 comments

Wahai saudaraku

Artikel ni dicopy paste olehku dari koleksi risalah yang tersimpan dalam komputer ni.. sayu sangat bila baca.. teringat kat sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang denganku.. sahabatku,kutujukan warkah ini buat kalian...

Wahai saudaraku. Kita sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang muslim, dan setiap muslim itu bersaudara. Bangunlah wahai saudaraku, lupakan kehidupan kita yang telah berlalu. Kita tak dapat melalui masa yang telah berlalu buat kali kedua. Mari kita bergerak menuju kejayaan, dunia dan akhirat. HEBAT DI DUNIA, HEBAT DI AKHIRAT.

Saudaraku, jangan pandang pada orang yang bercakap, tapi pandang pada apa yang dicakap. Jesteru, aku memohon kemaafan andai kata selama kita bersaudara, ada peri laku yang aku lakukan telah melukakan hatimu. Tapi percayalah, aku tetap berada di hadapanmu untuk menangkis serangan musuh yang berada di depanmu,, dan aku akan tetap berada di sisimu untuk menemanimu, dulu, kini dan selama kita dapat bersama. Andaikata aku sebagai pemimpin, engkaulah yang akan aku betulkan. Andai kata engkau sebagai pemimpin, engkaulah yang akan aku sokong. Dan andaikata kita sebagai pemimpin, engkaulah yang akan menemaniku selama aku berjuang.

saudaraku, engkaulah semangat perjuanganku selama mana aku berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Andai kata aku gugur di medan perjuangan, maka engkau yang yang bakal meneruskan perjuangan ini. Siapa lagi yang dapat aku harapkan. Takkan nak aku harapkan Ah Chong, Muthu, Sandokan??? Mereka semua tidak faham tentang perjuangan Islam. Sememangnya aku mengharapkan semangat darimu, sebagai seorang teman seperjuangan.

saudaraku, tingkatkan semangat, sediakan bekalan, mulakan langkah, maju bergerak ke hadapan. Ayuh!!! Mari kita mulakan serangan. Aku tidak rela melihat kemungkaran masih berleluasa di depan mata kita. Mereka berzina di depan kita, mereka melanggar hukum Allah di depan mata kita, mereka mensyirikkan Allah di depan mata kita. Aaaaarrrrrrggggggghhhhh!!!!! Tidak. Aku tak dapat menerima kenyataan ini. Siapa mereka itu. Mak, ayah, adik, abang, kakak, kawan kawan??? Aaarrrggghhh.. Tidak, tidak. Saudaraku, sanggupkah kau melihat semua ini berlaku??

Sahabat, kini aku telah gugur di medan pertempuran. Aku cedera parah. Aku tidak dapat berjuang tanpa bantuan darimu. Bantulah aku…. Aku perlukan pertolonganmu. Usah di layan kutukan dan makian orang luar. Semuanya adalah sunnah orang berjuang. Kemewahan tidak akan memberikan nikmat hidup kepada kita. Carilah nikmat hidup dalam kesengsaraan memperjuangkan agama Allah.

Saudaraku, sesungguhnya aku tidak dapat merubah dirimu, sebaliknya kamulah yang perlu merubah dirimu. Jangan salahkan keadaan. Kita adalah muslim. Kita ada usaha, kita ada tawakkal, kita ada tuhan yang sayangkan hambanya yang mencari keredhaannya. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku amat mengharapkan kerjasama dan gandingan daripadamu. Jangan kau berdiam diri. Hentikan kemungkaran yang kau lakukan. Beramallah dengan perintah Allah dan Rasulullah. Cukuplah dengan kemungkaran yang kau lakukan. Insaflah…. Ingatlah pada Allah, ingatlah pada ibu, ayah, kawan kawanmu. Kita tak tahu bilakah kita akan menemui kematian.

Saudaraku, terima kasih kerana menjadi saudaraku yang setia. Dan sekarang, engkau harus tahu yang aku sangat sayangkan perhubungan kita. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Semoga Allah memberkati ukhuwanh fillah yang kita jalinkan. Marilah bersamaku dalam menegakkan kalimah Allah. Aku sangat mengharapkan semangat dan gandingan darimu, A.d.i.k.

`Bacakan utusan ini di kala sepi

``saudaramu yang sedang berjuang.”

read more
0 comments

::aKu dAn pErJuaNgAn::

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam),dan janganlah kamu berduka cita(terhadap apa yang akan menimpa kamu),padahal kamulah orang-orang yang tertinggi(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang benar-benar beriman”…-Ali ‘Imran:139-


Sesekali apabila diri terasa lemah dan tak terdaya, dalam perjuangan yang menuntut beribu kekuatan dan pergorbanan yang sesekali amat menyakitkan dan menyeksa jiwaku..kadang-kadang terpaksa mengenepikan kehendak diri,sahabat-sahabat dan keluarga.. aku cuba kuatkan diri walaupun hakikatnya lemah tak terdaya.. sesekali bila keadaan begini menimpa ada baiknya kembali kepada janji-janji Allah..


“wahai orang-orang yang beriman,kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah akn membela kamu(untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”


Ayat-ayat yang sering memujuk dan memberi kekuatan buat diri ini.. Aku harus bangkit demi Islam!!! Dalam meniti jalan perjuangan yang aku sedia ma'ruf dengan ranjau duri,bukannya dihampar karpet merah, kekuatan rohani amatlah penting sebagai rabitah sang daie dengan Khaliqnya.. itulah kata-kata azimat yang sering diungkapkan oleh para naqibahku.. aku akui semua itu.. itulah makanan rohani terpenting buat daie untuk terus tsabat atas jalanNya.. Insya Allah.. aku panjatkan doa agar diberi kekuatan dan keteguhan hati serta ketabahan dalam perjuangan ini.. Amiin.. Ya muqollibal Qulub,tsabbit qulubana ala dinik…

read more