Memaparkan catatan dengan label tazkiyyatunnafsi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkiyyatunnafsi. Papar semua catatan
0 comments

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia




RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu
dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kera
na Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsun
ya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya diband
ingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.
read more
1 comments

Syaaban pula menjelma..

Jam di hadapan menunjukkan pukul 7.02 pg. seusai solat subuh,ana tryla kot-kot boleh dapat wireless. Alhamdulillah..dapat juga akhirnya. Sudah lama ana meninggalkan blog ana ni lantaran kesibukan menguruskan segala hal berkaitan untuk semester baru ni. Begitu banyak perkara yang berlaku dalam beberapa minggu lepas. Sekadar untuk berkongsi dan apa yang mampu ana coretkan di sini,telah berlangsungnya konvokesyen pertama UDM beberapa minggu yang lalu. Ana juga bersama sahabat-sahabat diploma dakwah telah mengikuti kursus Program Pelatihan Pendakwah anjuran Persatuan Darul Fitrah Terengganu yang telah mengupas tentang masalah perbandingan agama oleh Bro.Amin dan Bro.Lim Jooi Sung.

Berbalik pada masa sekarang,kita telah menginjak kebulan Syaaban. Ini bermakna Ramadhan semakin hampir. Di kesempatan ini ana menyeru kepada para sahabat agar menyiapkan diri untuk menghadapi bulan penuh rahmat nanti. Allahummabariklana fi rajab wa syaaban waballighna Ramadhan...

read more
0 comments

Umat Islam Umpama Buih


bersama kita renungkan dan hayatilah...
Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya: "Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan.Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islamyang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih dipermukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun didalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkandalam hati kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda 'cintakan dunia dan bencikan akhirat." Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda Rasulullah ini. Jumlah umat Islam pada hari ini mencapai lebih 1 bilion, satu angka yang ramai. Mereka bertebaran di muka bumi ini; kebanyakannya tinggal dinegara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang lumayan. Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai boleh menjadi aset memajukan negara dan sekaligus memartabatkan Islam sehingga disegani seantero dunia.Persoalannya ialah kenapa faktor-faktor ini tidakdimanfaatkan? Kenapa umat Islam kini menjadi lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam?Sebaliknya musuh Islam yang mempunyai kedudukanekonomi yang kukuh menjalankan pelbagai strategi melumpuh dan memporak-perandakan negara Islam. Hasil kekayaan bumi milik negara Islam dieksploit olehmusuh Islam. Negara Iraq yang kaya dengan sumberminyak dijajah dalam pelbagai bentuk hinggakan minyak sendiri pun tak boleh dijual untuk kegunaan rakyat.Kekayaan yang mereka perolehi dari hasil bumi negaraIslam digunakan bagi membina kilang-kilang senjata untuk membunuh umat Islam.






Nabi menjelaskan punca kelemahan ini ialah wujudnya kecintaan kepada kehidupan dunia mengatasi kecintaankepada akhirat. Apabila kecintaan ini meresap danmenjadi budaya hidup umat, Allah memasukkan perasaan berani dalam hati musuh Islam dan pada masa yang samamencabut keberanian itu dalam hati orang Islam laludigantikan dengan perasaan penakut: takut kepada musuhIslam. Kejatuhan Baghdad ketika diserang oleh orang-orangMongol sepatutnya dijadikan teladan supaya peristiwahitam ini tidak akan berulang kembali. Adakahfaktor-faktor kejatuhan Baghdad mula meresap dalammasyarakat dewasa ini. Masalah rasuah sekarang semakinmenjadi. Ia telah menyerap dalam pelbagai organisasikepimpinan. Keadaan begini memudahkan musuh Islam menggunakan wang ringgit untuk membeli pucuk pimpinansupaya tercapai hasrat mereka melumpuhkan umat Islamsendiri. Jika dibiarkan berleluasa bukan saja ekonomiumat Islam merudum malahan negara juga turut tergadai. Bagaimana keadaan realiti masyarakat Islam sekarang?Sudahlah ekonomi lemah ditokok pula dengan pelbagaipenyakit dan gejala sosial. Bagaimana dapat membasmikeruntuhan akhlak sekiranya media massa semakin galak menonjolkan isu-isu ganas dan seks. Isu pemulihanhanya sekadar melepas batuk di tangga dan seolah-olah'lain sakit lain pula ubat yang diberi'. Pelancaran TV Mega dan Astro serta alat komunikasi lain bukan menjadi ubat gejala sosial dewasa ini malah menjadikannya lebih kronik. Babak-babak yang tidaksepatutnya ditonton sudah menjadi semakin lumrah danvideo lucah pula dapat dibeli oleh sesiapa saja.Bukankan ini menjadi pemangkin ke arah gejala yang lebih dahsyat? Umat Islam kini tidak mempunyai katahanan dan iman yang kuat untuk menangkis seranganyang hebat ini. Semua ini adalah antara strategi danperancangan musuh Islam yang tidak akan redha terhadapperkembangan Islam selamanya. Bayangkan apa yang akanberlaku beberapa tahun lagi dengan kemunculan teknologi IT yang semakin canggih. Firman Allah dalam Al-Quran "Orang Yahudi dan nasrani sekali-kali tidak redha terhadap kamu buat selama-lamanya sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka." Masjid kian terpinggir dengan kewujudan kilang yangbanyak. Manusia lebih suka ke kilang daripada masjid.Kilang diimarahkan siang dan malam tetapi masjid menjadi lengang, cuma diimarahkan dengan carpet dan keceriaan. Bukankah ini juga perancangan musuh Islam?Lantaran cinta kepada dunia sanggup menjauhi masjid dan berkejaran ke kilang. Dalam hadith tadi, Nabi memberikan 2 faktor berlakunyabegini: cintakan dunia dan benci kepada mati. UmatIslam generasi pertama dulu cintakan mati kerana dapat bertemu dengan Allah segera. Oleh sebab itu bila ada panggilan jihad, mereka sukarela bergabung tenaga memerangi musuh Islam Mereka tidak takut mengadap mati. Sebaliknya masyarakat Islam hari ini takut kepada mati malahan mengingatkan mati pun dianggap menyekat kemajuan. Mereka takut mati kerana memikirkan dosa yang terlalu banyak dilakukan dan sedikitnya amalan pahala yang dibuat. Akhirnya semangat jihad memperjuang dan menegakkan agama Allah pudar dan terhakis.


-dipetik daripada-

read more
0 comments

::jika aku jatuh hati::

...Bismillahirrahmaanirrahim...



Ya Allah
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMuYa Muhaimin,

jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,
jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,
jika aku menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMuYa Allah ,

jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..
amiiiin



read more
0 comments

::runtuh pulak::...

sebelum kejadian...

selepas kejadian...



lagi...same2 kita mengambil ibrah..



ana tak nak komen.. terpulang pada pembaca untuk buat kesimpulan masing-masing..:)

wassalam...







read more
0 comments

::hiDaYah itU miLik AllAh::

“Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi,tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”
surah Al-Qasas(28:56)

hidayah Allah SWT hanya kepada mereka yang dipilih Allah SWT sendiri. Sebagaimana kisah Abi Talib yang telah menunjukkan sayangnya kepada Rasulullah SAW. Boleh dikatakan dalam setiap peristiwa yang membabitkan kaum Quraisy dengan anak saudaranya itu,maka Abu Talib sentiasa memihak kepada anak saudaranya. Bagaimanapun Abu Talib enggan mengucap. Walaupun dia sangat menyayangi Rasulullah,tetapi dia bukan orang yang menjadi pilihan Allah untuk diberikan hidayah. Ini menunjukkan bahawa hidayah adalah milik Allah secara mutlak,terserah kepadanya suntuk memberikan kepada orang yang dikehendakinya..(rujukan:Muhammad SAW,insan teladan sepanjang zaman karya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat)

Senario yang serupa turut berlaku kepada setiap yang bergelar daie. Bukan semua yang kita amar ma’ruf dan nahi mungkar akan berlaku mengikut kehendak hati kita.. sedangkan Nabi pun tidak mampu mengislamkan bapa saudara baginda inikan pula kita,manusia biasa yang menjadi penyambung rantai perjuangan baginda.. inilah yang dikatakan bahawa hidayah hanyalah milik Allak mutlaknya.. namun begitu Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Allah tidak melihat kepada natijah dari apa yang kita lakukan,samada kita berjaya menyedarkan kesilapan orang mahupun membawa orang balik ke pangkal jalan atau apa jua keadaan sekalipun tapi Allah melihat sejauh mana usaha dan kesungguhan kita dalam melakukan dakwah ataupun dalam pekerjaan,pelajaran dan sebagainya.. sebagai contoh,kita boleh lihat dalam peristiwa dimana saat Nabi Allah Ibrahim yang dibakar dalam parit yang yang dibuat oleh Raja Namrud.. dalam masa yang sama,terdapat burung yang kecil berusaha memadamkan api tersebut dengan membawa air melalui paruhnya yang kecil.. walaupun perbuatan burung itu dipertikaikan tetapi dibalas dengan jawapan yang begitu menakjubkan dari burung tersebut, “sesungguhnya Allah tidak melihat samada aku dapat memadamkan api tersebut atau tidak tetapi Allah melihat kepada usaha yang aku lakukan” begitulah nilai-nilai yang diajar oleh Islam yang boleh kita jadikan ibrah untuk terus maju dan tidak putus asa dalam apa jua yang kita lakukan..moga apa yang dinukilkan dapat diambil ibrahnya.. sebarang kekhilafan adalah kelemahan diri ini dan diri ini bertaubat kepada Allah.. doaku moga Allah menjadikan kita orang-orang yang bermanfaat kepada orang lain… -cebisan rasa daie sepi 17mei,3.17pm-

read more
0 comments

::aKu dAn pErJuaNgAn::

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam),dan janganlah kamu berduka cita(terhadap apa yang akan menimpa kamu),padahal kamulah orang-orang yang tertinggi(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang benar-benar beriman”…-Ali ‘Imran:139-


Sesekali apabila diri terasa lemah dan tak terdaya, dalam perjuangan yang menuntut beribu kekuatan dan pergorbanan yang sesekali amat menyakitkan dan menyeksa jiwaku..kadang-kadang terpaksa mengenepikan kehendak diri,sahabat-sahabat dan keluarga.. aku cuba kuatkan diri walaupun hakikatnya lemah tak terdaya.. sesekali bila keadaan begini menimpa ada baiknya kembali kepada janji-janji Allah..


“wahai orang-orang yang beriman,kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah akn membela kamu(untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”


Ayat-ayat yang sering memujuk dan memberi kekuatan buat diri ini.. Aku harus bangkit demi Islam!!! Dalam meniti jalan perjuangan yang aku sedia ma'ruf dengan ranjau duri,bukannya dihampar karpet merah, kekuatan rohani amatlah penting sebagai rabitah sang daie dengan Khaliqnya.. itulah kata-kata azimat yang sering diungkapkan oleh para naqibahku.. aku akui semua itu.. itulah makanan rohani terpenting buat daie untuk terus tsabat atas jalanNya.. Insya Allah.. aku panjatkan doa agar diberi kekuatan dan keteguhan hati serta ketabahan dalam perjuangan ini.. Amiin.. Ya muqollibal Qulub,tsabbit qulubana ala dinik…

read more
0 comments

USAH PUTUS ASA

Ketahuilah olehmu sahabatku...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu.

Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat keputusan ...
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...

ALLAH SWT MAHA TAHU

read more
0 comments

****Kisah KELKATU***

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


just copy and paste email dari seorang teman (team dakwah). very nice analogy for us to think..moga kisah kelkatu ni dpt kita amik ibrahnya..wallahu'alam


....Allah tidak menjadikan sesuatu dengan sia-sia meskipun dalam kejadian nyamuk, lalat atau kalkatu. Ia mengandungi hikmah dan pengajaran kepada manusia yang mahu memikirkannya. Jika mengikut logik manusia, kenapalah Allah menjadikan nyamuk sedangkan ia bahaya kepada kesihatan. Sebenarnya dalam kejadian nyamuk banyak rahsia yang manusia sendiri tidak mengetahuinya. Allah MAHA BIJAK dan MAHA MENGETAHUI.

Pada satu malam yang sunyi lagi gelap, keluarlah satu kumpulan kalkatu entah dari mana menuju ke satu tempat yang terang dan bercahaya. Berpusu-pusu berterbangan ke arah beberapa buah pelita yang dipasang di halaman rumah. Aku lihat kesemua kalkatu itu menerkam ke tempat itu. Setiap kali terkam setiap kali kalkatu itu jatuh dan binasa satu persatu. Binasa disebabkan oleh api yang panas itu. Ada seekor yang tak mati sekaligus dan mampu terbang lagi. Tetapi ia tidak serik kerana kepanasan, malah ia sendiri lihat dengan mata kepalanya ramai kawannya yang tersungkur ke bumi. Namun itu tidak memberi pengajaran kepada kalkatu itu, mungkin kerana kedegilan dan keseronokan melulu.Tanpa berfikir panjang, kalkatu itu menerkam sekali lagi. Kali ini ia tidak bernasib baik dan menempah maut.

Termenung aku sejenak. Apa hikmah Allah jadikan kalkatu? Di hati kecilku berkata sebodoh-bodoh kalkatu pun ada baiknya kerana selepas kematian itu tidak dibangkitkan lagi di akhirat. Sebaliknya aku terfikir ramai manusia ketika ini berotakkan kalkatu. Mereka tahu dadah itu bahaya, namun masih mengambilnya. mereka tahu tidak bersembahyang boleh menjerumuskan dirinya ke dalam neraka, namun masih tak hendak bersolat. Mereka tahu merokok membahayakan kesihatan, namun masih menghisap. Mereka tahu berjudi itu haram, namun tetap berdegil tikam ekor. Mereka tahu berzina itu dosa, namun tetap melakukannya. Mereka tahu syurga penuh kenikmatan tapi
menjauhinya. Mereka tahu neraka penuh dengan azab tapi ramai yang hendak ke sana. Mereka
tahu syaitan itu musuh utama tapi mengambil mereka sebagai kawan. Banyak lagi aksi manusia sekarang yang bertubuhkan manusia namun hakikatnya berotakkan kalkatu.

MORAL & IKTIBAR

Allah memberikan otak kepada manusia untuk berfikir. Jika tidak digunakan atau disalahgunakan manusia akan rugi malah nasibnya lebih dahsyat daripada kalkatu. Kebanyakan manusia tertipu dengan kemanisan dunia tanpa memikirkan kemanisan akhirat. Berbondong-bondong manusia mengejar kebahagiaan, hiburan dan kelazatan dunia sahaja pada hakikatnya adalah mengejar api neraka.


...segala yg baik dari Allah & yg tidak baik dari diri yg lemah ini...
read more
0 comments

10 Muwassafat Tarbiyah

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah:

1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)

Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:

"Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan."

Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.

2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)

Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.

3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)

Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna:

"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."

Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.

4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)

Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)

Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)

Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.

7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)

Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)

Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.

9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)

Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)

Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.

read more
0 comments

:. ..fAsTaBiquLkHAirAt :...: mAhArKU aDaLAh jIHaDMu

read more
0 comments

::Buat tatapan sahabat yang disayangi tatapan untukku jua::



MUTIARA MINDA Teringat pesan ayahanda... "Sudahkah di Qada' Solat yang lepas-lepas? Jika tidak ingat, gantikanlah dengan mengira berapa usia kita sekarang ditolak kira-kira 10 tahun dari mula akil baligh kita..." Subhanallah, betapa alpa nya kami... Sesungguhnya Engkau maha penerima taubat...
Peringatan buat diriku yang sering lupa........ Adakah kita seorang Islam???? Pernahkah kita terfikir... Hidup kita ini hanyalah sementara. Sampai masanya kita akan pergi menemui Allah. Apakah bekalan dan persediaan kita menempuh hari kematian. Dalam kita mengejar kejayaan dunia, kita sering lupa bahawa tujuan hidup kita yang sebenar.. apakah pilihan kita? Beruntunglah orang-orang yang berebut-rebut menagih ihsan dan kasih sayang Allah. Sesungguhnya keredhaan Allah yang kita cari. Dunia yang semakin tua ini sering dilanda masalah, bermula daripada jerebu, kegawatan ekonomi, timbul pula gejala murtad... Fitnah.. gempa bumi, peperangan dan bermacam-macam lagi. Ini sebenarnya adalah ujian Allah kepada kita. Adakah kita benar-benar menginsafinya. Semua ini juga adalah bala!! Tanda kemurkaan Allah!! Adakah kita benar-benar seorang Islam???? Maka, adakah kita fikir bahawa kejayaan kita di Universiti dapat membawa kita ke Syurga?Adakah kita fikir bahawa kejayaan kita adalah kerana usaha dan ikhtiar anda sendiri. Tidak malukah kita mengaku diri kita hebat, bijak, rajin ... walhal semuanya adalah kurnia Allah. Segala kelebihan yang ada pada kita adalah datangnya dari Allah. Apakah kita fikir Allah itu akan menyukai hambaNya yang tidak bersyukur.Adakah kita yakin kita seorang Islam??? Sedangkan Rabiatul Adawiyah tidak mahu melupakan Allah walau sedetik sekalipun. Hassan Al-Basri pula menangis sampai berjujuran airmata kerana menyesal melupai Allah dalam beberapa minit. Tetapi, mengapa kita masih leka di buai perasaan...
Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berzikir kepada Allah.. Tidakkah kita berasa rugi kerana kurang berselawat kepada Rasulullah...
Siapa diri kita sebenarnya!!!! Firaun???
Tentu tidak.. jadi, siapa kita sebenarnya, wahai manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina!!!! Apakah kita yakin kita bertuhankan Allah???? Maka, mengapa kita tidak mahu mengejar Dia... Mengapa kita masih mendedahkan aurat?. Mengapa kita masih tidak mahu menuntut ilmu. Syariat,Tariqat, Hakikat, dan Makrifat. Feqah dan Tasauf... Dapatkah kita menghuraikan cabang-cabang ilmu tersebut.. Tidak malukah kita kerana gagal menghuraikannya, jauh dari mengamalkannya. Adakah kita harus mempersalahkan puak-puak kristian yang berjaya memurtadkan ribuan umat Islam jika kita sendiri gagal memperhebatkan pertahanan diri.
Ketahuilah... sesungguhnya Iblis itu amat suka kepada mereka yang tidak berilmu.. Sedarilah bahawa, kejahilan boleh menyebabkan dosa. Dosa!!! Kita tidak takut dosa.Berapa banyak amalan kita yang boleh menghapuskan dosa seharian??? Apakah kita begitu yakin untuk menempuh akhirat???? Siapakah kita menjelang hari kematian? Adakah kita seorang Islam. Bersediakah kita berhadapan dengan malaikat maut.
Apakah kita merasakan diri kita terlalu mulia sehingga tidak ada daya untuk menjauhkan diri dari perbuatan mungkar. Kita pergi kuliah, pergi kerja ** kita yakin kita telah menutup aurat? Kita solat ... ** kita yakin solat kita tidak tercela? Kita makan ... ** kita yakin rezeki yang kita jamah diredhai Allah?
Kita minum ... ** kita yakin di akhirat kelak kita akan dapat minum seperti yang kita minum sekarang?
Kita ketawa ... ** kita tidak malu pada Allah?
Kita cemerlang dalam SPM,PASCAL, emt, TITAS,C++, ...
* kita yakin semua itu dapat membantun kita menjelangnya fitnah kubur?
Kita berpuasa ** kita yakin puasa kita mulia sehingga dapat membela
kita di hari akhirat?
Kita sihat ... ** kita yakin Allah muliakan kita?
Kita sakit ... ** kita tidak malu pada Allah kerana menarik balik nikmat kesihatan?
Siapa Kita???? Kita adalah manusia yang berasal dari sekepal tanah yang hina dina.. betapa hinanya kita... tapi, kita masih mampu tersenyum dan tertawa. Bersedialah menempuh hari selepas kematian, bersedialah untuk menempuh sakaratul maut. Burulah cinta ALLAH, sebelum Allah menutup pintu rahmatnya. Sesungguhnya kematian itu adalah sesuatu yang PASTI......!!!!
Siapa kita....????
ibu utama A) Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud : Ada 4 di pandang sebagai ibu iaitu:
1 ) Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN. 2 ) Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERCAKAP. 3 ) Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA. 4 ) Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR
. Beberapa kata renungan dari Qur'an :
orang yang tidak melakukan sholat pada :
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zhuhur : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan / kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isya' : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnyaAl-Quran:
Sembahyanglah sebelum kau disembahyangkan oleh orang lain.
Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan Kesabaran
read more
2 comments

mAhArKU aDaLAh jIHaDMu



Bismillahirrohmaanirrohiim

Seandainya engkau tahu

Wahai kekasihu

aku bukanlah Sumayyah yang tangguh

merelakan anak, dan suami

mengejar kematian demi menghirup wewangian Firdausi

karena,

aku hanyalah seorang isteri

yang butuhkan cinta dan kasih sayang

yang memerlukan didikan dan tarbiyah

darimu yang bergelar suami

tetapi,

ketika wanginya darah para syuhada dan

senandung cinta medan Jihad

membuatmu mabuk kepayang akan syurga

aku tidak lagi mampu menahan

keingananmu untuk meraih CintaNya

aku relakan cintaku tinggal disini

bersama permata-permata yang telah kau amanahkan

yang kelak akan kudidik

menjadi singa-singa yang gagah berani sepertimu

mengikuti jejak abinya yang tercinta

Engkau pergi dalam bentuk jasadi

Tetapi kau hidup dalam Ruh-ruh kami



"syukran ya Robb karena kau memilihnya sebagai syuhada"



Besarnya cintamu padaNya

Pada DienNya

Mengalahkan secuil kasih dan cintaku ini

Kau pergi mencari mahar

Buat meraih pelaminan syurga nan indah

Nantikan aku wahai mujahidku

Nantikan aku sebagai bidadarimu

Karena

Wanginya kasturi Firdausi

Mulai merasuki jiwaku
read more
0 comments

pErSoAlaN tsAbAt...

Persoalan tsabat ini bukanlah sesuatu yang baru diperkatakan, lebih-lebih lagi bagi para daie. Saya rasa berpuluh, mungkin beratus buku telahpun menceritakan tentang isu tsabat. Maka ini jelas menunjukkan betapa besarnya isu tsabat, dan betapa kritikalnya isu ini sehingga ianya perlu diulang berkali-kali sebagai peringatan.

Seperti Uncle Tips, saya juga suka untuk berkongsi sedikit Tips, untuk tsabat dalam dakwah dan perjuangan kerana Allah s.w.t. Namun tips ini bukan dari saya sebenarnya (Saya tak sehebat Uncle Tips :D ), tetapi saya ambil dari buah fikiran seorang insan yang telahpun berpuluh-puluh tahun berjuang dalam dakwah ini, yang masih kekal dalam usaha mendidik manusia supaya menjadi seorang Muslim yang hakiki pada aspek jiwanya, tubuh badannya, dan tindak-tanduknya.Ini tidak dapat tidak, merupakan pati kepada usaha untuk menegakkan agama Allah s.w.t ini.

Sheikh Tal'at Muhammad Shinawi, kini berusia dalam lingkungan 78/79 tahun. Mula menggabungkan diri dalam gagasan dakwah Ikhwanul Muslimin sejak umurnya 15 tahun. Sempat dengan pelbagai mehnah dan tribulasi dalam dakwah Ikhwan pada tahun 60-an, apabila Syed Qutb dan ramai lagi Ikhwan diseksa dan akhirnya digantung. Pernah dipenjara berulangkali oleh rejim pemerintah Mesir, dengan jumlah 18 tahun kesemuanya. Berjuang sejak Mursyid Am Ikhwan yang ke-2, Hassan Hudaibi, sehinggalah yang terkini, Mahdi Akif. Semoga Allah memberkati hidup beliau, dan menjauhkan beliau dari sebarang fitnah dalam hidupnya sebagai seorang pendakwah.

Seorang pernah bertanya kepada beliau, "Bagaimana kau mampu untuk Tsabat di jalan dakwah?"

Dikisahkan, beliau senyap beberapa detik, kemudian memulakan jawapannya:-

• Yang pertama sekali, Tsabat ini, ialah daripada Allah s.w.t. Kita tidak ada kemampuan untuk memastikan kita Tsabat, melainkan Allah lah yang memilih siapa di kalangan manusia yang ingin dikekalkan di jalan dakwah ini. Maka, daie perlu berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, dan mengharapkan rahmat Allah s.w.t agar terus kekal dalam iman dan islam, serta kekal dalam dakwah ini.

• Sebaik-baik makhluk yang tsabat ialah Malaikat. Mereka ini (malaikat) tidak pernah gagal dalam kepatuhan kepada Allah s.w.t. Mereka sujud apabila disuruh, rukuk apabila disuruh, dan apa sahaja perintah Allah s.w.t, tidak mampu mereka ingkari, malah tidak sedikitpun terlalai dari apa sahaja suruhan Allah.

Bagi manusia, kita bukan Malaikat, namun ada darjat-darjat manusia yang Allah s.w.t letakkan, agar kita mengejarnya, dan menjadi sebaik-baik manusia. Ini ditandakan berulangkali dalam al-Quran, apabila Allah menandakan kecintaan dan kebersamaanNya kepada golongan-golongan tertentu dari kalangan manusia. Contohnya:-

ان الله مع الصابرين

(Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar)

ان الله لا يحب المسرفين

(Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membazir)

Dan pelbagai lagi ayat seumpama ini, yang kita boleh lihat sendiri di dalam al-Quran. Maka inilah ciri-ciri manusia yang kita mesti mujahadah ke arah mencapainya. Kita berusaha dengan segigihnya untuk menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri kita. Dan ini semua adalah semata-mata untuk kita mendapatkan redha dan kecintaan Allah s.w.t, agar Dia memilih kita sebagai salah seorang yang kekal berjuang demiNya.

• Faham. Iaitu memahami apakah Dakwah,tujuannya, hakikatnya, tabiat thoriq, marhalahnya,matlamatnya, cabaran yang akan datang, agar kita tahu dengan jelas apa yang kita sedang dan akan kita lakukan.

Ini cukup penting, kerana apabila mehnah berlaku, kita akan tabah menghadapinya kerana kita telahpun memahami tujuan kita perlu menghadapinya, dan kita telah faham dengan jelas tujuan kita berdakwah. Mengetahui tabiat thoriq ini dengan memahami sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabat, meneliti apa yang telah mereka lakukan, cabaran yang mereka hadapi, kerana sunnah thoriq ini akan sentiasa sama seperti mana dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat serta mereka yang menyusuli.

• Akhir sekali, serahkanlah segalanya kepada Allah s.w.t. Sebagai seorang hamba, kita beriman sepenuhnya dengan kalimah لا حول ولا قوة الا بالله. Maka berpegang teguhlah dengan maksudnya, dan lafazkannya dengan penuh perasaan. Lafazkannnya dengan penuh rasa rendah diri dan cukup mengharap kekuatan dari Allah s.w.t, meyakini bahawa tiada kekuatan yang datang kepada kita untuk menghadapi apa sahaja, melainkan ianya datang dari Allah s.w.t sendiri.

Itu sahajalah yang saya mampu kumpulkan. Semoga menjadi manfaat kepada mereka yang ingin berusaha menyebarkan risalah Islam kepada semua ummat manusia. Agar tiada lagi perhambaan sesama manusia, dan agar semua manusia merasai keadilan Islam, keindahannya, dan kemanisan hidup dalam praktik Islam yang hakiki.

Semoga Allah merahmati mereka yang sentiasa meletakkan Allah s.w.t sebagai matlamat akhir, tidak melencong sedikit pun dari itu, dan sentiasa mengharap cinta dan redha Allah s.w.t. Semoga Allah memberi petunjuk kepada semua pendakwah, agar mengembalikan segala strategi, matlamat, dan hala tuju perjuangan dakwah kepada Allah s.w.t sahaja

read more