Memaparkan catatan dengan label hadis pilihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hadis pilihan. Papar semua catatan
Daripada Abdullah bin Umar r.a.,Nabi SAW bersabda:

“sesiapa yang berbuat baik kepada kamu,berilah balasan yang setimpal kepadanya.Jika kamu tidak mendapati(sesuatu yang setimpal untuk untuk membalasnya),berdoalah sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah membalasnya (mengulangi doa sehingga kamu menyangka bahawa haknya telah ditunaikan)”

- Riwayat Abu Daud dan Nasa’i-
read more
Daripada Abu Darda’ r.a,Nabi SAW bersabda:

“sesungguhnya para ulama’ adalah pewaris para nabi.Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham.Mereka mewariskan ilmu.Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna”

-Riwayat Abu Daud,al-Tirmizi,Ibn Majah dan Ibn Hibban-
read more
0 comments

::HADIS PILIHAN::

Rasulullah saw bersabda yg bermaksud,

"Tidak seorangpun muslim yang berdoa dgn sesuatu doa yang tidak berunsur dosa mahupun memutuskan silaturrahim, kecuali Allah akan memberinya satu dari tiga perkara; samada doanya diperkenankan terus, atau disimpan untuknya pada hari akhirat, atau dijauhkan darinya keburukan yang setanding dengannya. Telah berkata para sahabat: Jikalau begitu, kami akan memperbanyakkan doa. Baginda menjawab: Allah lebih banyak pemberiannya."


read more