Salam ukhuwwah buat semua pengunjung dutakecilislam.blogspot.com.
tahun 1430 hijrah akan melabuhkan tirainya dan tahun 1431 hijrah akan menjelma.. teringat ana akan kata-kata seorang teman.. "hidup kita macam drive kereta..nak drive kite kene tgok depan kan?tapi kite xleh lupekan cermin sisi n cermin belakang..tok kite berhati-hati n dpt elakkan eksiden...jadi,samelah dengan hidup kan?..orang kate,jangan pandang belakang n truskan hidup..tapi sekali sekala,kite kene tgok jugak belakang kite,untuk peringatan agar tidak berulang kesilapan yang same.."..
ana terfikir akan kate2 teman ana ni..ada kebenarannya juga.. dalam kita meniti hari-hari yang mendatang,segala kesilapan mesti menjadi pengajaran agar tidak mengulangi kesilapan yang sama. jadi nikmat kesempatan yang Allah kurniakan kepada kita untuk terus berada dalam tahun yang berikutnya harus diguna sebaik mungkin dalam penambahbaikkan amalan kita samada dalam ibadah,hubungan sesama makhluk dan sebagainya.. jadi sama-samalah kita menginsafi dan mengislahi diri kita kearah yang lebih baik.. Insya Allah.. barakallahu fikum wa siru 'ala barakatillah... Allahu yuftah alaikum.. KULLU 'AMIN WA ANTUM BIKHOIR...
Syukur kerana Allah masih lagi memberikita ruang dan peluang untuk terus menghirup udara di dunia ini dan terus mempertingkatkan lagi ibadat kita. Alhamdulillah..
Hari ini,10 Zulhijjah adalah hari bersejarah dalam Islam yang sudah dima’rufi akan kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan puteranya Ismail alaihissalam.. semoga kita mengambil pengajaran daripada kisah pengorbananini.
Sukalah ana memetik sedikit daripada isi khutbah sembahyang raya pagi tadi di masjid kampung ketika sama-sama menunaikan solat aidiladha..
Antara kandungan yang ana ingat adalah ayat daripada surah As-Shaffat (102-109) mafhumnya:
Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".Tatkala keduanya Telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). Dan kami panggillah dia: "Hai Ibrahim, Sesungguhnya kamu Telah membenarkan mimpi itu Sesungguhnya Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang Kemudian,. (yaitu)"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".
Antara pengajaran yang boleh diambil ialah pengorbanan. Sesuai dengan hari raya korban,kita dituntut untuk berkorban.. sebagaimana tingginya pengorbanan Nabi Allah dalam melaksanakan perintah Allah semata-mata kerana tingginya rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.. subhanallah..
Selain itu pengajaran sabar juga turut ditonjolkan dari kisah ini. Sesungguhnya Allah menguji kesabaran Nabi Ibrahim dan Ismail dan mereka telah menyatakan kesanggupan untuk melaksanakan perintah Allah. Sesudah nyata kesabaran dan ketaatan Ibrahim dan Ismail a.s. Maka Allah melarang menyembelih Ismail dan untuk meneruskan korban, Allah menggantinya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa Ini menjadi dasar disyariatkannya qurban yang dilakukan pada hari raya haji.
Begitulah betapa tingginya pengorbanan nabi Allah. namun jika dilihat pada realiti hidup umat Islam hari ini,mereka lebih sanggup berkorban kepada perkara-perkara yang tidak mempunyai kepentingan. Kita lihat bagaimana ada diantara kita rela mengorbankan harta mereka demi kepuasan diri seperti membeli barang-barang yang mahal. Tiada salahnya jika kita membelanjakan atau menginfakkan sedikit harta kita yang berlebih kepada jalan yang lebih baik..Bagi ana,sebenarnya Islam telah membuka banyak jalan untuk kita membuat amal kebaikan namun kita pada hari ini tidak mempedulikannya. Begitulah yang akan terjadi apabila kurangnya penghayatan nilai-nilai Islam dalam diri umat Islam. Justeru ana menyeru kepada semua sahabat-sahabiah agar menghayati tiap pengajaran yang terkandung dalam lipatan sejarah Islam yang tidak dapat tidak dapat memberi dan memandu hidup kita kearah yang diredhai Allah..Insya Allah.. Allahu yuftah ‘alaikum.. SALAM ‘IDUL ADHA=)
Wallahu Taala A’lam
Daie sepi: -tersentuh melihat pengorbanan abah yang mengorbankan tangannya sehingga disengat ikan baung masa nak siang ikan tu demi nak bagi anak-anak makan. 5 hari dah tapi bengkak xsurut2.. Ya Allah,sembuhkan abah.. syafakallah abah..=(
-terharu melihat pengorbanan sahabat-sahabat dalam melaksanakan gerak kerja dan menolong sahabat-sahabat yang ditimpa ujian.. indahnya hidup bila semua dikongsi bersama dalam satu jemaah. Semoga tiap urusan kita dipermudahkan Allah. Barakallahulakum..
akhir kalam.. UJIAN ADALAH TARBIYAH ALLAH.. BELAJARLAH UNTUK BERKORBAN..
Pada saat ana menulis ini,kita berada dipengakhiranRamadhan.. terasa sayu menerpa di sanubari ana.. tentu sahabat-sahabat pernah mendengar ungkapan “benda yang ada didepan kita jarang kita hargai..Namun setelah ia berlalu pergi barulah kita terasa akan kehilangannya..”Jujurnya ana akhiri Ramadan kali ini dengan perasaan yang penuh sayu. Adakah ana masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan?? Atau ajal yang mendahului?? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..
Sahabatku yang dikasihi lillah,
berlalunya Ramadhan akan diganti dengan kedatangan Syawal yang dinantikan oleh semua umat Islam. Perginya Ramadhan pasti diiringi dengan tangisan bagi orang-orang yang soleh. Semoga bulan Ramadhan yang juga kita kenali sebagai bulan madrasah yang mendidik kita dari pelbagai aspek samada dari akhlak kita,ibadah, amalan dan sebagainya dapat menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa kepada Allah. Moga-moga Syawal kali ini dapat kita lalui dengan keberkahan Ramadan InsyaAllah.
Sahabatku fillah,
Latihan yang kita amalkan dalam bulan puasa dapat membantu kita membentuk sikap positif yang perlu dalam kehidupan seharian. Perkara-perkara dan amalan yang kita lakukan di bulan ramadhan merupakan ibadat yang perlu dihayati bukan saja dalam Ramadhan tapi seterusnya dalam bulan-bulan lain. Sebagaimana Islam menganjurkan kita beristiqamah dalam sesuatu amalan, begitulah juga dengan ibadat yang dilakukan dalam Ramadhan. Ia perlu dijadikan budaya sepanjang tahun sehinggalah kita berjumpa Ramadhan pada tahun hadapan.
Esok,20 September hari raya.Secara simboliknya semua umat Islam menyambut Aidilfitri sebagai kemenangan mereka melawan hawa nafsu setelah berjaya berpuasa Ramadan sebulan lamanya. Namun kita harus bermuhasabah dan mengoreksi diri dengan merenung kembali kualiti puasa yang kita lakukan. Apakah dengan berakhirnya Ramadan rasa ketakwaan, cahaya keimanan dan obor ketauhidan dalam diri kita berjaya dipertingkat dan semakin menebal. Insyallah jika objektif ini dapat dicapai maka ia menjadi petanda bahawa amalan kita diterima oleh Allah.
Sahabat-sahabat ana yang dirahmati Allah,
Dimalam Syawal ini, marilah kita hiasi dengan bertasbih,bertahmid dan bertakbir memuji kebesaran Allah serta memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan kepada kita semua. Disebalik kegembiraan melakukan persiapan terakhir menjelangnya Syawal,ana menyeru sahabat-sahabat supayasentiasa bermuhasabah diri dalam kita meniti hari-hari mendatang. Ingatlah kepada yang kurang berkemampuan dan ana mendoakan kepada semua saudara mara ana khususnya serta kepada semua umat Islam amnya yang telah dijemput terlebih dahulu mengadap Khaliq agar mendapat keampunan dan kerahmatan dari Allah. Moga roh kalian ditempatkan dikalangan para solihin..
Akhirul kalam, ana berharap dan berazam sungguh-sungguh semoga kemenangan di bulan ini kita jadikan asas untuk kita menapak lebih jauh menuju keredhaan dan kerahmatan Allah sehinggalah kita meninggalkan alam yang fana ini. Taqabbalallahu minna waminkum, shiyamanawa shiyamakum… amiiinnn…. SALAM ‘IDULFITRI..
Daie sepi:lepas asar tadi abah,pudin n faiz ziarah kubur arwah ki n sedekahYassin.. da 6 tahun ki pergi.. kepada ma,abah,kak n adik2, ampun n maaf atas segala-galanya.. Buat sahabat-sahabat seperjuangan,syukran atas jalinan ukhwah dan mahabbah dan telah menjadi peneman ana dalam perjuangan ini. Salam ‘idulfitri dan maafkan segala khilaf ana sepanjang kita bersahabat.. Allahu yuftah alaikum…
selamat ulang tahun buat ibuku yang disayangi..syukran ala kulli hal..uhibbuki hubban jamma ya ummi..lagu ummi nyanyian Sheikh Ahmed Bukhatir betul2 myentap tangkai hatiku..teringat segala perit jerih segala pengorbanan ma pd aku dan adik2ku..sama2 kita hayati liriknya...
Aku pasti akan kembali padamu Ibu Akan kukecup dahimu yang suci Akan kutumpahkan semua rinduku padamu Dan kuhirup harum tangan (kanan)mu Kubasahi (pipiku) dengan sejuk embun telapak kakimu Pipiku ketika aku bertemu denganmu Akan kubasahi debu dengan air mataku (sebagai ungkapan rasa) gembira karena engkau masih hidup
(Sudah tak terhitung) berapa malam yang kau lewati tanpa tidur
(Demi aku) agar aku bisa tidur lelap
(Tak terhitung pula) berapa kali kau menahan haus
(Demi) mengobati rasa hausku dengan kasih sayangmu
Di waktu aku sakit, aku tidak lupa
Air matamu mengalir deras bagai hujan
Dan kedua matamu yang terus-menerus terjaga
Karena engkau begitu menghawatirkan keadaanku
Dan pada hari kita berpisah, kala fajar menyingsing
Oh..sungguh betapa kerasnya fajar kala itu
(Waktu itu) Kata-kata pun tak mampu mengungkapkan
(Sakitnya) perasaanmu ketika aku tinggalkan
Dan kau mengucapkan perkataan
Yang selalu akan kuingan sepanjang hidupku
"Kau tidak akan pernah menemukan hati
Yang lebih menyayangimu dari hatiku"
"Kau tidak akan pernah menemukan hati ا
Yang lebih menyayangimu dari hatiku"
CHORUS
Berbakti kepadamu…adalah cita-cita hidupku
Tuhan Pencipta semesta memerintahkan aku (agar berbuat demikian)
al-faqirah ila Allah..
Perindu syahid,hidup untuk agama!!!atas izinMu aku terlahir,atas kudratMu ku berdiri.. atas kebesaranMu akan ku genggam bara Islam ini.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. titipkanlah selaut kekuatan buat hambaMu yang lemah ini..biar kepenjuru dunia,biar melangit musafirku.. pasti Islam ku genggam rapi...takbir!!!
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu Bertemu untuk mematuhi perintah Mu Bersatu memikul beban dakwah Mu Hati-hati ini telah mengikat janji setia.. untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Tunjukkanlah kepada hati-hati ini.. akan jalannya yang sebenar Penuhkanlah piala hati ini.. dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu Hidup suburkanlah hati-hati ini.. dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati Maka matikanlah pemilik hati-hati ini.. sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran.. dan sebaik-baik penolong ya Allah Perkenankanlah permintaan ini Amin ya rabbal A'alamin..
::iSLaH diRi::
“Suatu tawakkal dan keyakinan yang kuat tanpa ikhtiar yang mengiringinya maka tidaklah sempurna, dan setinggi-tinggi ikhtiar akan sia-sia tanpa tawakkal, meyerah kepadaNya. Tawakkal yang benar adalah ikhtiar yang semaksimum mungkin disertakan keyakinan bahawa Dia lah penentu segalanya.”
Moga kita bertawakkal dengan sebenar tawakkal, diiringi dengan keikhlasan semata untukNya
Terus Melangkah
-
Salam Dhuha, salam ketulusan dan salam terus juang buat sahabat
sekalian..alhamdulillah..masih diberikan nikmat untuk merasai kehidupan
hingga ke detik ini...
oh tesis
-
Bismillah wal hamdulillah.
Mem nak cerita sikit.. hurm.. Bila direnung-renung, tension juga bila
terpaksa tambah sem5 ni. mujurlah sebahagian yuran zakat ...
-
Assalammualaikum wbt
maaf saya dah tukar link blog...
boleh ziarah ke link baru blog saya
http://shahirah47.blogspot.com/
atau
http://shahirahsaid.blogs...
MENUNDA NIKAH KERANA MASIH BELAJAR
-
[KULIAH]
Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Ada
suatu tradisi yang membudaya, iaitu perempuan ata...
JEMPUTAN KE WALIMATUL URUS
-
*Dijemput kepada semua sahabat2, adik2, kakak2 serta yg mngenali diri ini
ke majlis kesyukuran perkahwinan ana :*
*NORHAYAH BINTI MUHAMAD RAZALI & YUSRI BIN...
Salam Terus Berjuang Sahabat2Ku...
-
coretan tarbiah kembali..setelah kian lama...sudah berdebu blog lama dah x
menaip..tarikh keramat 5/5/11 meninggalkan bumi tarbiah..bnyak kenangan
tarbi...
Hargailah Kerja Orang Lain....
-
slm w.b.t....buat shbt2 yg swntiasa sudi mengunjungi blog
ana...Insyaalah,kali ini ana ingin berserita mengenai kisah benar yg sgt
menyentu hati ana utk be...
..** ukhwah fillah **...
-
ukhwah..
apa itu ukhwah??
ukhwah adalah jalinan antara hati kita dengan hati hamba ALLAH yang lain..
tapi,,perlu di ingat,,ukhwah yang bagaimana??
semestiny...
علوم الحديث 2
-
كيف يجعل حديث ضعيف؟
*الانقطاع في الإسناد.*
*الجهالة في الراوي.*
كم أقسام الراوي المجهول؟
*قسمين وهما:*
*جهالة العين. (هو العالم ولكن ليس بالاسم)*
*جه...
~~~ sAat RiNdU mEnYaPa HaTi,,~
-
Assalamualaikum..
salam ramadhan..da hampir 16 hari kte bpuasa..alhamdulillah~nikmat yang
xthingga masih dkurniakan ramadhan sbg reward utk kte tmbahkan
p...
:: KhAS bUaT SaHaBaT2 ::
-
*buat sahabat2 yang di rindu kerana Allah ..*
*Ya Allah... Kurniakanlah kefahaman...kejelasan..keyakinan..
kepintaran..kekuatan serta ketenangan jiwa kpd ...
Khasiat dan Kelebihan Sayur SAWI
-
Bismillah walhamdulillah...
Moga pembaca blog saya sentiasa sihat walafiat dan selalu amalkan pemakanan
yang seimbang untuk kesihatan yang berpanjangan. Ye...
everything begins with tarbiyyah
-
*Rasulullah SAW has the sahabah that he trained in Madina.. in Makkah, were
not many; a hundred, hundred plus. These are the ones who start off with
him...
DeRiTa pErJuAnGaN BuKaN sAtU bEbAnAn TeTaPi sAtU LaTiHaN, GuNdAh PeRjUaNgAn BuKaN SaTu AnCaMaN TeTaPi sAtU dIdIkAn, MeHnAh pErJuAnGaN bUkAn sAtU KegUsArAn TeTaPi sAtU KeKuAtAn, WaLaU PeRiT MaNapUn pErJuAnGan, SeSuKaR MaNaPuN pErJaLaNaN, kItA PeJuAnG, tAbAhKaN HaTi, kItA mUjAhId, KuAtKaN DiRi, kUkUhKaN TeKaD, mArA dALaM PeRjUaNgAn IsLaM.
About
wahai sahabatku,hayatilah kata2 ini,"orang berilmu selalu menang dalam pergaulan kerana dia membiasakan diri..caci disambut dengan senyuman..penghinaan ditangkis dengan lemah lembut...kemarahan dibalas dengan diam...kejahatan dibalas kebaikan..semoga kita tergolong dalam golongan orang berilmu.."amiiin
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."
"Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai..Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?...Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ﷲﺍ jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah...Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi"