Memaparkan catatan dengan label doa pilihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa pilihan. Papar semua catatan
0 comments

::doa rabitah::

Ya Allah

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMu

bertemu untuk mematuhi perintahMu

bersatu memikul beban dakwahMu

hati-hati ini telah mengikat janji setia

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Kekalkan kemesraan hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar

Penuhkan hati-hati ini dengan cahayaMu

Yang tidak kunjung malap

Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman

Dan keindahan tawakkal kepadaMu

Hidup suburkan hati-hati ini

Dengan ma’rifat tentangMu

Jika engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai syuhada dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-bauk sandaran dan sebaik-baik penolong

read more