::hiDaYah itU miLik AllAh::



“Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi,tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk”
surah Al-Qasas(28:56)

hidayah Allah SWT hanya kepada mereka yang dipilih Allah SWT sendiri. Sebagaimana kisah Abi Talib yang telah menunjukkan sayangnya kepada Rasulullah SAW. Boleh dikatakan dalam setiap peristiwa yang membabitkan kaum Quraisy dengan anak saudaranya itu,maka Abu Talib sentiasa memihak kepada anak saudaranya. Bagaimanapun Abu Talib enggan mengucap. Walaupun dia sangat menyayangi Rasulullah,tetapi dia bukan orang yang menjadi pilihan Allah untuk diberikan hidayah. Ini menunjukkan bahawa hidayah adalah milik Allah secara mutlak,terserah kepadanya suntuk memberikan kepada orang yang dikehendakinya..(rujukan:Muhammad SAW,insan teladan sepanjang zaman karya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat)

Senario yang serupa turut berlaku kepada setiap yang bergelar daie. Bukan semua yang kita amar ma’ruf dan nahi mungkar akan berlaku mengikut kehendak hati kita.. sedangkan Nabi pun tidak mampu mengislamkan bapa saudara baginda inikan pula kita,manusia biasa yang menjadi penyambung rantai perjuangan baginda.. inilah yang dikatakan bahawa hidayah hanyalah milik Allak mutlaknya.. namun begitu Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Allah tidak melihat kepada natijah dari apa yang kita lakukan,samada kita berjaya menyedarkan kesilapan orang mahupun membawa orang balik ke pangkal jalan atau apa jua keadaan sekalipun tapi Allah melihat sejauh mana usaha dan kesungguhan kita dalam melakukan dakwah ataupun dalam pekerjaan,pelajaran dan sebagainya.. sebagai contoh,kita boleh lihat dalam peristiwa dimana saat Nabi Allah Ibrahim yang dibakar dalam parit yang yang dibuat oleh Raja Namrud.. dalam masa yang sama,terdapat burung yang kecil berusaha memadamkan api tersebut dengan membawa air melalui paruhnya yang kecil.. walaupun perbuatan burung itu dipertikaikan tetapi dibalas dengan jawapan yang begitu menakjubkan dari burung tersebut, “sesungguhnya Allah tidak melihat samada aku dapat memadamkan api tersebut atau tidak tetapi Allah melihat kepada usaha yang aku lakukan” begitulah nilai-nilai yang diajar oleh Islam yang boleh kita jadikan ibrah untuk terus maju dan tidak putus asa dalam apa jua yang kita lakukan..moga apa yang dinukilkan dapat diambil ibrahnya.. sebarang kekhilafan adalah kelemahan diri ini dan diri ini bertaubat kepada Allah.. doaku moga Allah menjadikan kita orang-orang yang bermanfaat kepada orang lain… -cebisan rasa daie sepi 17mei,3.17pm-



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

Catat Ulasan