
Ukhti: sihat dik?
Ana: Alhmdlillah..ukhti?
Ukhti: Alhmdlillah..
(masing-masing terdiam tok 1 tempoh mase..)
Ana: ukhti, nk dengo tazkirah??
Ukhti : (tersenyum..) hmm..ok.. ape yg adik phm ttg ukhwah kerana Allah n ukhwah bersama Allah?
Ana: (buat2 garu kepale+terpinge2 ngan soalan pelik tu).. ad beza ke ukhti?
Ukhti:emm… (ukhti hanya memandang ana,seakan masih menunggu jwpn ana yang ntah ape2 ni n die yakin yg ana akn merapu jap ag..hehe)
Ana: kalau ukhwah kerana Allah tu segala yang kite buat, hanya kerana Allah..kn? tp ukhwah bersama Allah cne lak? Btol x?
Ukhti: btol..ukhwah kerana Allah ditunjgkan dengan iman dan aqidah.. tp ukhwah bersama Allah ni lain ckit..
ukhti pom mula bersyarah..ana trus memasang telinge tanda bersedia mcm org nk lumba lari tu..hehe.. ana teruja dengan apa yang ukhti sampaikan.. sedikit sebanyak huraian ukhti membuka mata ana… jom ikuti sedikit kupasan yang ana petik dari koleksi adobe ana bertajuk “virus-virus ukhwah” karangan Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah..
Ukhwah kerana ALLAH
Ukhuwah yang terjalin antara sesama Mukmin tersebut dibangun di atas asas iman danaqidah. Ia adalah persaudaraan yang terbina kerana Allah dan merupakan tali iman yang palingkuat.
Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
Tali Islam yang terkuat adalah wala' (loyal) kerana Allah, memusuhi kerana Allah, cinta keranaAllah, dan benci kerana Allah 'Azzawa Jalla."
Dalam sebuah hadith dinyatakan bahawa di antara tujuh golongan yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari kiamat, yang tiada lindungan kecuali lindungan-Nya adalah:
"Dua orang yang menjalin tali cinta kerana Allah, mereka bersua dan berpisah kerana-Nya.”
Banyak juga hadis yang mengisahkan ukhwah kerana Allah.. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihiwa sallam bersabda:
"Suatu hari, seseorang melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu kampung. Maka Allah mengutus seorang Malaikat untuk mencegat disuatu tempat di tengah-tengah perjalanannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut, Malaikat bertanya: “Hendak ke mana engkau?” Ia menjawab: “Aku hendak mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini.” Malaikat kembali bertanya: “Apakah kamu punya kepentingan duniawi yang diharapkan darinya?” Ia menjawab: “Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah.” Lantas Malaikat itu berkata (membuka identitinya): “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dikirim kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudara-mu.”
Dalam sebuah riwayat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:
"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya di antara keduanya adalah yang lebih mulia.”
Sesungguhnya kelebihan hubungan ukhuwah kerana Allah adalah kerana yang terlibat di
dalamnya senantiasa mengingatkan masalah-masalah akhirat, seperti yang dinyatakan oleh al-Hasan rahimahullah:
"Sahabat lebih kami cintai daripada keluarga sendiri, kerana sahabat mengingatkan kita akan akhirat, sedang keluarga mengingatkan kita akan dunia."
-rujukan virus-virus ukhwah m/s 5-9 & 24.-
Ukhwah bersama Allah..
"Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami memohon
pertolongan" (al-Fatihah [1]: 5).
Fikirannya menerawang bersama sahabat yang dicintainya; bak udara yang dihirup olehnya, jika kehilangan walau hanya sesaat, ia merasakan sakit yang teramat dahsyat kerana perpisahan itu. Dan sakit itu baru reda bila ia bertemu kembali dengannya. Hubungan ketertarikan yang maha dahsyat ini memiliki beberapa derajat yang berbeza, yang sebahagiannya dapat dikategorikan dalam ghuluw (ekstrem) yang berakhir pada syirik akbar.
Beliau tidak mengatakan Agar mencintai seseorang (langsung) kerana Allah, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala Yang Maha Bijaksana dan Maha Alim, Tahu bahawa antara sesama manusia dapat tumbuh hubungan yang tidak legal dan terkadang sangat kuat. Sementara syaitan mengaburi manusia seakan-akan hubungan tersebut adalah wujud ukhuwah kerana Allah, padahal hakikatnya tidak demikian.
*utk huraian yg lbih jelas boleh bce virus-virus ukhwah*
Hmm..begitulah sdikit gambaran yang boleh ana kongsikan melalui pembacaan ana n sedikit gambaran yang ukhti bawakkan pada ana... banyak ibrah yang ana dapat ambil dari perkongsian dengan ukhti.. sama2lah ana,ukhti n sahabat2 seperjuangan bermuhasabah dan berdoa ukhwah yang kita jalinkan kerana Allah, bukan bersama Allah.. caranya bagaimana kita menghiasi ukhwah itu sejajar dengan redha Allah.. ana sayang sahabat2 ana..
Sambungan dialog di atas..
Ukhti: ukhti dah khatam virus-virus ukhwah tu.. t adik trylah bce..
Ana: (hanya diam tp dlm hati,ana nekad ana pun nk khatam n hadam buku tu...hehe)
*(dialog disesuaikan mengikut keadaan semasa..jgn mrh ukhti..hehe)
Ds taqul: syukran ye ukhti... ana suka ngan slogan yg ukhti perkenalkn... “NAHFAZILLAHA YAHFAZNA” Insya Allah...=)
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
0 comments:
Catat Ulasan