0 comments

::pOstO..pOstO...::

ni kad raya untuk semua pengunjung blog ana.. salam idulfitri..=)
read more
0 comments

::SyAwAL pULa mEnJeLma::

Assalamualaikum wal hamdulillah…

Pada saat ana menulis ini,kita berada dipengakhiran Ramadhan.. terasa sayu menerpa di sanubari ana.. tentu sahabat-sahabat pernah mendengar ungkapan “benda yang ada didepan kita jarang kita hargai..Namun setelah ia berlalu pergi barulah kita terasa akan kehilangannya..” Jujurnya ana akhiri Ramadan kali ini dengan perasaan yang penuh sayu. Adakah ana masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan?? Atau ajal yang mendahului?? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..


Sahabatku yang dikasihi lillah,

berlalunya Ramadhan akan diganti dengan kedatangan Syawal yang dinantikan oleh semua umat Islam. Perginya Ramadhan pasti diiringi dengan tangisan bagi orang-orang yang soleh. Semoga bulan Ramadhan yang juga kita kenali sebagai bulan madrasah yang mendidik kita dari pelbagai aspek samada dari akhlak kita,ibadah, amalan dan sebagainya dapat menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa kepada Allah. Moga-moga Syawal kali ini dapat kita lalui dengan keberkahan Ramadan InsyaAllah.


Sahabatku fillah,

Latihan yang kita amalkan dalam bulan puasa dapat membantu kita membentuk sikap positif yang perlu dalam kehidupan seharian. Perkara-perkara dan amalan yang kita lakukan di bulan ramadhan merupakan ibadat yang perlu dihayati bukan saja dalam Ramadhan tapi seterusnya dalam bulan-bulan lain. Sebagaimana Islam menganjurkan kita beristiqamah dalam sesuatu amalan, begitulah juga dengan ibadat yang dilakukan dalam Ramadhan. Ia perlu dijadikan budaya sepanjang tahun sehinggalah kita berjumpa Ramadhan pada tahun hadapan.

Esok,20 September hari raya. Secara simboliknya semua umat Islam menyambut Aidilfitri sebagai kemenangan mereka melawan hawa nafsu setelah berjaya berpuasa Ramadan sebulan lamanya. Namun kita harus bermuhasabah dan mengoreksi diri dengan merenung kembali kualiti puasa yang kita lakukan. Apakah dengan berakhirnya Ramadan rasa ketakwaan, cahaya keimanan dan obor ketauhidan dalam diri kita berjaya dipertingkat dan semakin menebal. Insyallah jika objektif ini dapat dicapai maka ia menjadi petanda bahawa amalan kita diterima oleh Allah.


Sahabat-sahabat ana yang dirahmati Allah,

Dimalam Syawal ini, marilah kita hiasi dengan bertasbih,bertahmid dan bertakbir memuji kebesaran Allah serta memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan kepada kita semua. Disebalik kegembiraan melakukan persiapan terakhir menjelangnya Syawal,ana menyeru sahabat-sahabat supaya sentiasa bermuhasabah diri dalam kita meniti hari-hari mendatang. Ingatlah kepada yang kurang berkemampuan dan ana mendoakan kepada semua saudara mara ana khususnya serta kepada semua umat Islam amnya yang telah dijemput terlebih dahulu mengadap Khaliq agar mendapat keampunan dan kerahmatan dari Allah. Moga roh kalian ditempatkan dikalangan para solihin..

Akhirul kalam, ana berharap dan berazam sungguh-sungguh semoga kemenangan di bulan ini kita jadikan asas untuk kita menapak lebih jauh menuju keredhaan dan kerahmatan Allah sehinggalah kita meninggalkan alam yang fana ini. Taqabbalallahu minna waminkum, shiyamana wa shiyamakum… amiiinnn…. SALAM ‘IDULFITRI..


Daie sepi: lepas asar tadi abah,pudin n faiz ziarah kubur arwah ki n sedekah Yassin.. da 6 tahun ki pergi.. kepada ma,abah,kak n adik2, ampun n maaf atas segala-galanya.. Buat sahabat-sahabat seperjuangan,syukran atas jalinan ukhwah dan mahabbah dan telah menjadi peneman ana dalam perjuangan ini. Salam ‘idulfitri dan maafkan segala khilaf ana sepanjang kita bersahabat.. Allahu yuftah alaikum…

read more