0 comments

~apA miLiK kiTa~

assalamualaikum buat semua shbt2..
dalam fatrah imtihan ni sume usai paper hafazan td terasa nk relax skejap tok paper muqaranah adyan luse..sgl usaha diserahkan kpd allah untuk pnilaian..sejenak melayari alam maya ni tjumpa satu kisah di laman seog blogger..tsentuh jugak bila tbace..jom same2 kite hayati...


Suatu hari sang guru bertanya kepada murid-muridnya.

Siapa yang jadikan mata kita ?

Mereka menjawab : Allah

Lalu sang guru katakan : Lalu apakah yang telah kita perbuat dengan dua biji mata ini ? Adakah sebagai alat untuk melihat perkara yang baik ataupun perkara yang jahat ?

Mereka : (terdiam)

Sang guru tambahi lagi : Apa yang akan jadi sekiranya penglihatan ini diambil olehNya? Selama ini Allah memberi nikmat mata untuk melihat pemandangan yang cantik dan indah. Alam ini dilimpahi dengan pelbagai warna yang menarik hati serta pelbagai hidupan yang menghiasinya.

Suatu hari nanti... jika kita bangun. Alam ini terasa gelap dan pekat. Rupa-rupanya sudah hilang nikmat penglihatan yang diberikan. Sedangkan selama ini kita tidak bersyukur dengan pemberianNya. Adakah selepas ini baru hendak menyesal ?

------------------

Cuba awak rasa lidah dengan menggunakan jari.

Mereka : (memegang lidah masing-masing)

Sang Guru berkata : Allah memberi rasa masam, masin, manis, pahit dan pelbagai lagi rasa yang berlainan melalui lidah.

Mereka kata : Ya Ustaz.. benar (masing-masing menganggukkan kepala)

Sang Guru berkata : Tetapi mengapa kita gunakan lidah untuk berkata kesat, memaki hamun, berkata bohong ? Bukankah dengan lidah ini kamu pernah menghina guru-guru yang mengajarkanmu ? Bukankah dengan lidah ini kamu telah membentak dan menjawab kata-kata ibu dan ayahmu serta berkali-kali membohongi mereka berdua ?

Bukankah sudah diperingatkan oleh RasuluLlah agar menjaga lidah ? Bukankah kita perlu menjaga apa yang ada di antara 2 rongga mulut manusia iaitu lidah ? Dengan lidah ini juga boleh menyebabkan kita tercebur ke dalam neraka ?

Mereka : (tertunduk dan perlahan-lahan mengalirkan air mata)

-----------------------------------------------------------------

Cuba lihat dua tangan yang Allah beri, dan lihat baik-baik alangkah cantiknya kurniaan Allah.
Dia memberi tangan agar kita dapat merasa, memegang, menyentuh dan sebagainya.

Mereka : (melihat tangan masing-masing, diperhati telapak tangan sambik berfikir)

Sang guru berkata : Adakah kita sudah menggunakan tangan dengan betul ? Bukankah ada tangan-tangan yang merosakkan meja sekolah ? memukul kawan ? menulis surat cinta ? mencuri ?

Mereka : benar ustaz... Ya Allah... ampunkanlah dosa kami....

Sang Guru : Allah memberi sepuluh jari tangan, sepuluh jari kaki dalam keadaan yang sempurna. Sudahkah kita menengadahkan tangan meminta keampunan kepadaNya ? Menyatakan syukur terhadapNya atas segala nikmat yang tidak mampu ditulis hatta kering 7 lautan ?

Mereka : (air mata semakin meluncur laju). Ya Allah... Aku sudah banyak buat dosa kepadaMu.. Aku sombong padaMu Ya Allah.....

-----------------------------------------

Lihatlah pula kedua kaki yang dikurnia oleh Allah. Kita boleh berjalan, berlari, bergerak dengan mudah ke sana sini.

Mereka : (memegang kaki masing-masing sambil mengusap-usap jejari kaki)

Sang Guru : Lalu apa yang kita perbuat dengan kaki yang ada ? Kita gunakan untuk ponteng sekolah, pergi ke tempat-tempat maksiat, menendang kawan dan sebagainya. Adakah itu tujuan kaki kita dijadikan ?

Mereka : (menutup mata sambil teresak-esak, semakin kuatlah jerit tangis memikirkan kesalahan yang telah dilakukan selama ini).

Sang Guru : Jika Allah ambil balik mata kepunyaanNya ? Jika Allah tarik balik kaki yang dipinjamkanNya? Jika Allah hilangkan rasa pada lidah ? Jika Allah ambil satu jari dari apa yang kita ada ?

Wahai diri... engkau faqir dan Allah itu Maha Kaya. Maka mengapa engkau masih menyombongkan diri kepadaNya?


ds taqul: terlalu banyak yg Allah kurniakan kpd kita namun kita masih belum mensyukurinya.bahkan digunakan sgl kurniannya pd jln yg salah..nauzubillah..sama2 kite hitung dr kita.. allahurabbi.. allahu rabbi wa ana abduk...
read more
0 comments

Terapi Psikologi

salam mahabbah lillah wat semua pgunjung laman sesawang ana..tiada apa yg dapat ana kongsikan cume sdkit perkongsian untuk terapi psikologi secara kerohanian yg ana petik dari laman web www.penawar.com.(kalau
xsilapla..xingat dah..=)) slmt beramal...


Terapi Psikologi secara Kerohanian.

1. Penumpuan kepada sesuatu perkara:

· Membaca ayat 1-5 dari Surah Taha.

· Membaca ayat 200 dari Surah Ali Imran.


2. Menghafaz pelajaran (tidak mudah lupa):

· Baca penghulu taubat.


3. Mengurangkan masalah kedegilan dan panas baran:

· Baca Surah Taha 1-5.

· Baca Surah al-Ikhlas, Al-Fatihah, ayat Kursi (1x)

· Baca Bismillah Lima (3x)


4. Mengurangkan kebimbangan dan ketegangan.

· Baca Surah Al-Insyirah.

· Perbanyakkan selawat Nabi.


"Wahai manusia,telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit yang dalam dadamu (jiwa). Dan petunjuk dan rahmat bagi orang-orang beriman" (Yunus:57)

read more
0 comments

...................+_+...............................


innal hamdalillah..seinfiniti puji dan syukur dirafa'kan kpd Pencipta sekalian alam.. dlm meniti kehidupan..hari yang penuh dgn warna warni yg kita sendiri tidak menduga apa yg menanti di hadapan..mgkin suka n mgkn duka.. apepun,inilah yg dikatakan dengan hidup...

kdg2 dlm memenuhi tuntutan kperluan setiap yg berada di sekeliling kita,pengorbanan amat2 diperlukan..walaupun terkadang kita sendiri melupakan diri sndri..kesedihan..kemurungan..susah hati..semua kita ketepikan..tiada siapa yg tahu..shbt2 tdekat..maupun keluarga.. hanya Allah Yg mengetahui apa yg tersembunyi dlm hati hambaNya..adukan semua pd Allah..

terkadang..melihat pd kedaan skarang..ramai yg hanya pandai bercakap tanpa melaksanakannya..mempraktikkan sesuatu tidaklah semudah melontarkan keluar dari mulut.kdg2 becanggah dengan diri..mana yg harus diawlakan? tepuk dada tanya iman..

memulakan semester baru dengan smgt tempang..inilah yg dpt digambarkan waktu skarang.. walaupun sudah masuk 2sem tp seakan belum mndpt rentak.. doakan!!!

madah talaqqi,hafazan yg mmerlukan kkuatan yg btol2 kuat..kdg2 taraddid dgn kmampuan diri ditambah dgn ketempangan smgt..tp bukan ke Al-Quran itu penawar?? i'Allah semoga diberikan kekuatan utk menghafaz ayat2 suci Kalamullah..

ds taqul:entry kali ini xtaw nk buh tjuk pe..ape yg ade n hadir lam ati saat mnulis ni,itulah yg diluahkan..tiada kaitan dgn yg hidup ataupun yg mati..=) hasbunallaha wani'mal wakil....


Ya Allah.Kau jadikanlah hati kami redha dan tenang untukmenerima setiap ketentuanMu...:::(
read more