0 comments

**cORat cOrEt dAIE sEpI 2**

Assalamualaikum..
alhamdulillah wa syukurlillah.. tepat jam 1 tghri td dah tamat paper ana tok sem last ni..
inni tawakkaltu alallah.. doa sumenye baik.. i'Allah..

semua madah tok final ni ana n shbt2 tempuhi dengan baik biiznillah.. macam2 ragam final kali ni.. dengan jadual yang banyak khilaf cukup memanaskan keadaan..huhu dugaan..

ana sekadar mahu menguji wayeles yg baru je menjengah blok yang baru ni.. dah nak kuo baru bleh merase wayeles kat bilik sendiri.selame ni merempat je kat tempat yg ade line..adui..

skang ni mentang-mentang dah dapat wayeles kat bilik ni, sume jadi berhantu ngan facebook ni..pening ana dibuatnya..tp ikut komela ye..

yang paling bes yang ana nk kongsi.. perniagan keropok oleh sahabat-sahabat tercinte.. macam2 kaler,bentuk,jenis,perisa n sebagainye.. smpai fobia ana ngan kepok ni.. hehe xpela..smoga kalian berjaye dlm bisnes msg2 n bersame mmartabatkan ekonomi islam..hehe

apepun,ckuplah ana merapu ni.. sekadar menguji wayeles je..

bittaufiq wannajah buat sahabat2 yang masih berjuang!! =)
read more
0 comments

UKHUWAH KERANA ALLAH DAN UKHUWAH BERSAMA ALLAH???

Satu hari,ana berborak dengan seorang sahabat ana, yang berpangkatkan kakak kepada ana sebab dia dah tue@veteren.hehe. (cukuplah ana kenalkan beliau sebagai ukhti) bile bersamanya pasti ada yang beliau akan kongsikan dengan ana.. banyak ilmu,tunjuk ajar,nasihat n inzar yang ukhti kongsi bersama ana..saat itu,ukhti datangkan satu topik yang membuka mata ana n membuatkan ana berfikir panjang.. mahu tahu?? Jom…

Ukhti: sihat dik?


Ana: Alhmdlillah..ukhti?


Ukhti: Alhmdlillah..


(masing-masing terdiam tok 1 tempoh mase..)

Ana: ukhti, nk dengo tazkirah??


Ukhti : (tersenyum..) hmm..ok.. ape yg adik phm ttg ukhwah kerana Allah n ukhwah bersama Allah?


Ana: (buat2 garu kepale+terpinge2 ngan soalan pelik tu).. ad beza ke ukhti?


Ukhti:emm… (ukhti hanya memandang ana,seakan masih menunggu jwpn ana yang ntah ape2 ni n die yakin yg ana akn merapu jap ag..hehe)


Ana: kalau ukhwah kerana Allah tu segala yang kite buat, hanya kerana Allah..kn? tp ukhwah bersama Allah cne lak? Btol x?


Ukhti: btol..ukhwah kerana Allah ditunjgkan dengan iman dan aqidah.. tp ukhwah bersama Allah ni lain ckit..


ukhti pom mula bersyarah..ana trus memasang telinge tanda bersedia mcm org nk lumba lari tu..hehe.. ana teruja dengan apa yang ukhti sampaikan.. sedikit sebanyak huraian ukhti membuka mata ana… jom ikuti sedikit kupasan yang ana petik dari koleksi adobe ana bertajuk “virus-virus ukhwah” karangan Abu 'Ashim Hisyam bin Abdul Qadir Uqdah..


Ukhwah kerana ALLAH

Ukhuwah yang terjalin antara sesama Mukmin tersebut dibangun di atas asas iman danaqidah. Ia adalah persaudaraan yang terbina kerana Allah dan merupakan tali iman yang palingkuat.

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

Tali Islam yang terkuat adalah wala' (loyal) kerana Allah, memusuhi kerana Allah, cinta keranaAllah, dan benci kerana Allah 'Azzawa Jalla."

Dalam sebuah hadith dinyatakan bahawa di antara tujuh golongan yang mendapat perlindungan dari Allah pada hari kiamat, yang tiada lindungan kecuali lindungan-Nya adalah:

"Dua orang yang menjalin tali cinta kerana Allah, mereka bersua dan berpisah kerana-Nya.”

Banyak juga hadis yang mengisahkan ukhwah kerana Allah.. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah shallallahu 'alaihiwa sallam bersabda:

"Suatu hari, seseorang melakukan perjalanan untuk mengunjungi saudaranya yang tinggal di suatu kampung. Maka Allah mengutus seorang Malaikat untuk mencegat disuatu tempat di tengah-tengah perjalanannya. Ketika orang tersebut sampai di tempat tersebut, Malaikat bertanya: “Hendak ke mana engkau?” Ia menjawab: “Aku hendak mengunjungi saudaraku yang berada di kampung ini.” Malaikat kembali bertanya: “Apakah kamu punya kepentingan duniawi yang diharapkan darinya?” Ia menjawab: “Tidak, kecuali kerana aku mencintainya kerana Allah.” Lantas Malaikat itu berkata (membuka identitinya): “Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dikirim kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah telah mencintaimu seperti engkau mencintai saudara-mu.”

Dalam sebuah riwayat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, kecuali yang paling besar cintanya di antara keduanya adalah yang lebih mulia.”

Sesungguhnya kelebihan hubungan ukhuwah kerana Allah adalah kerana yang terlibat di

dalamnya senantiasa mengingatkan masalah-masalah akhirat, seperti yang dinyatakan oleh al-Hasan rahimahullah:

"Sahabat lebih kami cintai daripada keluarga sendiri, kerana sahabat mengingatkan kita akan akhirat, sedang keluarga mengingatkan kita akan dunia."


-rujukan virus-virus ukhwah m/s 5-9 & 24.-


Ukhwah bersama Allah..

Iaitu hubungan suka dan ketertarikan sehingga sampai pada satu titik di mana ia mencintainya 'bersama' Allah dan bukan 'kerana' Allah. Dengan hubungan seperti ini, ia sanggup melakukan beberapa amalan 'ibadah' untuk orang yang dicintainya. Masalah ini muncul disebabkan oleh banyak faktor yang pada tahap awalnya nampak sederhana, namun kemudian berkembang dan membesar, sehingga kedua orang tersebut atau salah satu di antara mereka, sama sekali tidak sanggup berpisah, ia harus selalu bersamanya, melihatnya, dan berhubungan dengannya melalui telepon, yang terkadang menghabiskan waktu berjam-jam setiap hari. Dan yang lebih berat dari itu, ia memikirkannya dalam shalat, ketika bacaannya sampai pada firman Allah:

"Hanya kepada-Mu kami menyembah dan hanya kepada-Mu kami memohon

pertolongan" (al-Fatihah [1]: 5).

Fikirannya menerawang bersama sahabat yang dicintainya; bak udara yang dihirup olehnya, jika kehilangan walau hanya sesaat, ia merasakan sakit yang teramat dahsyat kerana perpisahan itu. Dan sakit itu baru reda bila ia bertemu kembali dengannya. Hubungan ketertarikan yang maha dahsyat ini memiliki beberapa derajat yang berbeza, yang sebahagiannya dapat dikategorikan dalam ghuluw (ekstrem) yang berakhir pada syirik akbar.

Beberapa orang memungkiri hal ini dan bertanya: "Bagaimana hal tersebut boleh terjadi?" Namun saya katakan: ini ada-lah fakta! Dalam konteks ini, kita kembali kepada pengertian hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam:

Agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah."

Beliau tidak mengatakan Agar mencintai seseorang (langsung) kerana Allah, kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala Yang Maha Bijaksana dan Maha Alim, Tahu bahawa antara sesama manusia dapat tumbuh hubungan yang tidak legal dan terkadang sangat kuat. Sementara syaitan mengaburi manusia seakan-akan hubungan tersebut adalah wujud ukhuwah kerana Allah, padahal hakikatnya tidak demikian.


Kadang kala syaitan juga menghiasi hubungan tersebut dengan beberapa amalan ibadah yang dikerjakan bersama, namun sebenarnya tidak terlepas dari nafsu yang dilarang oleh syari'at. Dengan alasan menghindari kritikan pihak lain atau menyakiti perasaan, seorang di antara mereka mengajak sahabatnya: "Bagaimana jika kita membaca buku bersama? Mendengar kaset? Menghafal al-Qur'an? Tahajjud bersama?"...


Mereka berdua melaksanakan program bersama tersebut untuk beberapa saat lamanya atau dalam waktu-waktu tertentu, namun hakikat amalan tersebut tidak termasuk ukhuwah kerana Allah, melainkan masing-masing mencuba untuk bertahan menipu diri sendiri atau menampakkan diri di depan orang-orang lain bahawa hubungan tersebut merupakan ukhuwah kerana Allah, padahal hakikatnya tidak demikian. Bahkan, jika keduanya duduk bersama membaca al-Qur'an, masing-masing memikirkan sahabatnya dan sama sekali tidak mengerti apa yang dibaca, demikian seterusnya.


"Kemudian, apa yang dapat menyingkap tabir penyamaran tersebut sehingga nampak bentuk sebenarnya, dan dapat menjelaskannya secara gamblang?

Jawabannya adalah dari hadith Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam tadi, iaitu sabdanya: "Agar mencintai seseorang, ia tidak mencintainya kecuali kerana Allah..." Ia menggunakan ungkapan pembatas yang paling kuat, kerana masalah ini merupakan fakta yang terjadi di kalangan manusia, iaitu masalah hubungan yang terjalin bukan kerana Allah, yang cenderung menghancurkan kehidupan individu, bahkan merugikan kelompok atau jama'ah Islam secara keseluruhan, kerana hubungan tersebut merupakan penyakit menular yang harus ditanggulangi oleh semua pihak.

-dicopy paste dari virus-virus ukhwah m/s 27-28-


*utk huraian yg lbih jelas boleh bce virus-virus ukhwah*


Hmm..begitulah sdikit gambaran yang boleh ana kongsikan melalui pembacaan ana n sedikit gambaran yang ukhti bawakkan pada ana... banyak ibrah yang ana dapat ambil dari perkongsian dengan ukhti.. sama2lah ana,ukhti n sahabat2 seperjuangan bermuhasabah dan berdoa ukhwah yang kita jalinkan kerana Allah, bukan bersama Allah.. caranya bagaimana kita menghiasi ukhwah itu sejajar dengan redha Allah.. ana sayang sahabat2 ana..

Sambungan dialog di atas..

Ukhti: ukhti dah khatam virus-virus ukhwah tu.. t adik trylah bce..


Ana: (hanya diam tp dlm hati,ana nekad ana pun nk khatam n hadam buku tu...hehe)


*(dialog disesuaikan mengikut keadaan semasa..jgn mrh ukhti..hehe)


Ds taqul: syukran ye ukhti... ana suka ngan slogan yg ukhti perkenalkn... “NAHFAZILLAHA YAHFAZNA” Insya Allah...=)

read more
1 comments

**wo dE sHengRi kUaiLe**

hmm.. 2hari lepas, 11 april ulangtahun kelahiranku yang ke 21.. semuanya ana jalani dengan sederhana .. syukran pada sahabat ana yang taraddud nk buat seprise besday kat ana coz mlm 2 xbpe sihat,sakit kepala...hehe tp korang buat jugak ye.. mabruk acik..great acting(nahu berterabur..hehe) pandai hang blakon.. syukran jugak buat hawa n k.pau..kek gulung tu 3 hari baru habis..hehe

buat sahabat2 SHAMS yang tidak melupakan diri ana, UMMI, SAKINAH, n SITI MARYAM..Syukran atas doa n ucapan antunna..

buat sahabat2 sesyukbah dakwah, WAN (bakal ummi najlaa aulia..hehe), KAQ SU..

tak dilupakan sahabat2.. K.TEH,K.LANG,ADIK,ACIK,ACU, K.ANJE, K.LONG, ATEH, K.PAU,K.INSYIRAH,K.SYAFIQAH, K.NAZHULHAYAH N sume yg xtersebut..asif... syukran juga atas doa kalian..huhu

yang buat ana terharu sgt2 sume bg ucapan " sayang ude," "sayang afifah.." emm, ana pon sayang kalian..huhu

syukran atas semua memori n ukhuwah kita... i'll mis all of u...

BARAKALLAHULANA...aminnn..

ds taqul: emm,makin btambah umur make dkatlah kite dgn kmatian kn? jom same2 muhasabah...
read more