0 comments

>>mUnaJatkU<<


Ilahi…

Anta maksudi..

Wa ridhoka matlubi..

Wa a’tini mahabbataka..

Wa maghfirotaka..

Ya Allah..

Engkaulah pengharapanku..

dan redhaMu ku dambakan..

kurniakanlah kepadaku kasih sayangMu

dan MaghfirahMu..


Ya Tuhanku..

Sedetik hati ini..

Berbicara.. mengenangkan dosa lalu…

Dalam pasrah ku pohon keampunanMu..

read more
1 comments

-tiDuR-



Imam Ibn Qaiyim pernah berkata: "Sesiapa yang meneliti cara tidur dan jaga Rasulullah saw, akan mendapati bahawa tidur baginda adalah yang paling seimbang dan paling bermanafaat untuk badan, anggota dan kekuatan. Baginda tidak pernah tidur lebih dari kadar yang dihajati dan tidak pernah mencegah dirinya daripada kadar keperluannya." Rasulullah saw biasanya mengatur waktu tidurnya: "Sehampir-hampir Allah kepada hamba-Nya ialah di bahagian akhir malam. Dan sekiranya kamu berkuasa untuk menjadikan diri kamu salah seorang yang mengingati Allah di waktu ini maka lakukanlah." (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Hendaklah kamu bangun malam
kerana itu adalah kebiasaan amalan orang-orang yang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam itu mendekatkan diri kepada Allah, menutup segala dosa, menghilangkan penyakit kepada tubuh badan dan menjauhi kekejian." (Hadith Riwayat Tarmizi) Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan: T
idur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari. Ibn Qaiyim menambah: "Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, urat saraf dan melemahkan syahwat.


Sekeji-keji tidur ialah ketika
awal hari (m
atahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)." Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya: "Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?" Setengah ulama mengatakan: "Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.

ds taqul: mengantuk sgt time muqaranah adyan td..kelabu je nampok us aman.huhu..
read more