::Tafhimul Quran..::






“….dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu,padahal ia baik bagi kamu..dan boleh jadikamu suka kepada sesuatu,padahal ia buruk bagi kamu..dan ingatlah Allah jua yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya…”

(Al-Baqarah:26)

Sepanjang hidup kita sememangnya kita pernah mengalami dan berhadapan dengan peristiwa yang menyedihkan dan mengecewakan.. ia dating dlm pelbagai bentuk samada gagal dalm peperiksaan,kematian orang yang disayangi,kehilangan barang,disisihkan kawan dan sebagainya.

Apakah yang kita fikirkan apabila berhadapan situasi demikian? Adakah Allah tidak sayangkan kita? Adakah Allah marah kepada kita?..

Ketahuilah bahawa Allah amat mengetahui apa saja yang berlaku dalam diri kita.. Allahlah yang berkuasa menetapkan segala perkara dan ianya akan berlaku hanya dengan izinNya.. Allah yang menciptakan diri kita dan menyayangi serta mengasihi diri kita lebih dari kasih dan sayang ibu bapa kita sendiri.. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita yang mana kebaikan itu bukan untuk di dunia sahaja tetapi juga di akhirat.

Kalau kita ditimpa sakit atau kemalangan,sesungguhnya ada kebaikan pula di sebaliknya. Kesusahan,kesakitan itu adalah ujian untuk kita. Apabila kita sabar dengan ujian Allah maka Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita.. banyak lagi kebaikan lain yang hanya Allah saja yang mengetahuinya.. sebahagian kebaikan itu diberikan didunia dan sebahagiannya lagi menanti di akhirat..

KEBAIKAN DISEBALIK KESENANGAN..


Bagaimana pula reaksi kita apabila mendapat kesenangan? Inagtkah kita bahawa kesenangan itu daripada Allah?

Apakahyang patut kita lakukan apabila mendapat kesenangan? Hendaklah kita berkongsi kesenangan itu bersama orang lain. Gunakan kesenangan itu untuk menyembah Allah dan menabur bakti kepada orang lain.. sebagai contoh,jika kita mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan,belum tentu kejayaan itu baik untuk kita.. boleh jadi kita jadi riak dan lupa diri serta lupa berterima kasih kepada Allah.. namun bukanlah setiap kesenangan yang kita perolehi mendatangkan keburukan kepada kita asalkan kita pandai seimbangkan sesuai dengan tuntutan syara’.. apa jua kesenangan yang kita inginkan hendaklah dlm bentuk yang sederhana.. tidaklah kesenangan itu dalam bentuk yang melampau kelak akan memakan diri kita.. Allah menyuruh kita tidak terlalu sedih jika nikmat yang ada selama ini ditarik balik dan jangn pula terlalu gembira apabila mendapat nikmat.. semoga sama-sana kita muhasabah diri dan moga-moga kita tergolonh dalam golongan yang bersyukur.. amiiinnn..

Wallahualam bissowab..



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 comments:

Catat Ulasan