**iNsYaAllaH**
Insya Allah
by:Maher Zain
Everytime, you feel like you cannot go on
You feel so lost
That you’re so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can’t repent
And that its way too late
Your’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah you’ll find your way
Turn to Allah
He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way… Showed me the way…
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way
Insya Allah… Insya Allah… Insya Allah..
Insya Allah we`ll find the way
sekali ana dgo lagu ni sungguh menyentuh hati n perasaan ana..kdg2 ana lupe Allah Maha Megetahui apa yang Dia timpakan untuk kita.. pahit ditelan diganti ngan manisnya hikmah..itulah hakikat ujian kn? ana dah donlod lgu2 maher zain ni.. ana suka lirik2 lagu maher zain.. jom hayati!!=) Ya Allah, tuntunilah setiap langkah kami..semoga kami mendapat RahmatMu... hasbiyallaha wani'mal wakil...
ds taqul:ana dapat lagu ni dari seorg ukhti...tp ana donlod senirik..syukran sokmo bg smgt.. ingt ukhti,ihfazillaha yahfazna.. uhibbuki fillah...=) insyaAllah..Allah taw pe terbaik tok kte..
nk download mp3? klik sini
-::iStiQomaH dALam mUjaHadaH::-
Ramai yang tahu dan mahu melakukan kebaikan. Sayangnya, selalu gagal untuk melaksanakannya. Ramai yang tidak mahu melakukan kejahatan tapi sering terdorong melakukannya. Mengapa?
Kita seolah-olah hilang kuasa untuk mengawal diri kita sendiri. Semacam ada kuasa yang lebih kuat dalam membentuk dan mengendalikan diri kita ini. Ya, kita sebenarnya sentiasa diburu malah dibelenggu oleh 2 musuh yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan. Musuh itu ialah syaitan dan hawa nafsu. Bagaimana kita hendak mengalahkan 2 musuh ini demi mengembalikan pimpinan diri kepada diri sendiri?
Samalah dengan berdepan dengan musuh yang zahir, tidak ada jalan lain melainkan ‘berperang’ dengannya. Cuma berperang dengan musuh batin berbeza dengan musuh zahir, justeru musuh zahir dapat dilihat dan tipu dayanya dapat dinilai dengan akal dan mata.
Tegasnya, musuh zahir agak lebih mudah didekati daripada musuh batin. Perang melawan musuh batin khususnya hawa nafsu dan syaitan ini dinamakan mujahadah. Ia adalah peperangan yang jauh lebih hebat dari peperangan zahir. Mengapa dikatakan demikian?
Ini kerana medan peperangan kedua-dua musuh ini berlaku dalam diri kita. Serangan, tikaman dan ledakannya berlaku dalam diri kita. Walaupun tidak kedengaran dentumannya tetapi bisanya lebih berkesan. Justeru, ramai manusia yang mampu mengalahkan musuh zahir tetapi gagal mengalahkan hawa nafsunya sendiri.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya, mereka yang gagah bukanlah mereka yang dapat mengalahkan musuh zahirnya, tetapi adalah mereka yang dapat mengawal kemarahannya. Namun bukan mudah mengawal kemarahan justeru kemarahan adalah sifat buruk yang didalangi syaitan.
Syaitan adalah makhluk yang paling derhaka dan paling banyak menipu daya manusia. Bahkan sangat sedikit manusia yang berjaya mengatasi tipu dayanya.. Dalam Al-Quran Allah menjamin orang yang tidak dapat ditipu daya oleh syaitan ialah mereka yang ikhlas.
Begitu juga dengan hawa nafsu, bukan mudah hendak dilawan kehendak dan hasutannya. Ini kerana nafsu itu adalah sebahagian daripada diri kita sendiri.
Bermujahadah melawan nafsu bererti berperang dengan diri kita sendiri. Apa yang di sukai oleh hawa nafsu akan disukai oleh diri kita sendiri. Hanya dengan ilmu yang tepat sahaja kita dapat menilai apakah kehendak itu baik atau jahat. Namun setakat tahu buruk atau baiknya belum cukup untuk kita mampu melaksanakan atau meninggalkan. Kita perlu bermujahadah dan terus bermujahadah. Ramai manusia yang tahu tapi tidak mahu.
Dan ramai juga manusia yang mahu tapi tidak mampu.Syaitan tidak pernah tidur. Begitu juga nafsu, musuh yang tidak pernah tahu erti lesu. Sedikit sahaja kita terleka, pasti kita di tipu dan dihasutnya.
Bukankah manusia sebaik Nabi Adam pun boleh ditipu oleh iblis hingga terkeluar dari syurga? Oleh kerana kedua-dua musuh itu tidak pernah berehat dari menyerang kita, maka kita sewajarnya tidak berehat untuk mempertahankan diri. Bermujahadah tidak boleh bermusim atau mengikut ‘mood’.
Ia adalah satu perjuangan yang tidak henti-henti hinggal malaikat maut mencabut nyawa kita. Malah, hingga ke saat nyawa kita hendak bercerai dari jasad pun, syaitan terus berusaha menipu daya kita. Bahkan pada saat itu, tipu dayanya lebih dahsyat kerana itulah peluang terakhir untuk menyesatkan manusia agar mati dalam keadaan tidak beriman.
Setiap dosa yang kita buat kerana termakan hasutan syaitan adalah umpama titik hitam pada hati. Makin banyak kita berdosa, makin gelaplah hati. Bayangkan kalau kita bermujahadah sekali sekala…. ia umpama mencuci pakaian yang sangat kotor sekali sekala.
Sudahlah jarang di cuci, kotoran yang terpalit makin banyak hari demi hari. Begitulah hati, jika malas ‘dibasuh’ dengan mujahadah, maka akan bertambah kotorlah ia hingga payah hendak dibersihkan lagi. Oleh itu, satu prinsip asas dalam bermujahadah ialah istiqamah. Yakni konsisten, terus menerus dan berkesinambungan dalam ‘peperangan’ dengan syaitan dan hawa nafsu. Jika kita hanya bermujahadah tapi tidak istiqamah, maka mujahadah itu tidak akan memberi kesan.Istiqamah adalah sifat terpuji sama seperti mujahadah.
Malah kedua-duanya merupakan gandingan mantap dalam setiap diri yang ingin menuju Allah.Istiqamah dari segi bahasa adalah tegak lurus. Yakni berdiri teguh di jalan yang lurus, berpegang pada akidah yang tepat dan melaksanakan syariat dengan tekun serta berakhlak baik secara konsisiten.
Firman Allah : " Oleh yang demikian, maka ajaklah mereka dan berdirilah dengan lurus sebagaimana engkau di perintahkan, dan janganlah engkau turutkan kehendak nafsu mereka." (As-Syura :15)
salam mujahadah!!!
sumber:gensixganu@yahoogroups.com
**hmm..**
tiada apa yang ingin ana coretkan..
sekadar merapu je..
emm..apa yang dapat ana katekan,
penat,letih,gembire,sedih,mengantuk sume diadun menjadi satu sehinggakan ana merasakan diri macam dah xbetol...he2..

ds taqul:apa pun yang melanda baliklah kepada Allah kerana Dialah tempat sebaik2 mengadu..hasbunallahu wani'mal wakil..
"cukuplah Allah bagiku"..Insya Allah..
>>mUnaJatkU<<
Ilahi…
Anta maksudi..
Wa ridhoka matlubi..
Wa a’tini mahabbataka..
Wa maghfirotaka..
Ya Allah..
Engkaulah pengharapanku..
dan redhaMu ku dambakan..
kurniakanlah kepadaku kasih sayangMu
dan MaghfirahMu..
Ya Tuhanku..
Sedetik hati ini..
Berbicara.. mengenangkan dosa lalu…
Dalam pasrah ku pohon keampunanMu..
-tiDuR-

Imam Ibn Qaiyim pernah berkata: "Sesiapa yang meneliti cara tidur dan jaga Rasulullah saw, akan mendapati bahawa tidur baginda adalah yang paling seimbang dan paling bermanafaat untuk badan, anggota dan kekuatan. Baginda tidak pernah tidur lebih dari kadar yang dihajati dan tidak pernah mencegah dirinya daripada kadar keperluannya." Rasulullah saw biasanya mengatur waktu tidurnya: "Sehampir-hampir Allah kepada hamba-Nya ialah di bahagian akhir malam. Dan sekiranya kamu berkuasa untuk menjadikan diri kamu salah seorang yang mengingati Allah di waktu ini maka lakukanlah." (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Hendaklah kamu bangun malam kerana itu adalah kebiasaan amalan orang-orang yang soleh sebelum kamu. Sesungguhnya bangun malam itu mendekatkan diri kepada Allah, menutup segala dosa, menghilangkan penyakit kepada tubuh badan dan menjauhi kekejian." (Hadith Riwayat Tarmizi) Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan: Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari. Ibn Qaiyim menambah: "Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, urat saraf dan melemahkan syahwat.
Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)." Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya: "Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?" Setengah ulama mengatakan: "Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.
ds taqul: mengantuk sgt time muqaranah adyan td..kelabu je nampok us aman.huhu..
::gArAM bUkiT VS sAkit kEpaLa::
pernah dengar x garam bukit? ana percaye semua pernh tahu kewujudan garam tu..
jadi ana nk bkongsi sedikit petua n pemuda kat sume..hehe..

pernah sakit kepala x? ni petua yang mak sdare yang same umo ngan ana kongsikan kat ana mase ana kol die n cite salu sakit kepale..
nah,ni die...
katenye.."amek garam bukit n campur air..pastu sapukan kat kepale sambil bce Al-Fatihah,selawat,ayat kursi n niat..skit kpale ni sbb byk toksid kat kpale n gram bkit can reduce it"
balik umah ana pun test.. Alhamdulillah lega la ckit..
Fakta Kristal Garam Bukit
Kristal garam bukit bergetar pada 8.7 hertz, kaya dengan tenaga bio.
Terdapat 84 jenis mineral dan zat galian dalam Garam Bukit Kristal yang seimbang untuk keperluan tubuh kita
Zat galian dalam garam kristal ini berbentuk ion yang memudahkan proses serapan mineral dalam tubuh.
Kandungan mineral dan zat galian ini hampir sama deng
an kandungan yang terdapat dalam air Zamzam.
Dari segi saintifik, garam kristal mempunyai sifat yang unik kerana struktur atomiknya dalam bentuk tenaga elektrik bukan molekul, dan mudah berubah
So-lay, (garam kristal + air = bukan air dan bukan garam) dalam bentuk ionis, akan diserap terus oleh sel-sel tubuh badan dan otak manusia.
contoh garam bukit
Garam bukit berkesan menghalang dan menyembuhkan penyakit – penyakit seperti berikut:
- Letih dan mengantuk
- Memudahkan pembuangan air kecil dan besar
- Jerawat dan resdung
- Rambut gugur
- Sakit kepala atau migrain
- Angin
- Membuang toksin dalam badan
- Melancarkan perjalanan darah
- Melapangkan saluran pernafasan
- Penyakit kulit, alahan atau kulat
- Tekanan darah tinggi / rendah
- Kencing manis
- Sendi / gout / lenguh badan
- Menghilangkan bau badan dan kaki
- Meningkatkan kecerdasan otak
- Meningkatkan kecerdasan badan
ds taqul:hehe..mareng blender garam bukit kasi halus ckit nk bwk g asrama..prevention is better than cure..hehe


