Assalamualaikum wal hamdulillah.. sudah lame ana tidak mengepost sebarang entry dalam blog ni. lantaran kesibukan pada kerja-kerja yang menuntutpengorbanan masa membuatkan ana terpaksa mengaulakan apa yg patut diaulakan..
Dalam kesibukan ini kadang-kadang ana terlupa bahawa sebenarnya kita akan terlepas pandang pada sesetengah perkara.. tapi apa yang menyedarkan ana dengan kehadiran 'secretadmire' yang ana cadangkan.. kadang-kadang terasa jugak.. yela, ana yang cadang tapi ana tak laksanakan.. ana dikejutkan dengan hadiah dari SA ana.. pada jam 1200 am k.ngah mesej ana.. katenye kn jmpe.. terkejut jgk ana.. tp bila jmpe k.ngah, die bagi kek.. bukan besday ana pun tp hadiah dari SA.. Allah je tahu perasaan ana tika tu.. Ana terharu sangat sebab jarang dapat hadiah..huhu.. tapi ala kulli hal,syukran kepada SA ana dan k.ngah.. ude bertuah ditemukan dengan kalian.. pembakar semangat perjuangan ude yang hampir padam satu ketika dulu.. syukran.. kalianlah adik beradik ude yang Allah anugerahkan.. dan kengan kita di pantai pagi tadi akan ude ingati sampai bile2.. kepada k.ngah,k.teh.k.anje, acik,acu,ateh,adik.k.andak,k.cik,k.lang syukran sudi luangkan masa ke pantai td.. ude sayang kalian.. ukhwah fillah ilaljannah.. akhirulkalam, teguhkan iman,mantapkan tarbiyah diri.. slm terus juang!!!
Pada saat ana menulis ini,kita berada dipengakhiranRamadhan.. terasa sayu menerpa di sanubari ana.. tentu sahabat-sahabat pernah mendengar ungkapan “benda yang ada didepan kita jarang kita hargai..Namun setelah ia berlalu pergi barulah kita terasa akan kehilangannya..”Jujurnya ana akhiri Ramadan kali ini dengan perasaan yang penuh sayu. Adakah ana masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan?? Atau ajal yang mendahului?? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..
Sahabatku yang dikasihi lillah,
berlalunya Ramadhan akan diganti dengan kedatangan Syawal yang dinantikan oleh semua umat Islam. Perginya Ramadhan pasti diiringi dengan tangisan bagi orang-orang yang soleh. Semoga bulan Ramadhan yang juga kita kenali sebagai bulan madrasah yang mendidik kita dari pelbagai aspek samada dari akhlak kita,ibadah, amalan dan sebagainya dapat menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa kepada Allah. Moga-moga Syawal kali ini dapat kita lalui dengan keberkahan Ramadan InsyaAllah.
Sahabatku fillah,
Latihan yang kita amalkan dalam bulan puasa dapat membantu kita membentuk sikap positif yang perlu dalam kehidupan seharian. Perkara-perkara dan amalan yang kita lakukan di bulan ramadhan merupakan ibadat yang perlu dihayati bukan saja dalam Ramadhan tapi seterusnya dalam bulan-bulan lain. Sebagaimana Islam menganjurkan kita beristiqamah dalam sesuatu amalan, begitulah juga dengan ibadat yang dilakukan dalam Ramadhan. Ia perlu dijadikan budaya sepanjang tahun sehinggalah kita berjumpa Ramadhan pada tahun hadapan.
Esok,20 September hari raya.Secara simboliknya semua umat Islam menyambut Aidilfitri sebagai kemenangan mereka melawan hawa nafsu setelah berjaya berpuasa Ramadan sebulan lamanya. Namun kita harus bermuhasabah dan mengoreksi diri dengan merenung kembali kualiti puasa yang kita lakukan. Apakah dengan berakhirnya Ramadan rasa ketakwaan, cahaya keimanan dan obor ketauhidan dalam diri kita berjaya dipertingkat dan semakin menebal. Insyallah jika objektif ini dapat dicapai maka ia menjadi petanda bahawa amalan kita diterima oleh Allah.
Sahabat-sahabat ana yang dirahmati Allah,
Dimalam Syawal ini, marilah kita hiasi dengan bertasbih,bertahmid dan bertakbir memuji kebesaran Allah serta memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan kepada kita semua. Disebalik kegembiraan melakukan persiapan terakhir menjelangnya Syawal,ana menyeru sahabat-sahabat supayasentiasa bermuhasabah diri dalam kita meniti hari-hari mendatang. Ingatlah kepada yang kurang berkemampuan dan ana mendoakan kepada semua saudara mara ana khususnya serta kepada semua umat Islam amnya yang telah dijemput terlebih dahulu mengadap Khaliq agar mendapat keampunan dan kerahmatan dari Allah. Moga roh kalian ditempatkan dikalangan para solihin..
Akhirul kalam, ana berharap dan berazam sungguh-sungguh semoga kemenangan di bulan ini kita jadikan asas untuk kita menapak lebih jauh menuju keredhaan dan kerahmatan Allah sehinggalah kita meninggalkan alam yang fana ini. Taqabbalallahu minna waminkum, shiyamanawa shiyamakum… amiiinnn…. SALAM ‘IDULFITRI..
Daie sepi:lepas asar tadi abah,pudin n faiz ziarah kubur arwah ki n sedekahYassin.. da 6 tahun ki pergi.. kepada ma,abah,kak n adik2, ampun n maaf atas segala-galanya.. Buat sahabat-sahabat seperjuangan,syukran atas jalinan ukhwah dan mahabbah dan telah menjadi peneman ana dalam perjuangan ini. Salam ‘idulfitri dan maafkan segala khilaf ana sepanjang kita bersahabat.. Allahu yuftah alaikum…
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu siangnya engkau sibuk berzikir tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu' tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji "innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin" [sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku... kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja di setiap kesempatan juga masa yang terluang alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu malammu engkau sibukkan dengan bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. .. mengadu...merintih. ..meminta belas kasih "sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang mari kita meriahkan Ramadhan kita buru...kita cari....suatu malam idaman yang lebih baik dari seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir mempersiap diri...rohani dan jasmani menanti-nanti jemputan Izrail di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman
Duhai Ilahi.... andai ini Ramadhan terakhir buat kami jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri... menerangi kegelapan hati kami menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti
Namun teman... tak akan ada manusia yang bakal mengetahui apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA
wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...
kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..
ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Amin...... andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya
sekian lama ana meninggalkan tapak ini tanpa khabar..di kesempatan yang dikurniakan ini ana terpanggil untuk mencoretkan sesuatu untuk ttapan sahabat0sahabat ana yang ana kasihi lillah...
Gelombang H1N1 yang melanda negara kita sedikit sebanyak telah membuka mata semua orang. Namun disebalik apa yang terjadi ana lebih suka untuk mengatakan inilah inzar dari Rabbul Izzati..setelah begitu banyak dosa dan maksiat yang kita lakukan di atas muka bumi pinjaman Allah ini, sedarlah wahai sekalian manusia.. bertaubatlah sebelum terlambat!!!
Ana sebenarnya terfikir sejenak dengan apa yang terjadi di sekeliling ana sekarang ini. Tiap-tiap hari cuping telinga ana menangkap berita-berita kematian. Namun itulah janji Allah.."Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.." Justeru itu ana mengingatkan diri ana dan diri sahabat-sahabat agar mempersiapkan diri dengan ajal yang tidak kita ketahui bila akan memanggil kita...
Dalam tempoh waktu yang berbaki beberapa hari lagi,kita akan menginjak ke bulan Ramadhan. Ana tidak dapat menggambarkan kegembiraan hati ana. Namun,sempatkah ana untuk bertemu dengan bulan penuh barakah itu? Masihkah ada kesempatan untuk ana? ataukah ajal menjemput ana dulu? Ya Allah,ampunilah dosa-dosaku.. Moga ramadhan kali ini dapat ku nikmati.. Amiin.. Cuma pesan ana kepada semua, hargailah segala yang kita ada sebelum kita sudah tiada kesempatan untuk menghargainya.. Dan ana akhiri coretan ana dengan doa untuk memasuki bulan Ramadhan. Moga kita dikurniakan kesihatan dan kesempatan untuk menjalankan ibadah dalam bulan ini. Amiiin
"Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.”
Ertinya : Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai. ( Doa para salafusoleh sebelum memasuki bulan Ramadhan.)
p/s: kepada semua sahabat-sahabat seukhuwwah samaada di Shams dan Udm, maafkan segala khilaf ana sepanjang kita berukhwah..ana amat menyayangi kalian.kalianlah sahabat dunia akhirat ana.. syukran atas segala perkongsian.. ukhwah ilaljannah shbt2ku!!..buat ma,abah,kak dan adik2 maafkan juga kesilapan ku.. uhibbukum jami'an hubban jamma... salam Ramadhan kareem.. AL_FAATIHAH kepada semua yang telah dijemput Allah..semoga ditempatkan disisi orang-orang yang soleh..Amiin... -bingkisan daie sepi-
dlm meneruskan perjuangan di muka bumi Allah yang memang kita ma'ruf akan segala mehnah dan tribulasi yang kekadang menggugat keimanan yang senipis kulit bawang ini, tidak dapat tidak terasa diri seakan lemah. Walaupun sudah dimaklumi bahawa berjuang diatas jalanNya bukanlah sesuatu yang mudah. Beginilah ape yang ana rasakan sekarang. Apabila diri di pertikaikan dalam usaha dakwah adalah sesuatu yang boleh melemahkan semangat ana.. apa yang membuatkan ana masih bertahan adalah dengan sokongan sahabt-sahabat ana (Allahu yuftah alaikum)..Namun hakikatnya adalah pertolongan Allah jua.
Mengimbau kembali perit getir perjalanan dakwah Rasulullah SAW,terasa diri ini begitu kerdil dengan apa yang dihadapi Rasul Khatimul Anbiya'.. dilemparkan batu,najis dan diejek para musyrikin. Namun baginda hadapi dengan begitu tabah. tapi apa yang ana hadapi amat jauh bezanya berbanding dengan apa yang Nabi lalui. Dalam Al-Quran Allah berfirman: “Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam),dan janganlah kamu berduka cita(terhadap apa yang akan menimpa kamu),padahal kamulah orang-orang yang tertinggi(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang benar-benar beriman”…-Ali ‘Imran:139- sesekali bertdabbur dengan ayat Allah ini terasa sebak begitu memuncak dan bergelora dalam hati. tapi jika diamati,ana terpujuk dengan ayat tersebut.
Ana berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada ana dalam perjuangan ini. Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami Ya Allah.. dan ana mendoakan semua sahabat-sahabat ana, keluarga tersayang dan semua umat Islam di dunia mendapat petunjuk Allah agar kita dapat menjalani hidup yang dipinjamkan sementara ini mengikut lunas-lunas Islam. ana hanya mampu menjalankan amanah ini sekadar yang termampu sesuai dengan kadar kemampuan ana. selebihnya Allahlah sebaik2 penentu. Sesungguhnya kita tidak mampu memberi hidayah kepada orang yang kita sayang tetapi Allah akan memberi petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki..
semoga kita semua dalam peliharaan Allah hendaknya..amiiin
Jam di hadapan menunjukkan pukul 7.02 pg. seusai solat subuh,ana tryla kot-kot boleh dapat wireless. Alhamdulillah..dapat juga akhirnya. Sudah lama ana meninggalkan blog ana ni lantaran kesibukan menguruskan segala hal berkaitan untuk semester baru ni. Begitu banyak perkara yang berlaku dalam beberapa minggu lepas. Sekadar untuk berkongsi dan apa yang mampu ana coretkan di sini,telah berlangsungnya konvokesyen pertama UDM beberapa minggu yang lalu. Ana juga bersama sahabat-sahabat diploma dakwah telah mengikuti kursus Program Pelatihan Pendakwah anjuran Persatuan Darul Fitrah Terengganu yang telah mengupas tentang masalah perbandingan agama oleh Bro.Amin dan Bro.Lim Jooi Sung.
Berbalik pada masa sekarang,kita telah menginjak kebulan Syaaban. Ini bermakna Ramadhan semakin hampir. Di kesempatan ini ana menyeru kepada para sahabat agar menyiapkan diri untuk menghadapi bulan penuh rahmat nanti. Allahummabariklana fi rajab wa syaaban waballighna Ramadhan...
al-faqirah ila Allah..
Perindu syahid,hidup untuk agama!!!atas izinMu aku terlahir,atas kudratMu ku berdiri.. atas kebesaranMu akan ku genggam bara Islam ini.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. titipkanlah selaut kekuatan buat hambaMu yang lemah ini..biar kepenjuru dunia,biar melangit musafirku.. pasti Islam ku genggam rapi...takbir!!!
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu Bertemu untuk mematuhi perintah Mu Bersatu memikul beban dakwah Mu Hati-hati ini telah mengikat janji setia.. untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Tunjukkanlah kepada hati-hati ini.. akan jalannya yang sebenar Penuhkanlah piala hati ini.. dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu Hidup suburkanlah hati-hati ini.. dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati Maka matikanlah pemilik hati-hati ini.. sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran.. dan sebaik-baik penolong ya Allah Perkenankanlah permintaan ini Amin ya rabbal A'alamin..
::iSLaH diRi::
“Suatu tawakkal dan keyakinan yang kuat tanpa ikhtiar yang mengiringinya maka tidaklah sempurna, dan setinggi-tinggi ikhtiar akan sia-sia tanpa tawakkal, meyerah kepadaNya. Tawakkal yang benar adalah ikhtiar yang semaksimum mungkin disertakan keyakinan bahawa Dia lah penentu segalanya.”
Moga kita bertawakkal dengan sebenar tawakkal, diiringi dengan keikhlasan semata untukNya
Terus Melangkah
-
Salam Dhuha, salam ketulusan dan salam terus juang buat sahabat
sekalian..alhamdulillah..masih diberikan nikmat untuk merasai kehidupan
hingga ke detik ini...
oh tesis
-
Bismillah wal hamdulillah.
Mem nak cerita sikit.. hurm.. Bila direnung-renung, tension juga bila
terpaksa tambah sem5 ni. mujurlah sebahagian yuran zakat ...
-
Assalammualaikum wbt
maaf saya dah tukar link blog...
boleh ziarah ke link baru blog saya
http://shahirah47.blogspot.com/
atau
http://shahirahsaid.blogs...
MENUNDA NIKAH KERANA MASIH BELAJAR
-
[KULIAH]
Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Ada
suatu tradisi yang membudaya, iaitu perempuan ata...
JEMPUTAN KE WALIMATUL URUS
-
*Dijemput kepada semua sahabat2, adik2, kakak2 serta yg mngenali diri ini
ke majlis kesyukuran perkahwinan ana :*
*NORHAYAH BINTI MUHAMAD RAZALI & YUSRI BIN...
Salam Terus Berjuang Sahabat2Ku...
-
coretan tarbiah kembali..setelah kian lama...sudah berdebu blog lama dah x
menaip..tarikh keramat 5/5/11 meninggalkan bumi tarbiah..bnyak kenangan
tarbi...
Hargailah Kerja Orang Lain....
-
slm w.b.t....buat shbt2 yg swntiasa sudi mengunjungi blog
ana...Insyaalah,kali ini ana ingin berserita mengenai kisah benar yg sgt
menyentu hati ana utk be...
..** ukhwah fillah **...
-
ukhwah..
apa itu ukhwah??
ukhwah adalah jalinan antara hati kita dengan hati hamba ALLAH yang lain..
tapi,,perlu di ingat,,ukhwah yang bagaimana??
semestiny...
علوم الحديث 2
-
كيف يجعل حديث ضعيف؟
*الانقطاع في الإسناد.*
*الجهالة في الراوي.*
كم أقسام الراوي المجهول؟
*قسمين وهما:*
*جهالة العين. (هو العالم ولكن ليس بالاسم)*
*جه...
~~~ sAat RiNdU mEnYaPa HaTi,,~
-
Assalamualaikum..
salam ramadhan..da hampir 16 hari kte bpuasa..alhamdulillah~nikmat yang
xthingga masih dkurniakan ramadhan sbg reward utk kte tmbahkan
p...
:: KhAS bUaT SaHaBaT2 ::
-
*buat sahabat2 yang di rindu kerana Allah ..*
*Ya Allah... Kurniakanlah kefahaman...kejelasan..keyakinan..
kepintaran..kekuatan serta ketenangan jiwa kpd ...
Khasiat dan Kelebihan Sayur SAWI
-
Bismillah walhamdulillah...
Moga pembaca blog saya sentiasa sihat walafiat dan selalu amalkan pemakanan
yang seimbang untuk kesihatan yang berpanjangan. Ye...
everything begins with tarbiyyah
-
*Rasulullah SAW has the sahabah that he trained in Madina.. in Makkah, were
not many; a hundred, hundred plus. These are the ones who start off with
him...
DeRiTa pErJuAnGaN BuKaN sAtU bEbAnAn TeTaPi sAtU LaTiHaN, GuNdAh PeRjUaNgAn BuKaN SaTu AnCaMaN TeTaPi sAtU dIdIkAn, MeHnAh pErJuAnGaN bUkAn sAtU KegUsArAn TeTaPi sAtU KeKuAtAn, WaLaU PeRiT MaNapUn pErJuAnGan, SeSuKaR MaNaPuN pErJaLaNaN, kItA PeJuAnG, tAbAhKaN HaTi, kItA mUjAhId, KuAtKaN DiRi, kUkUhKaN TeKaD, mArA dALaM PeRjUaNgAn IsLaM.
About
wahai sahabatku,hayatilah kata2 ini,"orang berilmu selalu menang dalam pergaulan kerana dia membiasakan diri..caci disambut dengan senyuman..penghinaan ditangkis dengan lemah lembut...kemarahan dibalas dengan diam...kejahatan dibalas kebaikan..semoga kita tergolong dalam golongan orang berilmu.."amiiin
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."
"Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai..Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?...Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ﷲﺍ jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah...Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi"