0 comments

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia




RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu
dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kera
na Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsun
ya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya diband
ingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.
read more
0 comments

**akHirNya...**



Salam mahabbah

Alhamdulillah wa Syukur lillah, akhirnya Allah memberi ruang dan peluang kepada ana untuk mengirimkan sedikit buah tangan di blog ana yang serba dhaif ini setelah berbulan lamanya terbiar. Kesibukan serta komitmen yang menuntut perhatian yang lebih terhadap perkara yang aula serta kesibukan berdepan dengan fatrah imtihan menyebabkan ana memilih untuk ‘menyepi’ buat sementara waktu..

Akhirnya…

Berakhir jua imtihan nihaie yang bermula seawal 2 November dan berakhir 19 November..Apa yang ana harapkan dan Insya Allah ana doakan agar diberi kejayaan kepada sahabat-sahabat, adik beradik dan diri ana juga.. Najjihna fil imtihan YA ALLAH… Ini bermakna hanya tinggal satu sem sahaja lagi untuk ana menamatkan pengajian diplomaku. Sungguh pantas masa berlalu hingga tidak ana sedari masa sudah berlalu. Sedih? Gembira? Seronok? Entahla.. perasaan ana bercampur baur.. apa yang pasti ana akan manfaatkan saki baki masa yang masih tinggal ini sebaiknya..

Akhirnya…

Tiba jua masa yang ana tunggu2.. cuti sem.. ketika masih dalam pengkuliahan inilah yang ana minta..’bila ye nk cuti??’ mungkin apa yang membuatkan ana berfikir demikian mungkin juga kerana tertekan dengan kesibukan-kesibukan yang perlu ana setelkan. Belajar,kerja persatuan dan banyak lagi. Pada mulanya, ana berpendapat menjadi pelajar dan pekerja dalam satu masa sangat berat dan sesuatu yang patut dipisahkan..namun setelah dipikirkan sedalam-dalamnya, keduanya memang tidak dapat dipisahkan. Rasionalnya sahabat-sahabat fikirlah sendiri. Namun,itulah pandangan ana. Tiap manusia berbeza.. tapi bila tiba cuti ni ditambah lagi dengan musim tengkujuh dan asyik terperap dalam rumah sedikit sebanyak bosan jugak. Mungkin ana sudah terbiasa dengan kesibukan jadi bila tak sibuk jadi tak biasa.. sesekali terasa seperti orang pencen.. tersenyum jugak ana dibuatnya.. tapi xpe, tunggu buka sem depan..

read more
0 comments

**sEcrEt aDmiRE**

Assalamualaikum wal hamdulillah..
sudah lame ana tidak mengepost sebarang entry dalam blog ni.
lantaran kesibukan pada kerja-kerja yang menuntutpengorbanan masa membuatkan ana terpaksa mengaulakan apa yg patut diaulakan..

Dalam kesibukan ini kadang-kadang ana terlupa bahawa sebenarnya kita akan terlepas pandang pada sesetengah perkara.. tapi apa yang menyedarkan ana dengan kehadiran 'secretadmire' yang ana cadangkan.. kadang-kadang terasa jugak.. yela, ana yang cadang tapi ana tak laksanakan.. ana dikejutkan dengan hadiah dari SA ana.. pada jam 1200 am k.ngah mesej ana.. katenye kn jmpe.. terkejut jgk ana.. tp bila jmpe k.ngah, die bagi kek.. bukan besday ana pun tp hadiah dari SA.. Allah je tahu perasaan ana tika tu.. Ana terharu sangat sebab jarang dapat hadiah..huhu.. tapi ala kulli hal,syukran kepada SA ana dan k.ngah.. ude bertuah ditemukan dengan kalian.. pembakar semangat perjuangan ude yang hampir padam satu ketika dulu.. syukran.. kalianlah adik beradik ude yang Allah anugerahkan.. dan kengan kita di pantai pagi tadi akan ude ingati sampai bile2.. kepada k.ngah,k.teh.k.anje, acik,acu,ateh,adik.k.andak,k.cik,k.lang syukran sudi luangkan masa ke pantai td.. ude sayang kalian.. ukhwah fillah ilaljannah.. akhirulkalam, teguhkan iman,mantapkan tarbiyah diri.. slm terus juang!!!
read more
0 comments

::pOstO..pOstO...::

ni kad raya untuk semua pengunjung blog ana.. salam idulfitri..=)
read more
0 comments

::SyAwAL pULa mEnJeLma::

Assalamualaikum wal hamdulillah…

Pada saat ana menulis ini,kita berada dipengakhiran Ramadhan.. terasa sayu menerpa di sanubari ana.. tentu sahabat-sahabat pernah mendengar ungkapan “benda yang ada didepan kita jarang kita hargai..Namun setelah ia berlalu pergi barulah kita terasa akan kehilangannya..” Jujurnya ana akhiri Ramadan kali ini dengan perasaan yang penuh sayu. Adakah ana masih diberi kesempatan untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan?? Atau ajal yang mendahului?? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui..


Sahabatku yang dikasihi lillah,

berlalunya Ramadhan akan diganti dengan kedatangan Syawal yang dinantikan oleh semua umat Islam. Perginya Ramadhan pasti diiringi dengan tangisan bagi orang-orang yang soleh. Semoga bulan Ramadhan yang juga kita kenali sebagai bulan madrasah yang mendidik kita dari pelbagai aspek samada dari akhlak kita,ibadah, amalan dan sebagainya dapat menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa kepada Allah. Moga-moga Syawal kali ini dapat kita lalui dengan keberkahan Ramadan InsyaAllah.


Sahabatku fillah,

Latihan yang kita amalkan dalam bulan puasa dapat membantu kita membentuk sikap positif yang perlu dalam kehidupan seharian. Perkara-perkara dan amalan yang kita lakukan di bulan ramadhan merupakan ibadat yang perlu dihayati bukan saja dalam Ramadhan tapi seterusnya dalam bulan-bulan lain. Sebagaimana Islam menganjurkan kita beristiqamah dalam sesuatu amalan, begitulah juga dengan ibadat yang dilakukan dalam Ramadhan. Ia perlu dijadikan budaya sepanjang tahun sehinggalah kita berjumpa Ramadhan pada tahun hadapan.

Esok,20 September hari raya. Secara simboliknya semua umat Islam menyambut Aidilfitri sebagai kemenangan mereka melawan hawa nafsu setelah berjaya berpuasa Ramadan sebulan lamanya. Namun kita harus bermuhasabah dan mengoreksi diri dengan merenung kembali kualiti puasa yang kita lakukan. Apakah dengan berakhirnya Ramadan rasa ketakwaan, cahaya keimanan dan obor ketauhidan dalam diri kita berjaya dipertingkat dan semakin menebal. Insyallah jika objektif ini dapat dicapai maka ia menjadi petanda bahawa amalan kita diterima oleh Allah.


Sahabat-sahabat ana yang dirahmati Allah,

Dimalam Syawal ini, marilah kita hiasi dengan bertasbih,bertahmid dan bertakbir memuji kebesaran Allah serta memanjatkan kesyukuran kepada Allah atas nikmat yang telah diberikan kepada kita semua. Disebalik kegembiraan melakukan persiapan terakhir menjelangnya Syawal,ana menyeru sahabat-sahabat supaya sentiasa bermuhasabah diri dalam kita meniti hari-hari mendatang. Ingatlah kepada yang kurang berkemampuan dan ana mendoakan kepada semua saudara mara ana khususnya serta kepada semua umat Islam amnya yang telah dijemput terlebih dahulu mengadap Khaliq agar mendapat keampunan dan kerahmatan dari Allah. Moga roh kalian ditempatkan dikalangan para solihin..

Akhirul kalam, ana berharap dan berazam sungguh-sungguh semoga kemenangan di bulan ini kita jadikan asas untuk kita menapak lebih jauh menuju keredhaan dan kerahmatan Allah sehinggalah kita meninggalkan alam yang fana ini. Taqabbalallahu minna waminkum, shiyamana wa shiyamakum… amiiinnn…. SALAM ‘IDULFITRI..


Daie sepi: lepas asar tadi abah,pudin n faiz ziarah kubur arwah ki n sedekah Yassin.. da 6 tahun ki pergi.. kepada ma,abah,kak n adik2, ampun n maaf atas segala-galanya.. Buat sahabat-sahabat seperjuangan,syukran atas jalinan ukhwah dan mahabbah dan telah menjadi peneman ana dalam perjuangan ini. Salam ‘idulfitri dan maafkan segala khilaf ana sepanjang kita bersahabat.. Allahu yuftah alaikum…

read more
0 comments

::ANDAI INI RAMADHAN YANG TERAKHIR::



andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu sholatmu kau kerjakan di awal waktu
sholat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu...merintih. ..meminta belas kasih
"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi...aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru...kita cari....suatu malam idaman
yang lebih baik dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan ...lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi....
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling berarti...paling berseri...
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju ridho serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha...bersedia ...meminta belas-NYA

wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu ...

kami lah hamba yang mengharap belas darimu "ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..

ampunkan dosa2 kami kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Amin......
andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya


MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN


p/s:dipetik dari inbox emel ana..

syukran kakakku atas emel ni..


read more
0 comments

::mAsiHKaH aDA kEsEMPaTaN buAt DiriKU???::

Assalamualaikum wb
.

sekian lama ana meninggalkan tapak ini tanpa khabar..di kesempatan yang dikurniakan ini ana terpanggil untuk mencoretkan sesuatu untuk ttapan sahabat0sahabat ana yang ana kasihi lillah...

Gelombang H1N1 yang melanda negara kita sedikit sebanyak telah membuka mata semua orang. Namun disebalik apa yang terjadi ana lebih suka untuk mengatakan inilah inzar dari Rabbul Izzati..setelah begitu banyak dosa dan maksiat yang kita lakukan di atas muka bumi pinjaman Allah ini, sedarlah wahai sekalian manusia.. bertaubatlah sebelum terlambat!!!

Ana sebenarnya terfikir sejenak dengan apa yang terjadi di sekeliling ana s
ekarang ini. Tiap-tiap hari cuping telinga ana menangkap berita-berita kematian. Namun itulah janji Allah.."Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati.." Justeru itu ana mengingatkan diri ana dan diri sahabat-sahabat agar mempersiapkan diri dengan ajal yang tidak kita ketahui bila akan memanggil kita...

Dalam tempoh waktu yang berbaki beberapa hari lagi,kita akan meng
injak ke bulan Ramadhan. Ana tidak dapat menggambarkan kegembiraan hati ana. Namun,sempatkah ana untuk bertemu dengan bulan penuh barakah itu? Masihkah ada kesempatan untuk ana? ataukah ajal menjemput ana dulu? Ya Allah,ampunilah dosa-dosaku.. Moga ramadhan kali ini dapat ku nikmati.. Amiin..
Cuma pesan ana kepada semua, hargailah segala yang kita ada sebelum kita sudah tiada kesempatan untuk menghargainya..

Dan ana akhiri coretan ana dengan doa untuk memasuki bulan Ramadhan. Moga kita dikurniakan kesihatan dan kesempatan untuk menjalankan ibadah dalam bulan ini. Amiiin

"Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.”

Ertinya : Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan ridhai.
( Doa para salafusoleh sebelum memasuki bulan Ramadhan.)

p/s: kepada semua sahabat-sahabat seukhuwwah samaada di Shams dan Udm, maafkan segala khilaf ana sepanjang kita berukhwah..ana amat menyayangi kalian.kalianlah sahabat dunia akhirat ana.. syukran atas segala perkongsian.. ukhwah ilaljannah shbt2ku!!.. buat ma,abah,kak dan adik2 maafkan juga kesilapan ku.. uhibbukum jami'an hubban jamma... salam Ramadhan kareem.. AL_FAATIHAH kepada semua yang telah dijemput Allah..semoga ditempatkan disisi orang-orang yang soleh..Amiin... -bingkisan daie sepi-
read more