2) seronok (dpt dosa) 3) seronok (dpt geng dgn syaitan) 4) dpt meluahkan masalah..(Allah kan ada) 5) byk habis duit(lebih baik gunautk sedekah) , tak kurang juga yg habiskan duit beli prepaid dan bayar bil telefon yg melambung.. 6) byk risau (takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat
pasal dok asyik berdating tak pulak risau..) 7)byk termenung dan senyum sendiri (pasal in(dpt dosa)(dpt geng dgn syaitan)(Allah kan ada)(lebih baik guna utk sedekah)(takut awek kita org lain kebas.. berapa kali dah miss solat pasal dok asyik berdating tak pulak risau..)(pasagat peristiwa riang dgn awek.. kita sbg muslim patutnya byk mengingatkan MATI yg boleh dtg bila2 masa..) 8) lebih mengutamakan awek drpd org lain (hidup dlm dunia sendiri, dia dan awek dia.. lain dah tak kisah..) 9) menepati masa dan janji (takut awek marah/sakit hati.. solat fardhu lewat tak takut pulak... ) 10) lain2 lg yg memberikan faedah dlm menambah saham DOSA drpd PAHALA..
Drpd Abu Abdullah Al-Nu'man bin Basyir ra :sabda Rasulullah S.A.W "sesungguhnya yg halal itu nyata dan yg haram itu pun nyata dan di antara keduanya ada perkara yg kesamaran, yg tidak diketahui oleh kebykkan manusia, maka brgsiapa yg memelihara (dirinya dr) segala yg kesamaran, sesungguhnya ia memuliakan bgnya agamanya dan kehormatannya... " (Mutfaq'alaih)
1-sesunguhnya perjumpaan (keluar) antara kaum adam dan hawa itu salah melainkan ditemani mahramnya... . 2-cintailah pasangan anda kerana Allah dgn cinta yang berlandaskan keimanan dan bukannya kerana hawa nafsu...
“sesungguhnya para ulama’ adalah pewaris para nabi.Nabi-nabi pula tidak mewariskan dinar dan dirham.Mereka mewariskan ilmu.Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak dan sempurna”
-Riwayat Abu Daud,al-Tirmizi,Ibn Majah dan Ibn Hibban-
RENUNGILAH... HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie) Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)
"Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’.
Assyahid Syed Qutb Rahimahullah
Saudara! Seandainya kau tangisi kematianku Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu Maka di atas tulang-tulangku Yang hancur luluh Nyalakanlah obor buat ummat ini Dan …… Teruskan perjalanan ke gerbang jaya Saudara! Kematianku adalah satu perjalanan Mendapatkan kekasih yang sedang merindu Taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku Bahagialah hidupku di alam abadi Saudara! Puaka kegelapan pasti akan hancur Dan alam ini akan disinari fajar lagi Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya Janganlah gentar berkelanan di alam abadi Nun di sana fajar sedang memancar
Wasiat ini di tulis beberapa ketika sebelum beliau menemui syahid. Jika di baca sekali imbas, tidak akan dapat di fahami sepenuhnya. Tetapi sebaliknya jika dibaca berulang-ulang kali dan cuba menghayati apa maksud yang tersirat di sebalik keindahan bait bait sajak beliau itu maka kita akan dapat merasai kesayuan dan menangisi pemergian beliau - berkorban hatta nyawa demi Islam. Beliau adalah salah seorang mujahid agong abad ke 20 yang syahid di tali gantung kerana mempertahankan ‘Rabbuna’Llah’.
Beliau telah mengorbankan sebahagian besar hidupnya dalam mendalami Al-Qur’an (lebih 10 jam sehari) dengan roh perjuangan dan ketegasan sikap serta pemikiran yang cukup bernas. Hingga kini hasil penulisan beliau yang dibukukan menjadi rujukan kepada setiap peringkat gerakan dan pencinta Islam.
Pesanan akhir beliau dirangkumkan dalam bentuk puisi/sajak dan amat menyentuh perasaaan jika memahami maksud yang tersirat. As-Syahid Syed Qutb mengisytiharkan bahawa tugas tugas beliau di muka bumi ini telah selesai dan telah sampai masanya dia kembali kepada Allah SWT yang sememangnya di nanti-nantikan. Hasil kreativiti dan penulisan beliau telah cukup menjadi saksi beliau di hadapan Allah SWT dan menjadi bekalan dan rujukan kepada pencinta-pencinta Islam yang akan meneruskan perjuangannya.
Pada rangkap pertama, As-Syahid amat pasti bahawa akan ada saudara-mara, sahabat handai dan para dai yang menangisi pemergiannya (kematiannya). Beliau yakin, tangisan itu akan menyalakan semangat atas dasar iman (nyalakan obor buat umat ini) untuk meneruskan perjuangannya hingga berjaya. Perjuangan untuk mendaulatkan Deen Allah di dalam kehidupan tidak akan berkahir, walaupun perjuangannya telah kembali kepada Allah SWT. Pasti ada pejuang lain yang akan tampil mengganti di kalangan Ikhwan yang diproses keimanannya. Beliau amat mengharapkan para pendakwah TERUSkan kewajiban berjihad menegakkan yang ma’ruf dan mencegah yang munkar hingga berjaya dan sekaigus menumpang Jahiliyah yang bermaharajalela di muka bumi ini. Perjuangan itu ibarat mengenggam bara api sampai menjadi arang (diatas tulang-tulangku yang hancur luluh) dan ibarat lilin yang membakar demi Islam!
Rangkap kedua beliau menyatakan bahawa berakhirnya hayat beliau di tali gantung bukan bermakna beliau telah mati. Sebaliknya beliau masih hidup di sisi Allah SWT.
“Janganlah kamu menyangka orang yang gugur berjuang pada jalan Allah itu mati. Sesungguhnya mereka itu hidup dan diberi rezeki oleh Allah.” (Ali Imran: 169)
“Kematianku adalah satu perjalanan mendapatkan kekasih yang sedang merindu”, merupakan ayat yang sangat indah bunyinya membawa maksud yang menyentuh perasaan. As-Syahid seolah olah memujuk para pendakwah agar tidak terus menangisi kehilangannya. Tidak ada apa yang perlu disedihkan kerana rohnya sedang mengembara (perjalanan) menuju kepada Allah SWT untuk bersama roh roh para anbiya dan para syuhada’ yang sedang menunggunya (kekasih yang sedang merindui).
Pintu-pintu syorga terbuka luas menerima rohnya (taman-taman di syorga Tuhanku bangga menerimaku). Perkataan BANGGA memberi maksud yang amat kuat bahawa segala apa yang disediakan di syorga ternanti-nanti menerima kedatangan dan kehadiran pendakwah sepertinya. Burung-burung merupakan simbolik pada para bidadari atau mala’ikat. Mala’ikat dan para bidadari riang menyambut kedatangannya dan melayaninya sebagai di antara tetamu yang teristimewa di syorga. Ternyatalah bahawa di saat akhir hayatnya, As-Syahid telah terbau harum syorga atau terbayang keadaan syorga menantinya. Dengan keyakinan itu, beliau berani menyatakan bahawa hidupnya bahagia di alam abadi (Bahagialah hidupku di alam abadi).
Dalam rangkap ketiga, beliau menanamkan keyakinan dan semangat terus berjuang bahawa alam ini akan disinari fajar lagi. Tidak mustahil daulah Islam akan tertegak lagi di muka bumi ini. Menurut keyakinannya, “puaka kegelapan pasti akan hancur” bermaksud jahiliyah yang diwakili oleh ‘kuasa besar’ Amerika dan Russia pasti akan tumbang. Karangan beliau ‘Masa Depan di tangan Islam’ (‘Al Mustaqbal Lihaza Al-Din) memperkatakan tentang keyakinan itu. Kenyataan beliau telah dibenarkan oleh reality kini bahawa kerajaan Komunis Russia telahpun tumbang.
Beliau mengulangi lagi tentang keadaan rohnya. Jiwanya pasrah dan rela dibunuh untuk mempertahankan kalimah “Lailaha illallah Muhammadur Rasulullah” agar sentiasa bergema di muka bumi ini. “Biarlah rohku pergi mendapatkan rindunya” merupakan satu penekanan bahawa pengorbanan untuk menegakkan daulah Islam tidak ada ruginya. Walaupun di dunia terasa seperti kerugian, tetapi hakikatnya roh beruntung kerana dapat berkumpul bersama-sama roh yang merinduinya. Roh yang sentiasa di dalam pemeliharaan Allah dan disanjung oleh Allah SWT.
Artikel ni dicopy paste olehku dari koleksi risalah yang tersimpan dalam komputer ni.. sayu sangat bila baca.. teringat kat sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang denganku.. sahabatku,kutujukan warkah ini buat kalian...
Wahai saudaraku. Kita sepatutnya bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang muslim, dan setiap muslim itu bersaudara. Bangunlah wahai saudaraku, lupakan kehidupan kita yang telah berlalu. Kita tak dapat melalui masa yang telah berlalu buat kali kedua. Mari kita bergerak menuju kejayaan, dunia dan akhirat. HEBAT DI DUNIA, HEBAT DI AKHIRAT.
Saudaraku, jangan pandang pada orang yang bercakap, tapi pandang pada apa yang dicakap. Jesteru, aku memohon kemaafan andai kata selama kita bersaudara, adaperi laku yang aku lakukan telah melukakan hatimu. Tapi percayalah, aku tetap berada di hadapanmu untuk menangkis serangan musuh yang berada di depanmu,, dan aku akan tetapberada di sisimu untuk menemanimu, dulu, kini dan selama kita dapat bersama. Andaikata aku sebagai pemimpin, engkaulah yang akan aku betulkan. Andai kata engkau sebagai pemimpin, engkaulah yang akan aku sokong. Dan andaikata kita sebagai pemimpin, engkaulah yang akan menemaniku selama aku berjuang.
saudaraku, engkaulah semangat perjuanganku selama mana aku berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini. Andai kata aku gugur di medan perjuangan, maka engkau yang yang bakal meneruskan perjuangan ini. Siapa lagi yang dapat aku harapkan. Takkan nak aku harapkan Ah Chong, Muthu, Sandokan???Mereka semua tidak faham tentang perjuangan Islam. Sememangnya aku mengharapkan semangat darimu, sebagai seorang teman seperjuangan.
saudaraku, tingkatkan semangat, sediakan bekalan, mulakan langkah, maju bergerak ke hadapan. Ayuh!!! Mari kita mulakan serangan. Aku tidak rela melihat kemungkaran masih berleluasa di depanmata kita. Mereka berzina di depan kita, mereka melanggarhukum Allah di depan mata kita, mereka mensyirikkan Allah di depan mata kita. Aaaaarrrrrrggggggghhhhh!!!!! Tidak. Aku tak dapat menerima kenyataan ini. Siapa mereka itu. Mak, ayah, adik, abang, kakak, kawan kawan??? Aaarrrggghhh..Tidak, tidak. Saudaraku, sanggupkah kau melihat semua ini berlaku??
Sahabat, kini aku telah gugur di medan pertempuran. Aku cedera parah. Aku tidak dapat berjuang tanpa bantuan darimu. Bantulah aku…. Aku perlukan pertolonganmu. Usah di layan kutukan dan makian orang luar. Semuanya adalah sunnah orang berjuang. Kemewahan tidak akan memberikan nikmat hidup kepada kita. Carilah nikmat hidup dalam kesengsaraan memperjuangkan agama Allah.
Saudaraku, sesungguhnya aku tidak dapat merubah dirimu, sebaliknya kamulah yang perlu merubah dirimu. Jangan salahkan keadaan. Kita adalah muslim. Kita ada usaha, kita ada tawakkal, kita ada tuhan yang sayangkan hambanya yang mencari keredhaannya. Semua yang berlaku ada hikmahnya. Aku amat mengharapkan kerjasama dan gandingan daripadamu. Jangan kauberdiam diri. Hentikan kemungkaran yang kau lakukan. Beramallah dengan perintah Allah dan Rasulullah. Cukuplah dengan kemungkaran yang kau lakukan. Insaflah…. Ingatlah pada Allah, ingatlah pada ibu, ayah, kawan kawanmu. Kita tak tahu bilakah kita akan menemui kematian.
Saudaraku, terima kasih kerana menjadi saudaraku yang setia. Dan sekarang, engkau harus tahu yang aku sangatsayangkan perhubungankita. Bertemu dan berpisah kerana Allah. Semoga Allah memberkati ukhuwanh fillahyang kita jalinkan. Marilah bersamaku dalam menegakkan kalimah Allah. Aku sangat mengharapkan semangat dan gandingan darimu, A.d.i.k.
Umar Al-Khattab awalnya dikenal sebagai orang yang bengis. Beliau tidak suka dengan Islam. Untuk memadamkan agama tauhid ini,beliau bertekad membunuh Rasulullah. Namun sebelum sampai bertemu Rasul,langkahnya terhenti apabila mendengar khabar bahawa adiknya, Fatimah telah memeluk Islam. Dengan pedang ditangan dan hati geram,beliau bergegas ke rumah adiknya. Tiba didepan rumah,pintu diketuk dengan kuatnya. “Buka!!!”. Teriaknya.Si adik sedang membaca Al-Quran bersama suaminya tersentak. Lembaran suci itu segera disembunyikan. Dengan tergopoh-gapah Fatimah membuka pintu. “Apa yang kau baca?!!” bentaknya dengan muka merah padam. “Mushaf Al-Quran” jawab si adik tenang. “Mana!!!” kata Umar lagi. “Kau tidak boleh memegangnya.” Kata adiknya tanpa rasa gentar. “Mengapa?!!” “Kau najis. Sucikan dulu dirimu”. Jawabnya tegas. Kemarahannya meluap. Ditampar muka adiknya. Melihat muka adiknya yang berdarah, Umar merasa hiba. Kemarahannya tiba-tiba reda. “Bacakanlah untukku” katanya lunak. Melihat keadaan Umar yang mulai tenang, Fatimah pun mula membacanya: “Thahaa. Kami tidak menurunkan Al_quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah,tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut kepada Allah,iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit.”. (Thaha,20:1-4) Hati Umar tersentuh. Jiwanya bergetar. Beliau teresak-esak merasakan betapa sayangnya Tuhan terhadap hamnbaNya. Pendek kata,beliau berubah menjadi pembela Islam. Berkat Umar dakwah yang sebelumnya dilakukan secara sembunyi,telah dilakukan secara terbuka. Terpisahlah ag hak dengan yang batil,sehingga Rasulullah memanggilnya dengan gelaran Al-Faruq(pemisah antara hak dan batil).
Dicatatkan bahawa interaksi Umar dengan Al-Quran begitu sensitive. Suatu ketika, semasa beliau membaca surah Yusuf semasa solat subuh,ketika sampai pada ayat 86,”Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesedihan dan kesusahanku”. Umar kemudian teresak-esak sehingga tidak tidak dapat didengar para makmum. Demikian pula dalam solat tahajjud Umar membaca ayat-ayat Al-Quran sambil menangis sehingga ia terjatuh dan sakit. (ruj:majalah i edisi mei)
Tak ku jemu di manakah hentinya rayuan taubatku padaMu
Pertama kali aku mendengar lagu terbaru kumpulan kesukaanku ini aku sudah terpaut dengan melodi dan liriknya. Begitu mendalam maksud lagu ini sesuai bagi mereka yang selama ini mencari jalan pulang!!! Sama-sama kita hayati…
“Sesungguhnya kamu tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi,tetapi Allah memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk” surah Al-Qasas(28:56)
hidayah Allah SWT hanya kepada mereka yang dipilih Allah SWT sendiri. Sebagaimana kisah Abi Talib yang telah menunjukkan sayangnya kepada Rasulullah SAW. Boleh dikatakan dalam setiap peristiwa yang membabitkan kaum Quraisy dengan anak saudaranya itu,maka Abu Talib sentiasa memihak kepada anak saudaranya. Bagaimanapun Abu Talib enggan mengucap. Walaupun dia sangat menyayangi Rasulullah,tetapi dia bukan orang yang menjadi pilihan Allah untuk diberikan hidayah. Ini menunjukkan bahawa hidayah adalah milik Allah secara mutlak,terserah kepadanya suntuk memberikan kepada orang yang dikehendakinya..(rujukan:Muhammad SAW,insan teladan sepanjang zaman karya Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat)
Senario yang serupa turut berlaku kepada setiap yang bergelar daie. Bukan semua yang kita amar ma’ruf dan nahi mungkar akan berlaku mengikut kehendak hati kita.. sedangkan Nabi pun tidak mampu mengislamkan bapa saudara baginda inikan pula kita,manusia biasa yang menjadi penyambung rantai perjuangan baginda.. inilah yang dikatakan bahawa hidayah hanyalah milik Allak mutlaknya.. namun begitu Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui. Allah tidak melihat kepada natijah dari apa yang kita lakukan,samada kita berjaya menyedarkan kesilapan orang mahupun membawa orang balik ke pangkal jalan atau apa jua keadaan sekalipun tapi Allah melihat sejauh mana usaha dan kesungguhan kita dalam melakukan dakwah ataupun dalam pekerjaan,pelajaran dan sebagainya.. sebagai contoh,kita boleh lihat dalam peristiwa dimana saat Nabi Allah Ibrahim yang dibakar dalam parit yang yang dibuat oleh Raja Namrud.. dalam masa yang sama,terdapat burung yang kecil berusaha memadamkan api tersebut dengan membawa air melalui paruhnya yang kecil.. walaupun perbuatan burung itu dipertikaikan tetapi dibalas dengan jawapan yang begitu menakjubkan dari burung tersebut, “sesungguhnya Allah tidak melihat samada aku dapat memadamkan api tersebut atau tidak tetapi Allah melihat kepada usaha yang aku lakukan” begitulah nilai-nilai yang diajar oleh Islam yang boleh kita jadikan ibrah untuk terus maju dan tidak putus asa dalam apa jua yang kita lakukan..moga apa yang dinukilkan dapat diambil ibrahnya.. sebarang kekhilafan adalah kelemahan diri ini dan diri ini bertaubat kepada Allah.. doaku moga Allah menjadikan kita orang-orang yang bermanfaat kepada orang lain… -cebisan rasa daie sepi 17mei,3.17pm-
“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam),dan janganlah kamu berduka cita(terhadap apa yang akan menimpa kamu),padahal kamulah orang-orang yang tertinggi(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang benar-benar beriman”…-Ali ‘Imran:139-
Sesekali apabila diri terasa lemah dan tak terdaya, dalam perjuangan yang menuntut beribu kekuatan dan pergorbanan yang sesekali amat menyakitkan dan menyeksa jiwaku..kadang-kadang terpaksa mengenepikan kehendak diri,sahabat-sahabat dan keluarga.. aku cuba kuatkan diri walaupun hakikatnya lemah tak terdaya.. sesekali bila keadaan begini menimpa ada baiknya kembali kepada janji-janji Allah..
“wahai orang-orang yang beriman,kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah akn membela kamu(untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”
Ayat-ayat yang sering memujuk dan memberi kekuatan buat diri ini.. Aku harus bangkit demi Islam!!! Dalam meniti jalan perjuangan yang aku sedia ma'ruf dengan ranjau duri,bukannya dihampar karpet merah, kekuatan rohani amatlah penting sebagai rabitah sang daie dengan Khaliqnya.. itulah kata-kata azimat yang sering diungkapkan oleh para naqibahku.. aku akui semua itu.. itulah makanan rohani terpenting buat daie untuk terus tsabat atas jalanNya.. Insya Allah.. aku panjatkan doa agar diberi kekuatan dan keteguhan hati serta ketabahan dalam perjuangan ini.. Amiin.. Ya muqollibal Qulub,tsabbit qulubana ala dinik…
al-faqirah ila Allah..
Perindu syahid,hidup untuk agama!!!atas izinMu aku terlahir,atas kudratMu ku berdiri.. atas kebesaranMu akan ku genggam bara Islam ini.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. titipkanlah selaut kekuatan buat hambaMu yang lemah ini..biar kepenjuru dunia,biar melangit musafirku.. pasti Islam ku genggam rapi...takbir!!!
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu Bertemu untuk mematuhi perintah Mu Bersatu memikul beban dakwah Mu Hati-hati ini telah mengikat janji setia.. untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Tunjukkanlah kepada hati-hati ini.. akan jalannya yang sebenar Penuhkanlah piala hati ini.. dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu Hidup suburkanlah hati-hati ini.. dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati Maka matikanlah pemilik hati-hati ini.. sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran.. dan sebaik-baik penolong ya Allah Perkenankanlah permintaan ini Amin ya rabbal A'alamin..
::iSLaH diRi::
“Suatu tawakkal dan keyakinan yang kuat tanpa ikhtiar yang mengiringinya maka tidaklah sempurna, dan setinggi-tinggi ikhtiar akan sia-sia tanpa tawakkal, meyerah kepadaNya. Tawakkal yang benar adalah ikhtiar yang semaksimum mungkin disertakan keyakinan bahawa Dia lah penentu segalanya.”
Moga kita bertawakkal dengan sebenar tawakkal, diiringi dengan keikhlasan semata untukNya
Terus Melangkah
-
Salam Dhuha, salam ketulusan dan salam terus juang buat sahabat
sekalian..alhamdulillah..masih diberikan nikmat untuk merasai kehidupan
hingga ke detik ini...
oh tesis
-
Bismillah wal hamdulillah.
Mem nak cerita sikit.. hurm.. Bila direnung-renung, tension juga bila
terpaksa tambah sem5 ni. mujurlah sebahagian yuran zakat ...
-
Assalammualaikum wbt
maaf saya dah tukar link blog...
boleh ziarah ke link baru blog saya
http://shahirah47.blogspot.com/
atau
http://shahirahsaid.blogs...
MENUNDA NIKAH KERANA MASIH BELAJAR
-
[KULIAH]
Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Ada
suatu tradisi yang membudaya, iaitu perempuan ata...
JEMPUTAN KE WALIMATUL URUS
-
*Dijemput kepada semua sahabat2, adik2, kakak2 serta yg mngenali diri ini
ke majlis kesyukuran perkahwinan ana :*
*NORHAYAH BINTI MUHAMAD RAZALI & YUSRI BIN...
Salam Terus Berjuang Sahabat2Ku...
-
coretan tarbiah kembali..setelah kian lama...sudah berdebu blog lama dah x
menaip..tarikh keramat 5/5/11 meninggalkan bumi tarbiah..bnyak kenangan
tarbi...
Hargailah Kerja Orang Lain....
-
slm w.b.t....buat shbt2 yg swntiasa sudi mengunjungi blog
ana...Insyaalah,kali ini ana ingin berserita mengenai kisah benar yg sgt
menyentu hati ana utk be...
..** ukhwah fillah **...
-
ukhwah..
apa itu ukhwah??
ukhwah adalah jalinan antara hati kita dengan hati hamba ALLAH yang lain..
tapi,,perlu di ingat,,ukhwah yang bagaimana??
semestiny...
علوم الحديث 2
-
كيف يجعل حديث ضعيف؟
*الانقطاع في الإسناد.*
*الجهالة في الراوي.*
كم أقسام الراوي المجهول؟
*قسمين وهما:*
*جهالة العين. (هو العالم ولكن ليس بالاسم)*
*جه...
~~~ sAat RiNdU mEnYaPa HaTi,,~
-
Assalamualaikum..
salam ramadhan..da hampir 16 hari kte bpuasa..alhamdulillah~nikmat yang
xthingga masih dkurniakan ramadhan sbg reward utk kte tmbahkan
p...
:: KhAS bUaT SaHaBaT2 ::
-
*buat sahabat2 yang di rindu kerana Allah ..*
*Ya Allah... Kurniakanlah kefahaman...kejelasan..keyakinan..
kepintaran..kekuatan serta ketenangan jiwa kpd ...
Khasiat dan Kelebihan Sayur SAWI
-
Bismillah walhamdulillah...
Moga pembaca blog saya sentiasa sihat walafiat dan selalu amalkan pemakanan
yang seimbang untuk kesihatan yang berpanjangan. Ye...
everything begins with tarbiyyah
-
*Rasulullah SAW has the sahabah that he trained in Madina.. in Makkah, were
not many; a hundred, hundred plus. These are the ones who start off with
him...
DeRiTa pErJuAnGaN BuKaN sAtU bEbAnAn TeTaPi sAtU LaTiHaN, GuNdAh PeRjUaNgAn BuKaN SaTu AnCaMaN TeTaPi sAtU dIdIkAn, MeHnAh pErJuAnGaN bUkAn sAtU KegUsArAn TeTaPi sAtU KeKuAtAn, WaLaU PeRiT MaNapUn pErJuAnGan, SeSuKaR MaNaPuN pErJaLaNaN, kItA PeJuAnG, tAbAhKaN HaTi, kItA mUjAhId, KuAtKaN DiRi, kUkUhKaN TeKaD, mArA dALaM PeRjUaNgAn IsLaM.
About
wahai sahabatku,hayatilah kata2 ini,"orang berilmu selalu menang dalam pergaulan kerana dia membiasakan diri..caci disambut dengan senyuman..penghinaan ditangkis dengan lemah lembut...kemarahan dibalas dengan diam...kejahatan dibalas kebaikan..semoga kita tergolong dalam golongan orang berilmu.."amiiin
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."
>>::sAhAbAt..<<
::peNgAjArAn hIdUp::
::wE UniTeD 4 IsLaM::
=LuV iSlAm!!!=
::hanya pdMu Ya Allah aku berharap::
"::qALbi...::"
::bacaan haraki::
**LiLiN**
::SHAMS di hati::
marilah belajar Arab online::
"Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai..Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?...Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ﷲﺍ jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah...Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi"