Persoalan tsabat ini bukanlah sesuatu yang baru diperkatakan, lebih-lebih lagi bagi para daie. Saya rasa berpuluh, mungkin beratus buku telahpun menceritakan tentang isu tsabat. Maka ini jelas menunjukkan betapa besarnya isu tsabat, dan betapa kritikalnya isu ini sehingga ianya perlu diulang berkali-kali sebagai peringatan.
Seperti Uncle Tips, saya juga suka untuk berkongsi sedikit Tips, untuk tsabat dalam dakwah dan perjuangan kerana Allah s.w.t. Namun tips ini bukan dari saya sebenarnya (Saya tak sehebat Uncle Tips :D ), tetapi saya ambil dari buah fikiran seorang insan yang telahpun berpuluh-puluh tahun berjuang dalam dakwah ini, yang masih kekal dalam usaha mendidik manusia supaya menjadi seorang Muslim yang hakiki pada aspek jiwanya, tubuh badannya, dan tindak-tanduknya.Ini tidak dapat tidak, merupakan pati kepada usaha untuk menegakkan agama Allah s.w.t ini.
Sheikh Tal'at Muhammad Shinawi, kini berusia dalam lingkungan 78/79 tahun. Mula menggabungkan diri dalam gagasan dakwah Ikhwanul Muslimin sejak umurnya 15 tahun. Sempat dengan pelbagai mehnah dan tribulasi dalam dakwah Ikhwan pada tahun 60-an, apabila Syed Qutb dan ramai lagi Ikhwan diseksa dan akhirnya digantung. Pernah dipenjara berulangkali oleh rejim pemerintah Mesir, dengan jumlah 18 tahun kesemuanya. Berjuang sejak Mursyid Am Ikhwan yang ke-2, Hassan Hudaibi, sehinggalah yang terkini, Mahdi Akif. Semoga Allah memberkati hidup beliau, dan menjauhkan beliau dari sebarang fitnah dalam hidupnya sebagai seorang pendakwah.
Seorang pernah bertanya kepada beliau, "Bagaimana kau mampu untuk Tsabat di jalan dakwah?"
Dikisahkan, beliau senyap beberapa detik, kemudian memulakan jawapannya:-
• Yang pertama sekali, Tsabat ini, ialah daripada Allah s.w.t. Kita tidak ada kemampuan untuk memastikan kita Tsabat, melainkan Allah lah yang memilih siapa di kalangan manusia yang ingin dikekalkan di jalan dakwah ini. Maka, daie perlu berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t, dan mengharapkan rahmat Allah s.w.t agar terus kekal dalam iman dan islam, serta kekal dalam dakwah ini.
• Sebaik-baik makhluk yang tsabat ialah Malaikat. Mereka ini (malaikat) tidak pernah gagal dalam kepatuhan kepada Allah s.w.t. Mereka sujud apabila disuruh, rukuk apabila disuruh, dan apa sahaja perintah Allah s.w.t, tidak mampu mereka ingkari, malah tidak sedikitpun terlalai dari apa sahaja suruhan Allah.
Bagi manusia, kita bukan Malaikat, namun ada darjat-darjat manusia yang Allah s.w.t letakkan, agar kita mengejarnya, dan menjadi sebaik-baik manusia. Ini ditandakan berulangkali dalam al-Quran, apabila Allah menandakan kecintaan dan kebersamaanNya kepada golongan-golongan tertentu dari kalangan manusia. Contohnya:-
ان الله مع الصابرين
(Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar)
ان الله لا يحب المسرفين
(Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang membazir)
Dan pelbagai lagi ayat seumpama ini, yang kita boleh lihat sendiri di dalam al-Quran. Maka inilah ciri-ciri manusia yang kita mesti mujahadah ke arah mencapainya. Kita berusaha dengan segigihnya untuk menerapkan nilai-nilai tersebut dalam diri kita. Dan ini semua adalah semata-mata untuk kita mendapatkan redha dan kecintaan Allah s.w.t, agar Dia memilih kita sebagai salah seorang yang kekal berjuang demiNya.
• Faham. Iaitu memahami apakah Dakwah,tujuannya, hakikatnya, tabiat thoriq, marhalahnya,matlamatnya, cabaran yang akan datang, agar kita tahu dengan jelas apa yang kita sedang dan akan kita lakukan.
Ini cukup penting, kerana apabila mehnah berlaku, kita akan tabah menghadapinya kerana kita telahpun memahami tujuan kita perlu menghadapinya, dan kita telah faham dengan jelas tujuan kita berdakwah. Mengetahui tabiat thoriq ini dengan memahami sirah Rasulullah s.a.w dan para sahabat, meneliti apa yang telah mereka lakukan, cabaran yang mereka hadapi, kerana sunnah thoriq ini akan sentiasa sama seperti mana dilalui oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat serta mereka yang menyusuli.
• Akhir sekali, serahkanlah segalanya kepada Allah s.w.t. Sebagai seorang hamba, kita beriman sepenuhnya dengan kalimah لا حول ولا قوة الا بالله. Maka berpegang teguhlah dengan maksudnya, dan lafazkannya dengan penuh perasaan. Lafazkannnya dengan penuh rasa rendah diri dan cukup mengharap kekuatan dari Allah s.w.t, meyakini bahawa tiada kekuatan yang datang kepada kita untuk menghadapi apa sahaja, melainkan ianya datang dari Allah s.w.t sendiri.
Itu sahajalah yang saya mampu kumpulkan. Semoga menjadi manfaat kepada mereka yang ingin berusaha menyebarkan risalah Islam kepada semua ummat manusia. Agar tiada lagi perhambaan sesama manusia, dan agar semua manusia merasai keadilan Islam, keindahannya, dan kemanisan hidup dalam praktik Islam yang hakiki.
Semoga Allah merahmati mereka yang sentiasa meletakkan Allah s.w.t sebagai matlamat akhir, tidak melencong sedikit pun dari itu, dan sentiasa mengharap cinta dan redha Allah s.w.t. Semoga Allah memberi petunjuk kepada semua pendakwah, agar mengembalikan segala strategi, matlamat, dan hala tuju perjuangan dakwah kepada Allah s.w.t sahaja
al-faqirah ila Allah..
Perindu syahid,hidup untuk agama!!!atas izinMu aku terlahir,atas kudratMu ku berdiri.. atas kebesaranMu akan ku genggam bara Islam ini.. Ya Rahman.. Ya Rahim.. titipkanlah selaut kekuatan buat hambaMu yang lemah ini..biar kepenjuru dunia,biar melangit musafirku.. pasti Islam ku genggam rapi...takbir!!!
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu Bertemu untuk mematuhi perintah Mu Bersatu memikul beban dakwah Mu Hati-hati ini telah mengikat janji setia.. untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Tunjukkanlah kepada hati-hati ini.. akan jalannya yang sebenar Penuhkanlah piala hati ini.. dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu Hidup suburkanlah hati-hati ini.. dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati Maka matikanlah pemilik hati-hati ini.. sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
Engkau lah sebaik-baik sandaran.. dan sebaik-baik penolong ya Allah Perkenankanlah permintaan ini Amin ya rabbal A'alamin..
::iSLaH diRi::
“Suatu tawakkal dan keyakinan yang kuat tanpa ikhtiar yang mengiringinya maka tidaklah sempurna, dan setinggi-tinggi ikhtiar akan sia-sia tanpa tawakkal, meyerah kepadaNya. Tawakkal yang benar adalah ikhtiar yang semaksimum mungkin disertakan keyakinan bahawa Dia lah penentu segalanya.”
Moga kita bertawakkal dengan sebenar tawakkal, diiringi dengan keikhlasan semata untukNya
Terus Melangkah
-
Salam Dhuha, salam ketulusan dan salam terus juang buat sahabat
sekalian..alhamdulillah..masih diberikan nikmat untuk merasai kehidupan
hingga ke detik ini...
oh tesis
-
Bismillah wal hamdulillah.
Mem nak cerita sikit.. hurm.. Bila direnung-renung, tension juga bila
terpaksa tambah sem5 ni. mujurlah sebahagian yuran zakat ...
-
Assalammualaikum wbt
maaf saya dah tukar link blog...
boleh ziarah ke link baru blog saya
http://shahirah47.blogspot.com/
atau
http://shahirahsaid.blogs...
MENUNDA NIKAH KERANA MASIH BELAJAR
-
[KULIAH]
Oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya : Ada
suatu tradisi yang membudaya, iaitu perempuan ata...
JEMPUTAN KE WALIMATUL URUS
-
*Dijemput kepada semua sahabat2, adik2, kakak2 serta yg mngenali diri ini
ke majlis kesyukuran perkahwinan ana :*
*NORHAYAH BINTI MUHAMAD RAZALI & YUSRI BIN...
Salam Terus Berjuang Sahabat2Ku...
-
coretan tarbiah kembali..setelah kian lama...sudah berdebu blog lama dah x
menaip..tarikh keramat 5/5/11 meninggalkan bumi tarbiah..bnyak kenangan
tarbi...
Hargailah Kerja Orang Lain....
-
slm w.b.t....buat shbt2 yg swntiasa sudi mengunjungi blog
ana...Insyaalah,kali ini ana ingin berserita mengenai kisah benar yg sgt
menyentu hati ana utk be...
..** ukhwah fillah **...
-
ukhwah..
apa itu ukhwah??
ukhwah adalah jalinan antara hati kita dengan hati hamba ALLAH yang lain..
tapi,,perlu di ingat,,ukhwah yang bagaimana??
semestiny...
علوم الحديث 2
-
كيف يجعل حديث ضعيف؟
*الانقطاع في الإسناد.*
*الجهالة في الراوي.*
كم أقسام الراوي المجهول؟
*قسمين وهما:*
*جهالة العين. (هو العالم ولكن ليس بالاسم)*
*جه...
~~~ sAat RiNdU mEnYaPa HaTi,,~
-
Assalamualaikum..
salam ramadhan..da hampir 16 hari kte bpuasa..alhamdulillah~nikmat yang
xthingga masih dkurniakan ramadhan sbg reward utk kte tmbahkan
p...
:: KhAS bUaT SaHaBaT2 ::
-
*buat sahabat2 yang di rindu kerana Allah ..*
*Ya Allah... Kurniakanlah kefahaman...kejelasan..keyakinan..
kepintaran..kekuatan serta ketenangan jiwa kpd ...
Khasiat dan Kelebihan Sayur SAWI
-
Bismillah walhamdulillah...
Moga pembaca blog saya sentiasa sihat walafiat dan selalu amalkan pemakanan
yang seimbang untuk kesihatan yang berpanjangan. Ye...
everything begins with tarbiyyah
-
*Rasulullah SAW has the sahabah that he trained in Madina.. in Makkah, were
not many; a hundred, hundred plus. These are the ones who start off with
him...
DeRiTa pErJuAnGaN BuKaN sAtU bEbAnAn TeTaPi sAtU LaTiHaN, GuNdAh PeRjUaNgAn BuKaN SaTu AnCaMaN TeTaPi sAtU dIdIkAn, MeHnAh pErJuAnGaN bUkAn sAtU KegUsArAn TeTaPi sAtU KeKuAtAn, WaLaU PeRiT MaNapUn pErJuAnGan, SeSuKaR MaNaPuN pErJaLaNaN, kItA PeJuAnG, tAbAhKaN HaTi, kItA mUjAhId, KuAtKaN DiRi, kUkUhKaN TeKaD, mArA dALaM PeRjUaNgAn IsLaM.
About
wahai sahabatku,hayatilah kata2 ini,"orang berilmu selalu menang dalam pergaulan kerana dia membiasakan diri..caci disambut dengan senyuman..penghinaan ditangkis dengan lemah lembut...kemarahan dibalas dengan diam...kejahatan dibalas kebaikan..semoga kita tergolong dalam golongan orang berilmu.."amiiin
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, terpedayalah orang yang hari ini sama seperti semalam, dan celakalah orang yang hari ini lebih buruk dari semalam..Yang paling jauh, bukannya bintang, mentari pun bukan jua rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tidak akan kembali..kelmarin yang luput menjadi secancang kenangan, semalam yang terluput mengukir sesalan..yang ada hanya hari ini & akan datang..gunakanlah hari ini dengan sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selamanya.."
>>::sAhAbAt..<<
::peNgAjArAn hIdUp::
::wE UniTeD 4 IsLaM::
=LuV iSlAm!!!=
::hanya pdMu Ya Allah aku berharap::
"::qALbi...::"
::bacaan haraki::
**LiLiN**
::SHAMS di hati::
marilah belajar Arab online::
"Wanita itu ibarat buah epal,epal yang tidak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah..Tetapi epal yang tidak mampu dibeli berada dipuncak, susah nak dipetik, susah nak digapai..Kadang-kadang epal itu risau, kenapalah diriku belum dipetik?...Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah tanah, sedangkan ia sebenarnya telah ﷲﺍ jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya..Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu, mungkin bukan di dunia tapi di akhirat sana, insya-Allah...Biarlah jodoh bukan didunia asalkan cinta Ilahi mengiringi"