0 comments

**aiDiLaDHa**


الله أكبر الله أكبر الله أكبر

لإله إلا ألله و ألله أكبر

ألله أكبر ولله الحمد

Alhamdulillah wal hamdulillah..

Syukur kerana Allah masih lagi memberi kita ruang dan peluang untuk terus menghirup udara di dunia ini dan terus mempertingkatkan lagi ibadat kita. Alhamdulillah..

Hari ini,10 Zulhijjah adalah hari bersejarah dalam Islam yang sudah dima’rufi akan kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan puteranya Ismail alaihissalam.. semoga kita mengambil pengajaran daripada kisah pengorbanan ini.

Sukalah ana memetik sedikit daripada isi khutbah sembahyang raya pagi tadi di masjid kampung ketika sama-sama menunaikan solat aidiladha..

Antara kandungan yang ana ingat adalah ayat daripada surah As-Shaffat (102-109) mafhumnya:

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: "Hai anakku Sesungguhnya Aku melihat dalam mimpi bahwa Aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!" ia menjawab: "Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar".Tatkala keduanya Telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya ). Dan kami panggillah dia: "Hai Ibrahim, Sesungguhnya kamu Telah membenarkan mimpi itu Sesungguhnya Demikianlah kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya Ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.Kami abadikan untuk Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang Kemudian,. (yaitu)"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim".

Antara pengajaran yang boleh diambil ialah pengorbanan. Sesuai dengan hari raya korban,kita dituntut untuk berkorban.. sebagaimana tingginya pengorbanan Nabi Allah dalam melaksanakan perintah Allah semata-mata kerana tingginya rasa keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.. subhanallah..

Selain itu pengajaran sabar juga turut ditonjolkan dari kisah ini. Sesungguhnya Allah menguji kesabaran Nabi Ibrahim dan Ismail dan mereka telah menyatakan kesanggupan untuk melaksanakan perintah Allah. Sesudah nyata kesabaran dan ketaatan Ibrahim dan Ismail a.s. Maka Allah melarang menyembelih Ismail dan untuk meneruskan korban, Allah menggantinya dengan seekor sembelihan (kambing). Peristiwa Ini menjadi dasar disyariatkannya qurban yang dilakukan pada hari raya haji.

Begitulah betapa tingginya pengorbanan nabi Allah. namun jika dilihat pada realiti hidup umat Islam hari ini,mereka lebih sanggup berkorban kepada perkara-perkara yang tidak mempunyai kepentingan. Kita lihat bagaimana ada diantara kita rela mengorbankan harta mereka demi kepuasan diri seperti membeli barang-barang yang mahal. Tiada salahnya jika kita membelanjakan atau menginfakkan sedikit harta kita yang berlebih kepada jalan yang lebih baik..Bagi ana,sebenarnya Islam telah membuka banyak jalan untuk kita membuat amal kebaikan namun kita pada hari ini tidak mempedulikannya. Begitulah yang akan terjadi apabila kurangnya penghayatan nilai-nilai Islam dalam diri umat Islam. Justeru ana menyeru kepada semua sahabat-sahabiah agar menghayati tiap pengajaran yang terkandung dalam lipatan sejarah Islam yang tidak dapat tidak dapat memberi dan memandu hidup kita kearah yang diredhai Allah..Insya Allah.. Allahu yuftah ‘alaikum.. SALAM ‘IDUL ADHA=)

Wallahu Taala A’lam

Daie sepi: -tersentuh melihat pengorbanan abah yang mengorbankan tangannya sehingga disengat ikan baung masa nak siang ikan tu demi nak bagi anak-anak makan. 5 hari dah tapi bengkak xsurut2.. Ya Allah,sembuhkan abah.. syafakallah abah..=(

-terharu melihat pengorbanan sahabat-sahabat dalam melaksanakan gerak kerja dan menolong sahabat-sahabat yang ditimpa ujian.. indahnya hidup bila semua dikongsi bersama dalam satu jemaah. Semoga tiap urusan kita dipermudahkan Allah. Barakallahulakum..

akhir kalam.. UJIAN ADALAH TARBIYAH ALLAH.. BELAJARLAH UNTUK BERKORBAN..

read more


*sALaM eIduLadHa *
كل عام و أنتم بخير

semoga kita bersedia untuk berkorban mahupun terkorban...=)

p/s:salam eid adha buat semua pengunjung blog dutakecilislam.blogspot.com
read more
0 comments

Ganjaran Pahala Solat Subuh Mengatasi Keindahan Dunia




RASULULLAH SAW bersabda maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah SWT. Kerana itu, janganlah kamu mencari jaminan Allah SWT dengan sesuatu (selain daripada solat), yang pada waktu kamu mendapatkannya, lebih-lebih lagi ditakuti kamu tergelincir ke dalam api neraka." (Hadis riwayat Muslim)Muhammad Abdur Rauf al-Munawi dalam kitabnya at-Ta'arif menegaskan, as-Subhu atau as-Sabah adalah permulaan siang hari, iaitu ketika ufuk berwarna merah jingga di langit tertutup oleh tabir matahari.

Adapun solat Subuh ibadat yang dilaksanakan ketika fajar siddiq dan berakhir pada waktu matahari terbit.Solat Subuh memiliki banyak daya tarikan kerana kedudukannya dalam Islam dan nilainya yang tinggi dalam syariat. Banyak hadis mendorong untuk melaksanakan solat Subuh serta menyanjung mereka yang menjaga dan mengerjakannya.

Rasulullah SAW mengetahui waktu Subuh adalah waktu yang sangat sulit dan payah untuk bangun dari tidur. Seorang Muslim bila dibiarkan begitu saja (tertidur), akan memilih untuk merehatkan dirinya sampai terjaga hingga terbit matahari dan meninggalkan solat Subuh, atau 'Subuh gajah', iaitu
dikerjakan solat Subuh tidak pada waktunya yang betul.

Rasulullah SAW mengkhususkan solat subuh dengan beberapa keistimewaan tunggal dan sifat tertentu yang tidak ada pada solat lain. Banyak keutamaan dan kelebihan yang didapati di waktu subuh.

Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: "Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) ." (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara Baginda dengan Allah SWT kera
na Baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.

Allah SWT berfirman maksudnya: "Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredaan-Nya, dan janganlah kedua matamu berpaling daripada mereka kerana mengharapkan perhiasan duniawi, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya sudah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsun
ya dan adalah keadaannya itu melampaui batas." (Surah al-Kahfi, ayat 28)

Keutamaan solat Subuh diberikan ganjaran pahala melebihi keindahan dunia dan seisinya, sebagaimana disebutkan dalam hadis riwayat Imam at-Termizi: "Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya."Begitulah keistimewaan solat Subuh. Apakah yang menghalang kita untuk menyingkap selimut dan mengakhiri tidur untuk melakukan solat Subuh?

Bukankah solat Subuh menjadi bahagian yang begitu besar kemuliaannya diband
ingkan dunia dan seisinya?Diriwayatk an Muslim daripada Usman bin Affan berkata, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim).

Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.Diriwayat kan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga." (Hadis riwayat Bukhari). Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar.Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, "Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW memberi janji, apabila solat Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya seharian penuh. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: "Barang siapa yang menunaikan solat Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Barang siapa yang membunuh orang yang menunaikan solat Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka." (Hadis riwayat Muslim, at-Termizi dan Ibn Majah)Semoga kita tetap menjaga dan memelihara solat Subuh seperti dijanjikan Allah. Bergegas bangun tidur apabila terdengar laungan azan berkumandang untuk segera mengerjakan solat Subuh.
read more
0 comments

**akHirNya...**



Salam mahabbah

Alhamdulillah wa Syukur lillah, akhirnya Allah memberi ruang dan peluang kepada ana untuk mengirimkan sedikit buah tangan di blog ana yang serba dhaif ini setelah berbulan lamanya terbiar. Kesibukan serta komitmen yang menuntut perhatian yang lebih terhadap perkara yang aula serta kesibukan berdepan dengan fatrah imtihan menyebabkan ana memilih untuk ‘menyepi’ buat sementara waktu..

Akhirnya…

Berakhir jua imtihan nihaie yang bermula seawal 2 November dan berakhir 19 November..Apa yang ana harapkan dan Insya Allah ana doakan agar diberi kejayaan kepada sahabat-sahabat, adik beradik dan diri ana juga.. Najjihna fil imtihan YA ALLAH… Ini bermakna hanya tinggal satu sem sahaja lagi untuk ana menamatkan pengajian diplomaku. Sungguh pantas masa berlalu hingga tidak ana sedari masa sudah berlalu. Sedih? Gembira? Seronok? Entahla.. perasaan ana bercampur baur.. apa yang pasti ana akan manfaatkan saki baki masa yang masih tinggal ini sebaiknya..

Akhirnya…

Tiba jua masa yang ana tunggu2.. cuti sem.. ketika masih dalam pengkuliahan inilah yang ana minta..’bila ye nk cuti??’ mungkin apa yang membuatkan ana berfikir demikian mungkin juga kerana tertekan dengan kesibukan-kesibukan yang perlu ana setelkan. Belajar,kerja persatuan dan banyak lagi. Pada mulanya, ana berpendapat menjadi pelajar dan pekerja dalam satu masa sangat berat dan sesuatu yang patut dipisahkan..namun setelah dipikirkan sedalam-dalamnya, keduanya memang tidak dapat dipisahkan. Rasionalnya sahabat-sahabat fikirlah sendiri. Namun,itulah pandangan ana. Tiap manusia berbeza.. tapi bila tiba cuti ni ditambah lagi dengan musim tengkujuh dan asyik terperap dalam rumah sedikit sebanyak bosan jugak. Mungkin ana sudah terbiasa dengan kesibukan jadi bila tak sibuk jadi tak biasa.. sesekali terasa seperti orang pencen.. tersenyum jugak ana dibuatnya.. tapi xpe, tunggu buka sem depan..

read more