1 comments

::kuAtkAn aku mEnghAdApi uJianMu Ya Allah::


Slm shbt yang di kasihi lillah..
dlm meneruskan perjuangan di muka bumi Allah yang memang kita ma'ruf akan segala mehnah dan tribulasi yang kekadang menggugat keimanan yang senipis kulit bawang ini, tidak dapat tidak terasa diri seakan lemah. Walaupun sudah dimaklumi bahawa berjuang diatas jalanNya bukanlah sesuatu yang mudah. Beginilah ape yang ana rasakan sekarang. Apabila diri di pertikaikan dalam usaha dakwah adalah sesuatu yang boleh melemahkan semangat ana.. apa yang membuatkan ana masih bertahan adalah dengan sokongan sahabt-sahabat ana (Allahu yuftah alaikum)..Namun hakikatnya adalah pertolongan Allah jua.





Mengimbau kembali perit getir perjalanan dakwah Rasulullah SAW,terasa diri ini begitu kerdil dengan apa yang dihadapi Rasul Khatimul Anbiya'.. dilemparkan batu,najis dan diejek para musyrikin. Namun baginda hadapi dengan begitu tabah. tapi apa yang ana hadapi amat jauh bezanya berbanding dengan apa yang Nabi lalui. Dalam Al-Quran Allah berfirman: “Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahankan dan menegakkan Islam),dan janganlah kamu berduka cita(terhadap apa yang akan menimpa kamu),padahal kamulah orang-orang yang tertinggi(mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang benar-benar beriman”…-Ali ‘Imran:139- sesekali bertdabbur dengan ayat Allah ini terasa sebak begitu memuncak dan bergelora dalam hati. tapi jika diamati,ana terpujuk dengan ayat tersebut.


Ana berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada ana dalam perjuangan ini. Janganlah Engkau pesongkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami Ya Allah.. dan ana mendoakan semua sahabat-sahabat ana, keluarga tersayang dan semua umat Islam di dunia mendapat petunjuk Allah agar kita dapat menjalani hidup yang dipinjamkan sementara ini mengikut lunas-lunas Islam. ana hanya mampu menjalankan amanah ini sekadar yang termampu sesuai dengan kadar kemampuan ana. selebihnya Allahlah sebaik2 penentu. Sesungguhnya kita tidak mampu memberi hidayah kepada orang yang kita sayang tetapi Allah akan memberi petunjuk dan hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki..

semoga kita semua dalam peliharaan Allah hendaknya..amiiin


-Al-faqirah ila Allah,daie sepi
read more
1 comments

Syaaban pula menjelma..

Jam di hadapan menunjukkan pukul 7.02 pg. seusai solat subuh,ana tryla kot-kot boleh dapat wireless. Alhamdulillah..dapat juga akhirnya. Sudah lama ana meninggalkan blog ana ni lantaran kesibukan menguruskan segala hal berkaitan untuk semester baru ni. Begitu banyak perkara yang berlaku dalam beberapa minggu lepas. Sekadar untuk berkongsi dan apa yang mampu ana coretkan di sini,telah berlangsungnya konvokesyen pertama UDM beberapa minggu yang lalu. Ana juga bersama sahabat-sahabat diploma dakwah telah mengikuti kursus Program Pelatihan Pendakwah anjuran Persatuan Darul Fitrah Terengganu yang telah mengupas tentang masalah perbandingan agama oleh Bro.Amin dan Bro.Lim Jooi Sung.

Berbalik pada masa sekarang,kita telah menginjak kebulan Syaaban. Ini bermakna Ramadhan semakin hampir. Di kesempatan ini ana menyeru kepada para sahabat agar menyiapkan diri untuk menghadapi bulan penuh rahmat nanti. Allahummabariklana fi rajab wa syaaban waballighna Ramadhan...

read more
0 comments

Umat Islam Umpama Buih


bersama kita renungkan dan hayatilah...
Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya: "Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan.Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islamyang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih dipermukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun didalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkandalam hati kamu 'al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda 'cintakan dunia dan bencikan akhirat." Mari kita renung sejenak tentang kebenaran sabda Rasulullah ini. Jumlah umat Islam pada hari ini mencapai lebih 1 bilion, satu angka yang ramai. Mereka bertebaran di muka bumi ini; kebanyakannya tinggal dinegara yang dikurniakan Allah hasil bumi yang lumayan. Sumber ekonomi yang kukuh dan tenaga kerja yang ramai boleh menjadi aset memajukan negara dan sekaligus memartabatkan Islam sehingga disegani seantero dunia.Persoalannya ialah kenapa faktor-faktor ini tidakdimanfaatkan? Kenapa umat Islam kini menjadi lemah dan mudah diperkotak-katikkan oleh musuh-musuh Islam?Sebaliknya musuh Islam yang mempunyai kedudukanekonomi yang kukuh menjalankan pelbagai strategi melumpuh dan memporak-perandakan negara Islam. Hasil kekayaan bumi milik negara Islam dieksploit olehmusuh Islam. Negara Iraq yang kaya dengan sumberminyak dijajah dalam pelbagai bentuk hinggakan minyak sendiri pun tak boleh dijual untuk kegunaan rakyat.Kekayaan yang mereka perolehi dari hasil bumi negaraIslam digunakan bagi membina kilang-kilang senjata untuk membunuh umat Islam.






Nabi menjelaskan punca kelemahan ini ialah wujudnya kecintaan kepada kehidupan dunia mengatasi kecintaankepada akhirat. Apabila kecintaan ini meresap danmenjadi budaya hidup umat, Allah memasukkan perasaan berani dalam hati musuh Islam dan pada masa yang samamencabut keberanian itu dalam hati orang Islam laludigantikan dengan perasaan penakut: takut kepada musuhIslam. Kejatuhan Baghdad ketika diserang oleh orang-orangMongol sepatutnya dijadikan teladan supaya peristiwahitam ini tidak akan berulang kembali. Adakahfaktor-faktor kejatuhan Baghdad mula meresap dalammasyarakat dewasa ini. Masalah rasuah sekarang semakinmenjadi. Ia telah menyerap dalam pelbagai organisasikepimpinan. Keadaan begini memudahkan musuh Islam menggunakan wang ringgit untuk membeli pucuk pimpinansupaya tercapai hasrat mereka melumpuhkan umat Islamsendiri. Jika dibiarkan berleluasa bukan saja ekonomiumat Islam merudum malahan negara juga turut tergadai. Bagaimana keadaan realiti masyarakat Islam sekarang?Sudahlah ekonomi lemah ditokok pula dengan pelbagaipenyakit dan gejala sosial. Bagaimana dapat membasmikeruntuhan akhlak sekiranya media massa semakin galak menonjolkan isu-isu ganas dan seks. Isu pemulihanhanya sekadar melepas batuk di tangga dan seolah-olah'lain sakit lain pula ubat yang diberi'. Pelancaran TV Mega dan Astro serta alat komunikasi lain bukan menjadi ubat gejala sosial dewasa ini malah menjadikannya lebih kronik. Babak-babak yang tidaksepatutnya ditonton sudah menjadi semakin lumrah danvideo lucah pula dapat dibeli oleh sesiapa saja.Bukankan ini menjadi pemangkin ke arah gejala yang lebih dahsyat? Umat Islam kini tidak mempunyai katahanan dan iman yang kuat untuk menangkis seranganyang hebat ini. Semua ini adalah antara strategi danperancangan musuh Islam yang tidak akan redha terhadapperkembangan Islam selamanya. Bayangkan apa yang akanberlaku beberapa tahun lagi dengan kemunculan teknologi IT yang semakin canggih. Firman Allah dalam Al-Quran "Orang Yahudi dan nasrani sekali-kali tidak redha terhadap kamu buat selama-lamanya sehinggalah kamu mengikut cara hidup mereka." Masjid kian terpinggir dengan kewujudan kilang yangbanyak. Manusia lebih suka ke kilang daripada masjid.Kilang diimarahkan siang dan malam tetapi masjid menjadi lengang, cuma diimarahkan dengan carpet dan keceriaan. Bukankah ini juga perancangan musuh Islam?Lantaran cinta kepada dunia sanggup menjauhi masjid dan berkejaran ke kilang. Dalam hadith tadi, Nabi memberikan 2 faktor berlakunyabegini: cintakan dunia dan benci kepada mati. UmatIslam generasi pertama dulu cintakan mati kerana dapat bertemu dengan Allah segera. Oleh sebab itu bila ada panggilan jihad, mereka sukarela bergabung tenaga memerangi musuh Islam Mereka tidak takut mengadap mati. Sebaliknya masyarakat Islam hari ini takut kepada mati malahan mengingatkan mati pun dianggap menyekat kemajuan. Mereka takut mati kerana memikirkan dosa yang terlalu banyak dilakukan dan sedikitnya amalan pahala yang dibuat. Akhirnya semangat jihad memperjuang dan menegakkan agama Allah pudar dan terhakis.


-dipetik daripada-

read more