0 comments

::salam Rejab::



Pertama-tama dan selama-lamanya marilah sama-sama kita merafa'kan senfiniti kesyukuran kepada Allah kerana masih mengurniakan dua nikmat yang terbesar iaitu nikamt Islam dan Iman untuk kita terus menjalankan pengabdian kepadaNya..Alhamdulillah..Salam ukhwah seluas lautan ana ucapka kepada semua.. Antara sedar mahupun tidak kita telah mennginjak ke bulan Rejab. Ini bermakna tinggal 2 bulan lagi untuk kita sampai ke bulan yang penuh barakah RAMADHAN KAREEM.. Namun persoalannya adakah kita masih diberi kesempatan untuk sampai ke bulan tersebut.. ataupun ajal menjemput dulu? sama-samalah kita membuat sepenuh persediaan untuk menghadapi hidup ini.

Ala kulli hal,di kesempatan yang masih diberikan ini ana menyeru kepada semua sahabat-sahabt untuk mempertingkatkan amalan kita.. semoga kita menjadikan setiap detik hidup kita sebagai satu tarbiyah untuk keta mengislahkan diri kita kearah yang lebih baik..



ALLAHUMMA BARIKLANA FI RAJAB WA SYAA'BAN WA BALLIGHNA RAMADHAN..

read more
Munsyid : Opick
Lirik Lagu : Opick - Rapuh

Opick - Rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu






daie sepi menulis: sedih mengenangkan dosa-dosa yang dilakukan.. sedangkan mencurah-curah nikmatNya yang di berikan.. semoga ana dan semua umat Islam menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmatNya.. ighfir zunubana Ya Allah... amiiiin.
wasahhalallahulakum..
read more
0 comments

..reality islamic show...


saban hari realiti rancangan di televisyen dibanjiri dengan rancangan-rancangan yang pada hemat ana hanya banyak memberi impak yang negatif kepada masyarakat terutama kepada remaja dan belia.. semakin hari semakin percambahan rancangan realiti ini ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.. jadi ana terjumpa artikel ni dalam simpanan ana.. sama-sama kita fikir..


1. Who will become an Ustaz
Reality show yang menampilkan peserta 12 lelaki yang akan bersaing untuk menjadi seorang Ustaz. Mereka akan ditempatkan disebuah madrasah dan akan diuji ketahanan dari segi membaca alquran, menunaikan sembahyang wajib, menunaikan sembahyang sunat, azan dan lain lain... Setiap minggu akan di akan pertandingan memberi tazkirah di hadapan penonton yang juga akan disiarkan live dikaca Televison.. Peserta akan dinilai oleh juri profesional (30%) dan sms penonton (70%) pemenang akan mendapat pakej haji percuma.


2. Akademi Islamiah
Reality show yang mengambil 12 budak budak yang telah sesat dan rosak akhlaknya.. Mereka akan ditempatkan di sebuah banglo, dan akan diajar cara hidup islam. Setiap minggu mereka harus menunjukan apakan kepakaran dalam islam yang telah mereka pelajari, dihadapan penonton secara live. SMS penonton akan menentukan peserta yang layak untuk menang (pilih berdasarkan taraf keinsafan mereka).
Mereka menangis kerana menginsafi dosa lalu mereka. Mereka akan 'dikurung' dan dipacakkan dengan 13 kamera CCTV.


3. Muslim Idol
Reality show untuk mencari penceramah Islam terbaik di malaysia. Peserta yang dapat memberi ceramah yang mengusik jiwa penonton akan mara keperingkat seterusnya hingga ke akhir. Peserta diadili oleh penonton melalui sms. Pemenang akan mendapat peluang merakamkan lagu nasyid dan juda CD ceramahnya.


4. Bintang RTM (Remaja Tahu Mengaji)
Sebuah lagi program dari stesen kerajaan Islam Hadhari kita iaitu berbentuk program tahu mengaji.
Peserta diajar cara membaca secara tartil,bertajwid dengan betul,menghafaz Quran dan berlagu. Peserta yang berjaya akan mendapat cahaya nur Quran.


5. Audition
Rancangan ini berbentuk audition untuk meneruskan pengajian dalam bidang agama samada IPT dalam negeri atau pun luar negeri. Tajaan akan diberikan kepada yang berjaya. Syarat layak masuk kepada semua yang cintakan Islam dan para pendokong Islam.


wallahualam..



read more
Daripada Abdullah bin Umar r.a.,Nabi SAW bersabda:

“sesiapa yang berbuat baik kepada kamu,berilah balasan yang setimpal kepadanya.Jika kamu tidak mendapati(sesuatu yang setimpal untuk untuk membalasnya),berdoalah sehingga kamu mengetahui bahawa kamu telah membalasnya (mengulangi doa sehingga kamu menyangka bahawa haknya telah ditunaikan)”

- Riwayat Abu Daud dan Nasa’i-
read more
0 comments

::Tafhimul Quran..::




“….dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu,padahal ia baik bagi kamu..dan boleh jadikamu suka kepada sesuatu,padahal ia buruk bagi kamu..dan ingatlah Allah jua yang mengetahui (semuanya itu) sedang kamu tidak mengetahuinya…”

(Al-Baqarah:26)

Sepanjang hidup kita sememangnya kita pernah mengalami dan berhadapan dengan peristiwa yang menyedihkan dan mengecewakan.. ia dating dlm pelbagai bentuk samada gagal dalm peperiksaan,kematian orang yang disayangi,kehilangan barang,disisihkan kawan dan sebagainya.

Apakah yang kita fikirkan apabila berhadapan situasi demikian? Adakah Allah tidak sayangkan kita? Adakah Allah marah kepada kita?..

Ketahuilah bahawa Allah amat mengetahui apa saja yang berlaku dalam diri kita.. Allahlah yang berkuasa menetapkan segala perkara dan ianya akan berlaku hanya dengan izinNya.. Allah yang menciptakan diri kita dan menyayangi serta mengasihi diri kita lebih dari kasih dan sayang ibu bapa kita sendiri.. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita yang mana kebaikan itu bukan untuk di dunia sahaja tetapi juga di akhirat.

Kalau kita ditimpa sakit atau kemalangan,sesungguhnya ada kebaikan pula di sebaliknya. Kesusahan,kesakitan itu adalah ujian untuk kita. Apabila kita sabar dengan ujian Allah maka Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita.. banyak lagi kebaikan lain yang hanya Allah saja yang mengetahuinya.. sebahagian kebaikan itu diberikan didunia dan sebahagiannya lagi menanti di akhirat..

KEBAIKAN DISEBALIK KESENANGAN..


Bagaimana pula reaksi kita apabila mendapat kesenangan? Inagtkah kita bahawa kesenangan itu daripada Allah?

Apakahyang patut kita lakukan apabila mendapat kesenangan? Hendaklah kita berkongsi kesenangan itu bersama orang lain. Gunakan kesenangan itu untuk menyembah Allah dan menabur bakti kepada orang lain.. sebagai contoh,jika kita mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan,belum tentu kejayaan itu baik untuk kita.. boleh jadi kita jadi riak dan lupa diri serta lupa berterima kasih kepada Allah.. namun bukanlah setiap kesenangan yang kita perolehi mendatangkan keburukan kepada kita asalkan kita pandai seimbangkan sesuai dengan tuntutan syara’.. apa jua kesenangan yang kita inginkan hendaklah dlm bentuk yang sederhana.. tidaklah kesenangan itu dalam bentuk yang melampau kelak akan memakan diri kita.. Allah menyuruh kita tidak terlalu sedih jika nikmat yang ada selama ini ditarik balik dan jangn pula terlalu gembira apabila mendapat nikmat.. semoga sama-sana kita muhasabah diri dan moga-moga kita tergolonh dalam golongan yang bersyukur.. amiiinnn..

Wallahualam bissowab..

read more
0 comments

::jika aku jatuh hati::

...Bismillahirrahmaanirrahim...



Ya Allah
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu,
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMuYa Muhaimin,

jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana ,
jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.....

Ya Rabbul Izzati ,
jika aku rindu ,
rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu....

Ya Allah ,
jika aku menikmati cinta kekasihMu
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMuYa Allah ,

jika aku jatuh hati pada kekasihMu
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu....

Ya Allah
jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..
amiiiin



read more
0 comments

::kenduri..::

Alhamdulillah.. semua dah beres.. kenduri kesyukuran keluarga ana da tamam..semalam ramai jugak tetamu yang datang..hi3..:) termasuk sahabat-sahabat yang ana kasihi dan ana sayangi lillah.. tapi xde pape pun pukul 2 tu.. dan kenduri ni pun jas kesyukuran je jadi xpyh pelik la ye sahabat..penat gak nk jawab kepelikan sahabat2 ana ni..geli hati pun ad..teruja gak sahabat-sahabat memenuhi jemputan ana.. maklumla..lame xjmpe.. ude,su dan adikknya,sarah.. merangkap anak buah ana dulu masa ana muda-muda dulu,ummi,sakinah,ayu dan shila...syukran alazziarah.. syafakillah ana ucapkan kat ude sebab demam.. demam pun sampai gak kat rumah ana ni.. terharu....huhu..
kalau sakit kepala lagi, pati halia ada lagi ni..hihi.. amni,aqma,yana,teha xdpt datang.. masing-masing sibuk..tp takpe.. kepada teha,yang sibuk mencari duit tok kami, gaji tu kite bahagi la dgn sahabat-sahabat.. kite buat sharing salary..hehe.. ala kulli hal sahabat, ana beruntung dapat sahabat macam kalian semua.. semoga ukhwah yang kita bina dengan lafaz bismillah akan hanya diakhiri dengan innalillah..SYUKRAN JAZILAN WASAHHALALLAHULAKUNNA... salam sayang sepenuh hati..


BUAT SAHABATKU..

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia memutuskan kemanisan persahabatan.

Bersahabatlah dengan mereka yang mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. "

-Imam Umar bin Abdul Aziz

read more
0 comments

::runtuh pulak::...

sebelum kejadian...

selepas kejadian...



lagi...same2 kita mengambil ibrah..



ana tak nak komen.. terpulang pada pembaca untuk buat kesimpulan masing-masing..:)

wassalam...







read more
0 comments

Kalam hikmah:


Apabila dirimu dibelenggu masalah, sdgkan tiada sesiapa pun mahu mengambil kisah..ingatlah pd DIA yg xpernah jemu mndengar rintihan jiwamu…Apabila hatimu terluka dan kesakitan itu menumbangkan kudratmu, jgnlah engkau berputus asa kerana DIA sedang memperhatikn dirimu…Apabila jalan di hdapanmu digelapi mendung, sedangkan tiada sesiapa di sisi sudi menemanimu, carilah jalan lurus yang dinaungiNYA…Apabila parut lukamu dicederakan lagi, hatimu dicakari kebimbangan, ingatlah bahawa DIA setia brsama orang2 yang bersabar…

read more
0 comments

::doa rabitah::

Ya Allah

Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini

telah berkumpul kerana mengasihiMu

bertemu untuk mematuhi perintahMu

bersatu memikul beban dakwahMu

hati-hati ini telah mengikat janji setia

untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya.

Kekalkan kemesraan hati-hati ini akan jalanNya yang sebenar

Penuhkan hati-hati ini dengan cahayaMu

Yang tidak kunjung malap

Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman

Dan keindahan tawakkal kepadaMu

Hidup suburkan hati-hati ini

Dengan ma’rifat tentangMu

Jika engkau mentakdirkan mati

Maka matikanlah pemilik hati-hati ini

Sebagai syuhada dalam perjuangan agamaMu

Engkaulah sebaik-bauk sandaran dan sebaik-baik penolong

read more